Sebenarnya dah lama dah perasan pasal kewujudan benda ni. Bila aku saje-saje google syaisya.com, keluar macam gambar kat bawah ni.

 

Tapi entah mengapa, aku boleh buat dek je. Ala-ala macam takde perasaan. Lepas tu, lama-lama baru aku tersedar. Erk! Bukan ke yang berderet-deret kat bawah syaisya.com tu bukan semua blog boleh dapat?.

Tapi, seriously. Aku lupa ‘apakemenda’ namanya senarai tajuk entri yang berderet-deret tu. Hari ni aku terajin pula nak blogwalking. Actually, takdelah BW sangat pun, aku macam biasalah, cari contest kat gengblogger. Yeay! Happy yang gengblogger.com dah boleh diakses. Senang ler aku nak cek contest-contest yang sedang berlangsung. So, jumpalah blog cetusanhati ni. Sebaik sahaja aku terbaca tajuk kat related post yang blog dia dapat sitelink, aha! Terus aku dah ingat dah. Menda tu namanya ‘sitelink’. Maka, dengan ini, persoalan ‘apakemenda’ ni dah pun selesai. Dari minggu lepas jugalah aku dok mencari ‘apakemendanya’ namanya ni. Dulu ada baca juga blogger-blogger yang dah ada nama cerita pasal diorang dapat ‘menda’ ni, tapi aku pun tak amik pot sangat, sebab tau aku takkan dapat. Jauh panggang dari api lah. Sekali bila dah dapat ni, payah pula nak recall perkataan sitelink ni.

Hehe…senyum je lah dapat sitelink google ni. 🙂 Apa lagi yang boleh aku buat, kan. Sejak aku bertukar ke wordpress self hosting 5 bulan lalu, macam-macam lah pula aku dapat. Earning NN pun dah up sikit. Hehe..tapi taklah cecah ribu-ribu lagi. Setakat 3 angka boleh lah dapat. *wink wink*

p/s: Tapi tak tahu lah berapa lama aku boleh dapat sitelink ni, sebab dah beberapa bulan ni, google update PR tiap-tiap bulan. Aku pula blogging asyik surut je, jarang mood blogging aku nak pasang. Surut ke laut je..ngeh3.

error: Content is protected !!