SUMBANGKAN SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA

0 Flares 0 Flares ×
SEDEKAH%2BSEHELAI%2BBAJU%2BBUAT%2BMENYAPU%2BSI%2BAIR%2BMATA SUMBANGKAN SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA

Alhamdulillah, hari ni siap satu kerja yang sangat berat untuk ku siapkan. Mahunya mengambil masa selama 4 hari. Borang permohonan untuk ke luar negara bulan depan dah selamat dihantar, tapi itulah, lambat sangat ni aku hantar permohonan. Betul-betul tinggal sebulan je ni tempohnya. Tak tahu lah nanti samada permohonan diluluskan atau tidak. Kalau ada rezeki aku, luluslah. InsyaAllah. Jika ianya baik untukku, Allah izinkan aku pergi ke Surabaya minggu ke-3 raya nanti.

Dah lama sebenarnya nak buat entri ni dari Ramadhan pertama lagi. Tapi dek kerana perlu menyiapkan kerja-kerja yang mustahak, aktiviti blogging tergendala untuk 2 minggu ni. Sekali aku dah pasang niat nak buat entri ni, InsyaAllah, cepat atau lambat, aku akan buat juga.

Sehelaibaju buat menyapu si air mata merupakan 1 kumpulan yang digerakkan oleh sekumpulan rakan-rakan di laman sosial Facebook bagi tujuan mengumpul baju kurung / baju melayu untuk diagihkan kepada rumah-rumah anak yatim menjelang Aidilfitri.

Aktiviti ini telah bermula tahun lepas, di mana team ini berjaya mengumpul hampir 3 ribu pasang baju baru dan diagihkan kepada lebih 30 rumah anak yatim sekitar Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Perak dan Pulau Pinang.

KAEDAH AGIHAN:

Melalui rakan FB ini sendiri, mereka akan diminta untuk mengenalpasti dan mencadangkan kepara Urusetia Rumah Anak Yatim dan Orang Tua serta fakir miskin setempat yang dianggap layak menerima bantuan.

Baju-baju yang dihantarkan kepada Team kemudiannya akan dikumpul dan diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

CARA MENYUMBANGKAN BAJU:

Baju yang hendak dihantar hendaklah dibungkus mengikut set pasangan masing-masing. Setiap satu set baju Melayu hanya mengandungi sehelai baju dan seluar termasuk butang baju melayu. Tidak perlu songkok dan sampin.

Begitu juga dengan baju kurung, tidak perlu tudung atau koset.

Setiap satu set satu bungkusan. Hendaklah ditulis di luar sampul saiz baju, baju melayu/baju kurung dan anggaran umur si pemakai. Ini bertujuan untuk memudahkan urusetia membuat pengagihan.

## Urusetia tidak menerima wang tunai bagi mengelakkan salah faham dan bukan tujuan asal program ini. ##

Baju-baju boleh dihantar ke alamat berikut:

SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA

 

D/A: Ahmad bin Sa’abun
No. 12, Jalan Platinum 7/44, Seksyen 7
40000 Shah Alam, Selangor, Darul Ehsan. 
Tel: 016-2151192
 

 

PANDUAN SAIZ BAJU:

Kebanyakan anak-anak yang menghuni rumah-rumah anak yatim berumur antara 12-18 tahun dan panduan saiz juga boleh berdasarkan umur mereka. 
Boleh klik SINI untuk SAIZ BAJU.

Untuk tahun 2011 pula, team ini sekali lagi ingin mengadakan aktiviti yang sama. Team ini mula menerima kiriman mulai 1 Julai hingga 25 Ogos 2011.  Aku harap, masih belum terlalu lambat untuk aku uwar-uwarkan perkara ini. Takpelah walaupun terlambat. Better late than never, kan. icon biggrin SUMBANGKAN SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA

Untuk maklumat lanjut, boleh lawati:

www.facebook.com/SehelaiBaju

www.sehelaibaju.com

“ Kalau kamu zahirkan sedekah itu, maka itu adalah baik. Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah itu serta kamu berikan kepada orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan hapuskan daripada kamu sebahagian daripada kesalahanmu. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.” (al-Baqarah:271) 

Moga sehelai baju yang kita sedekahkan ini dapat menyapu air mata mereka yang memerlukan. InsyaAllah.

Sebarkan aktiviti menderma ini kepada rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini. Kalau ada Twitter, tekan Tweet.

7 comments… add one

Leave a Comment

CommentLuv badge