ashraf haziq pelajar malaysia cedera masa rusuhan

Seorang rakyat Malaysia yang bermastautin di London, Shahrul Muzammir berkata satu laman web diwujudkan oleh warga London untuk mengutip dana untuk Ashraf sebagai rasa simpati di atas kejadian yang menimpa Ashraf. Laman web yang beralamat http://somethingniceforashraf.tumblr.com menggunakan tagline Let’s Do Something Nice For Ashraf Haziq. Dalam laman web tersebut turut mengadakan undian kepada pelawat untuk memberikan cadangan bagi membantu Asyraf.

Isnin lalu, Asyraf, 20, pelajar tahun pertama pengajian perakaunan tajaan MARA di Kolej Kaplan, patah gigi dan cedera di rahang apabila diserang dan disamun sekumpulan lelaki yang terbabit dalam rusuhan ketika beliau dan rakannya menunggang basikal untuk pulang berbuka puasa.

Petikan dari BERNAMA. Baca berita penuh di SINI.

 p/s: Dah jenguk dah laman web Ashraf ni. Kat situ ada beberapa respon dan cadangan untuk membantu Asyraf. Ini jelas menunjukkan keprihatinan rakyat London terhadap kejadian yang menimpa Ashraf. Alhamdulillah, Asyraf selamat.

Kongsi maklumat ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!