Time-time raya ni, kan, manalah ada orang online sangat kan. Blog aku ni menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantaraan, maka, pembacanya pun kebanyakan orang Melayu lah kan, yang menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. Trafik blog, seperti yang tertera di bawah ni lah.

trafik hari raya 2011

Fuyoo! Memang jatuh gedebuk lah trafik blog aku ni. Memang jatuh macam nangka busuk jatuh tersembam ke tanah. Raya pertama hingga ke-3 UV blog aku 200++ je. Semalam baru naik sikit trafiknya. Hehe….Tapi kalau nak dibandingkan dengan trafik hari raya tahun lepas, ni kira OK lah. Lagipun aku pun tak layan blog sangat raya-raya ni. Hari Raya maaa…so kenalah beraya.

Jadual raya aku tahun ni pack sungguh sehingga minggu ke-4 raya. Adeh..aku pun dah serabut ni haa…nak susun jadual. Kerja aku lagi banyak nak kena selesaikan. Huhu..proposal thesis tak siap lagi ni. Slide presentation untuk conference pun tak buat lagi. Dush3!. Poning sudaaa…

p/s: Berkenaan tajuk entri di atas, ada tak blogger yang trafiknya mencanak walaupun hari raya ni?. Trafik siapa yang mencanak, sila angkat tangan. Nanti aku nak datang terjah blog tu. Blog tak glamour macam blog aku ni, confirm la trafik menjunam bila tiba hari raya. Ngeh2 😀

BACA JUGA :  SAYA INGIN BERADA DI DALAM BLOG LIST KATEGORI HIJAU KERANA...
error: Content is protected !!