Alhamdulillah, suka aku dengan berita penangguhan caj 6% untuk pengguna prepaid (pra-bayar) dari tv3 ni:

Ditangguhkan.

Itu keputusan dicapai hasil pertemuan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dengan 4 syarikat telekomunikasi berhubung cadangan cukai perkhidmatan talian prabayar dan pek permulaan kad SIM yang dibantah banyak pihak.

Siang tadi, Datuk Seri Dr. Rais mengadakan pertemuan dengan 4 wakil syarikat telekomunikasi di Angkasapuri.

Ia susulan bantahan pelbagai pihak selepas syarikat telekomunikasi bercadang mengenakan caj perkhidmatan talian prabayar dan pek permulaan kad SIM bermula 15 September ini.

Pertemuan berlangsung hampir 2 jam yang kemudian mencapai kata putus menangguhkan cadangan itu.

Datuk Seri Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan: “Kami telah berbincang dan suasanaya cukup baik. Mereka menerima pandangan kerajaan dan juga sentimen yang dilahirkan oleh Perdana Menteri dan nasihat kami dari kementerian.”

Khamis lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut meminta syarikat telekomunikasi mengkaji semula keputusan mengenakan caj talian prabayar itu.

Selain membebankan rakyat, syarikat telekomunikasi juga didakwa sudah mencatat pulangan besar hasil perkhidmatan itu.

Sehingga kini, terdapat 26 juta pelanggan menggunakan perkhidmatan telefon bimbit.

 

Tapi kan, tangguh je ke? Tak mansuh terus eh. Maksudnya tak payah kenakan caj 6% tu. Sebagai seorang pengguna prepaid dan juga seorang student, aku rasa annoying juga lah caj ni. Huhu… 🙁 Harap tangguh selama-lamanya.

Kongsi maklumat ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!