Alhamdulillah, penyertaan yang tak dirancang untuk contest duit raya dari Denaihati mengukir senyuman sehingga ke telinga. Suka sangat!. Tak sangka dan tak budget yang aku boleh menang contest ni. Ada 94 orang blogger yang menyertai contest ni.

Pada asalnya, aku nak buat entri contest review blog earncent.com, tapi terpandang status DH di Facebook yang dia nak bagi duit raya kepada rakan blogger. Terus aku ke blog Denaihati.com dan baca pasal contest ni.

Mula-mula baca macam faham, tapi bila nak join, jadi tak faham lah pula. Cuba lagi, tak faham lagi. Tak yah lah join sebab tak faham. Last-last dah tengahari tu, aku pun lelap jap lepas Zuhur sebab mata aku rasa pedih sangat dan kepala agak pening-pening sikit.

Bangun tidur, baca blog Ariffshah pula. Dia pun baru je publish entri penyertaan contest ni. Aku dah memang agak give up juga, siap tinggal komen kat entri Ariffshah yang aku nak join juga tapi tak faham. Lepas je tinggal komen tu, aku try baca lagi arahan contest ni. Pastu aku cuba buat. Ahah! Dapat lah pula. So, aku dah tahu camne caranya.

Dekat sejam jugalah lepas tu aku try and error pilih entri kat DH. 2 kali je aku dapat 9 link. Yang lain ada yang 3,4,5 je. So, aku pilih lah link mana untuk dihantar penyertaan. Alhamdulillah, tak sia-sia aku berusaha memahamkan kehendak penganjur. Dapat juga duit raya RM100 dari DH. Kira ni duit raya pertama aku lah untuk tahun ni. Duit raya pertama dari blog dan juga secara personalnya. Dah besar ni, takde lah orang nak bagi duit raya. Huhu…so kalau nak duit raya, kenalah cari dari blog. Kot ada lagi blogger yang baik hati offer nak bagi duit raya lagi. 😀

p/s: Kalau ada rezeki aku, dapat lah duit raya dari Titan atau Pacifista kun. Tapi entri untuk contest di Pacifista aku tak buat lagi. Entri untuk Incik Titan, InsyaAllah, lepas ni aku buat. Tinggal 1 siri je lagi ni nak disiapkan.

error: Content is protected !!