Entri ini adalah sambungan dari entri PERTANDINGAN REVIEW BLOG EARNCENT 2011 (SIRI 1), maka entri ini merupakan siri ke-2 untuk pertandingan ini. Blog Earncent.com dikelolakan oleh seorang anak muda yang baru sahaja menginjak usia 27 tahun ketika Malaysia vs Singapore Kelayakan Piala Dunia Zon Asia di Bukit Jalil lalu. Pemuda kacak berusia 27 tahun ini kecewa kerana tak dapat hadiah hari lahir dari skuad bolasepak kebangsaan Malaysia setelah tewas di tangan Singapura.

SIAPAKAH TITAN SI BLOGGER KACAK?

Nama sebenar pemuda yang sering menggunakan perkataan ‘kacak’ di dalam entri-entri di blog earncent.com ini ialah Ahmad Faizal dan beliau telah memilih nama Titan sebagai nick name di blog ini. Titan merupakan graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam bidang Geologist.

SEJARAH TITAN DAN BLOG

Beliau mula menulis blog pada tahun 2005 menggunakan platform blogdrive.com. Blog pertama beliau ini lebih kepada personal dan tempat beliau merepek. Di sinilah terhimpunnya segala kisah suka duka, kisah lara, kisah pukul orang sewaktu beliau bergelar mahasiswa di UMS. Blog ini masih lagi kekal wujud di alam maya ini, cuma beliau merahsiakan url blog tersebut.

TIDAK MUDAH BERPUTUS ASA

Titan yang aku kenali sejak awal tahun ini (2011) merupakan seorang yang tidak mudah berputus asa. Malah, tak melampau kalau aku ingin mengatakan bahawa istilah ‘putus asa’ seperti tidak wujud dalam kamus hidup beliau, walaupun satu ketika dahulu, beliau pernah di ban oleh pihak Google Adsense.

Ketika itu, gelombang blogspot mula menyelubungi dunia blog pada pertengahan tahun 2005. Titan tidak mahu ketinggalan dan mula setup blog menggunakan platform tersebut. Akibat terpengaruh dan terlalu teruja untuk mengejar cek dari Adsense yang menjadi kegilaan ramai blogger ketika itu, Titan dengan ghairahnya membina 10 blog semata-mata untuk adsense. Namun, beliau menerima natijahnya dalam masa tak sampai 3 bulan apabila akaun adsense beliau di ban akibat mengklik sendiri iklan-iklan yang ada.

Semangatnya untuk buat duit dengan blog masih berkobar walaupun tanpa adsense. Agi Idup Agi Ngelaban!. Titan meneruskan perjuangannya untuk membuat duit dengan blogspot. Entri di tulis setiap hari. Segala macam program yang boleh membuat duit dicuba (Reviewme, Blogvertise, Payperpost dan macam-macam lagi), tidak kiralah senang atau susah.

SUKA MEMBUAT UJIKAJI

Beliau sentiasa membuat ujikaji dalam semua program yang dijumpai. Prinsip beliau, tidak perlu takut untuk mengambil risiko dan tak perlu gentar untuk rugi dalam ujikaji. Pelbagai ujikaji dilakukan dengan blogspot. Walaubagaimanapun, atas alasan-alasan yang tertentu, beliau beralih arah kepada platform WordPress dan membeli domain dan hosting sendiri. Inilah dia asal usul kewujudan blog earncent.com ini.

Hasil kesungguhan beliau menjalankan ujikaji demi ujikaji untuk mencapai matlamat utama untuk buat duit dengan blog, kini, beliau telah berjaya menjana pendapatan dari blog-blog peliharaan beliau yang bersepah-sepah di alam maya ini. Ratus ada dah kot blog-blog belaan Titan ni. 😀  Setiap bulan, pendapatannya dari blog adalah 3 angka, 4 angka pun ada, 5 angka pun beliau pernah dapat juga. Banyak komisen yang beliau dah dapat dari pelbagai program affiliate yang diceburi. Antaranya:

TNX : Komisen ke-81

Paid-to-Promote.net : Komisen ke-22

Innity : Komisen ke-9

BuatCoklat.com : Komisen pertama

Ada banyak lagi program-program yang disertai, tapi tak larat aku nak senaraikan di sini. Kalau korang berminat nak tahu, pi lah godek entri-entri di earncent.com.

KATA-KATA SAKTI

Kata-kata sakti dari Encik Titan kepada blogger-blogger lain yang ingin buat duit dengan blog:

kalau ko mahu duit, buat cara mahu buat duit. Kalau ko mahu dapat awek, tackle awek betul-betul. Kalau ko mahu jadi blogger, serius betul-betul mahu jadi blogger. Bukan sebab orang lain jadi blogger, ko pun nak mengaku jadi blogger gak..

Pertandingan Earncent Review 2011 ini dianjurkan oleh Earncent.com danAhmadFaizal.com. Hadiah ditaja oleh TitanPanduanTNX.com, Blog Kari-Ngeri.com,AnakDunia dan Ohcikgu.com

p/s: Alhamdulillah, akhirnya siap juga entri review ni setelah tertangguh hampir sebulan. Kepada Titan, kalau ada info salah yang tertera dalam entri ni, harap bolehlah menegur. Nanti Sya betulkan. Siri ke-3 iaitu siri terakhir akan dibuat esok. Entri ni pun dikarang dalam keadaan mengantuk. Huwaaaa…..nak tidur…esok kena anyam ketupat. Dah nak raya!. 😛

error: Content is protected !!