sinopsis laila manja lagenda tv3

Drama Laila Manja mulai disiarkan di Slot Lagenda tv3 jam 4 petang, 25 Julai ni. Drama Laila Manja ini sebanyak 20 episod.

PELAKON LAILA MANJA

Puteri Sarah Liyana

Iqram Dinzly

Elly Suriati (Mastura)

Dato Jalaluddin Hassan (Dato’ Razali)

Amar Baharin

Nabila Huda

Zul Arifin (Imran)

Mubarak Majid (Azman)

CARA UNTUK SAY GOODBYE KEPADA DOUBLE CHIN

SINOPSIS LAILA MANJA

Laila Manja semasa kecil sudah kematian ibu (lakonan Liza Shadan), kemudian bapa mereka berkahwin dgn Mastura. Bapa mereka kesian sebab Laila dan Manja ni sunyi kerana sudah kehilangan ibu, jadi bapa mereka mengharapkan dgn kehadiran Mastura dapat le menumpahkan kasih sayang sebagai ibu. Malangnya Mastura ni jahat rupanya. Mastura ingin mendapatkan kuasa istimewa dari mereka. Rupanya Laila ni boleh melihat masa depan, manakala Manja pulak boleh tau tentang masa lampau. Haha!!..hebat hebat..ada kuasa sakti pula dua beradik ni.

Ibu tiri mereka ada skandal dengan Azman, pekerja kepada Dato’ Razali. Berlaku satu tragedi apabila bapa mereka nampak Mastura dan lelaki lain dalam rumah. Bapa mereka telah dibunuh oleh Azman. Manja takut dan lari membawa adiknya bersembunyi. Laila lari ke jalan raya manakala Manja bersembunyi dalam kereta sorang pakcik. Laila telah ditemui oleh orang kaya Dato Razali. Mereka akhirnya terpisah sejak kejadian tu.

PROMOSI PROTON SEMPENA RAYA: SERVIS PERCUMA SELAMA 5 TAHUN

Azman telah dihukum gantung, manakala Mastura dihukum penjara selama beberapa tahun atas tuduhan bersubahat dalam pembunuhan. Anak kepada Azman bernama Imran berdendam dengan Dato Razali yang telah memberi maklumat kepada polis.

Apabila dewasa, Laila bekerja dengan Dato Razali dan adiknya Manja tinggal dengan Pak Mat, kini menceburi bidang perniagaan. Mereka akhirnya bertemu semula di dunia korporat dan berlaku konflik dalam perniagaan dan percintaan. Dapatkah Laila dan Manja bertemu semula. Jangan lupa tonton Laila Manja 20 episod di tv3.

p/s: Menarik sinopsis cerita ni. Masih belum berkesempatan lagi untuk layan drama Laila Manja ni. Dengar-dengar, ada yang sampai sakit hati tengok cerita Laila Manja ni. Ada juga yang kesian tengok budak-budak tu kena pukul dengan Elly Suriati. Maklumlah, kalau Elli Suriyati berlakon kan, memang real.

Sinopsis dari Nurizspace

Beritahu Sinopsis Laila Manja ni kepada rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!