menangis

Wohoooo..serius ni woo…Nak buat pengakuan ikhlas. Tadi kan, aku dengan mak aku, macam dah nangis-nangis dah walaupun ni bukan sessi bermaaf-maafan di pagi raya.

Ni semua gara-gara tonton drama Syurgamu Ramadhan. Hiba betullah bila time Marlia suka nampak mak dia, lepas dia panggil-panggil adik dia tapi adik dia tak nampak pun dia. Pastu sedih juga bila anak dia yang Angah tu tak sempat nak minta maaf, sebab ayah dan ibu dia telah pergi time dia tengah bercakap kat telefon dengan ayah dia nak minta maaf.

Pastu kan, paling sedih juga tengok anak dia yang paling kecil, Mira. Si kecil ni lah yang buat mak aku menangis. Tapi kan, alaaa…takde lah kitorang nangis sampai teresak-esak, masing-masing tahan air mata lah. Aku berlinang je lah air mata. Mak aku pun. Erm..ni kira nangis juga lah kan?. Nangis dalam hati.

Patutlah orang kata Syurgamu Ramadhan ni best, rupanya memang best. Touching r cerita ni. Apa punya keras lah hati si Elli Suriyati (mak Marlia) tu. Ceh!. Ego bebenor. Tahun lepas aku tak tengok tv. So tahun ni layan drama Syurgamu Ramadhan kat tonton portal tv3.

Sekarang ni drama Ramadhan Terakhir pun best. Tak sabar nak tengok episod seterusnya.

error: Content is protected !!