Ahah! Sekarang ni aku dah mula layan balik novel setelah sekian lama meninggalkan hobi membaca novel zaman jadi budak U dulu. Mungkin sebab sekarang ni aku dah jadi budak U semula, tu yang mood baca novel tu datang balik.
Tapi, kali ni berbeza sikit dengan masa aku undergraduate tu. Kalau masa buat degree dulu, aku suka beli novel, tapi kali ni aku prefer pinjam je novel kat library. Lebih-lebih lagi time cuti sem ni, memang banyak lah novel yang available.
See! Banyak tak banyak lah kan aku pinjam buku dari library. Bukannya buku rujukan untuk research aku, tapi dok pinjam novel dan buku cerita segala bagai. Kat dalam gambar tu, ada juga beberapa buah kompilasi cerpen. Hehe..Aku tengah berangan nak tulis cerpen ni. Baru nak berjinak-jinak 😀
Sekarang ni aku sedang menelaah novel 5 Tahun 5 Bulan karya Hlovate. Ni novel lama, tahun 2007. Tapi baru ni aku nak baca. Sebab zaman aku muda-muda dulu, aku layan novel Norhayati Ibrahim, Fauziah Ashaari, dan beberapa orang novelis wanita yang lain.
Sebelum aku baca novel 5 Tahun 5 Bulan yang best lagi santai dan kelakar ni, aku khatamkan novel Anak Dara Menteri, karya Mat Romeo. Whoaa…baca novel Anak Dara Menteri ni, aku rasa macam baca entri pula, sebab dia menggunakan kata ganti diri pertama, iaitu ‘aku’. Sedangkan selalunya novel atau cerpen menggunakan nama watak.
Kedua-dua novel ni memang santai, best dan kelakar. Terutama sekali 5 Tahun 5 Bulan tu. Senyum dan gelak sorang-sorang lah aku sepanjang baca novel ni. Anak Dara Menteri tu pula memang selamba. Ada 4 siri novel ni. Aku baru habis baca yang pertama je kelmarin. Sambungannya nantilah aku pinjam lagi kat library. Buat masa ni nak habiskan karya Hlovate tu dulu. Saja je nak selang-selikan kedua-dua penulis ni.
Sebenarnya, ni aku baru sampai dari KL 2 jam lalu. Semalam pi KL, hari ni dah ada kat JB semula dah. Kejap je pi KL. Ada hal sikit. Tapi yang aku rasa lama benar nya, duduk dalam bas la. Hatoi! Sakit punggung der duduk lama-lama. Aku ni mana lah biasa jalan jauh-jauh. Selalu kalau balik kampung pun, drive 1 jam setengah je dah sampai. Ini, mau dekat 4 jam duduk je dalam bas. Sakit…sakit….
Assalamualaikum Miss Syaisya…
Saya merupakan mahasiswa tahun tiga dalam bidang keguruan di sebuah institusi perguruan di selatan negeri Perak…
Pertama kali membaca pelbagai post, kisah, berita yang terdapat dalam blog saudari…
Ikhlas saya katakan, memang happening bila saya membaca semua post yang dikongsikan…
Erm.. Cuma, boleh saya tahu, saudari sedang mengikuti pembelajaran di peringkat Master dalam bidang apa ye.? Erm… Berkaitan dengan voucher BB1M pula, kedai mana dan buku genre apa saja yang boleh dibeli menggunakan voucher itu ye…
Salam perkenalan di alam maya…
Terima kasih…
Assalamualaikum…~
Waalaikumussalam. Salam perkenalan juga dari Sya. Wah, bakal graduan UPSI datang bertandanglah. 😀 Terima kasih kerana sudi membaca blog syaisya.com yang tak seberapa ni. Blog ni memang berkonsepkan rojak walaupun pada asalnya hanyalah sebuah blog peribadi. Sya sekadar kongsikan perkara disekeliling kehidupan Sya di blog ini. Update blog sekadar yang termampu dengan niat berkongsi info yang Sya tahu dengan pembaca sekalian. Sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan gas. Boleh rujuk entri ini http://syaisya.com/2012/01/kedai-buku-yang-terima-baucer-buku-rm200-bb1m.html untuk BB1M. Harap info yang diberikan dapat membantu. Lebih baik beli buku ilmiah menggunakan voucher tu.
aku mencari novel anak dara menteri, mana nak beli weh? sajesyen sikit. 😀
So far aku pun takde terjumpa kat mana2 kedai buku novel ni. Novel ni pun aku pinjam kat library uni je. Cer ko try search kat library uni ko, kot ada. Kot lah. Hehe.. 😀