pertandingan menulis esei

Jam 3.50 petang tadi, telefon disisiku berdering. Aku menerima panggilan seseoang dari FOMCA. Terus aku berfikir, “FOMCA?. Aku ada minta kerja kat FOMCA ke?. Kemudian, si pemanggil bersuara “Anda ada menyertai pertandingan menulis Esei Pengguna..”. “Ya, ada”. Jawabku, setelah aku teringat yang 17 Jun lalu, aku ada menghantar esei yang dikarang untuk menyertai pertandingan ini. “Anda menang”, katanya lagi. Wahhhh! Berbunganya hati ini tatkala mendengar beriita gembira ini.

Tak sangka aku boleh menang. Sebenarnya, walaupun ketika mengarang esei tu aku berangan nak dapatkan tempat pertama dalam pertangdingan ini, tapi aku pun takdelah mengharapkan sangat. Maklumlah, ni pertandingan peringkat kebangsaan. Seluruh Malaysia menyertainya. Penyertaan terlalu banyak, bukan aku seorang je yang menyertai. Malah, setelah emailkan esei yang aku karang, aku telefon FOMCA untuk bertanya sama ada adakah mereka ada menerima emel penyertaan dariku. Jawapan yang aku terima sudah cukup untuk menghapuskan angan-angan ku “Kami tak boleh semak penyertaan anda kerana kami menerima banyak sangat penyertaan. Kami tak boleh semak satu-satu”. Gundah gulana juga hati ini jika penyertaanku tak sampai di tangan urusetia, udahlah penat karang esei tu selama 2 hari. Letih wooo perah otak nak mengarang. Lagipun, aku hantar penyertaan di saat-saat terakhir iaitu ketika hari terakhir tarikh tutup. Hehe..Biasalah aku, memang suka join contest last minute.

Dapatlah juga saguhati. Alhamdulillah, rezeki di bulan Ramadhan. Hadiahnya berupa wang tunai RM 200. Walaupun dah lose hope dah. Tempat pertama boleh dapat RM 2 ribu. Sebab tu aku berangan nak nombor 1. Boleh bayar kereta 2 bulan. 😀 Takpelah, saguhati pun saguhatilah, daripada tak dapat langsung. Lain kali, aku boleh cuba lagi jika ada umur dan kelapangan. InsyaAllah.

Aku menang untuk kategori IPTA/S, Intitut Pendidikan Guru, Matrikulasi dan Tingkatan 6. Memang aku masuk kategori ni memandangkan aku ni masih student lagi. 😀 3 tajuk untuk dipilih iaitu:

1.  Adakah perubahan iklim mempengaruhi gaya hidup anda dan komuniti anda? Sila terangkan.
2. Adakah wajar institusi perbankan menawarkan pinjaman kepada pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi? Sila kongsikan pendapat anda.
3. Langkah-langkah bagi mengendalikan sisa domestik secara bertanggungjawab.

Pilihan hatiku ialah tajuk yang ketiga tu, iaitu pengendalian sisa domestik, kerana bagiku tajuk ini agak mudah berbanding yang lain. 😀

Semua ini gara-gara keghairahan aku untuk join contest-contest yang selalu diadakan di dunia blog ni. Aku tak nafikan, aku agak obses join contest-contest yang diadakan oleh blogger-blogger terutama contest mengarang menyebabkan satu hari tu aku terjumpa mengenai pertandingan menulis esei ni. So, dengan ringan jarinya aku menaip esei ini 48 jam terakhir sebelum tarikh tutup walaupun aku dah tahu tentang contest ni sebulan lebih awal. Hihu…

BACA JUGA :  MENCARI HIKMAH (2): TADIKA (2)

Sooooo happy. Sebab tak sangka percubaan pertama aku menyertai pertandingan mengarang di peringkat kebangsaan ini membuahkan hasil. Mungkin ini juga gara-gara aku selalu karang entri di blog, menyebabkan aktiviti mengarang bukanlah sesuatu yang asing bagiku. 😀 Siapa kata blogging takde faedahnya?.

error: Content is protected !!