Ohoho..seperti biasa, aku memang suka memeriahkan dan beri sokongan kepada blogger-blogger yang buat contest. Join contest ni seronok. Lebih-lebih lagi kalau menang, rasanya lagi seronok daripada dapat cek dari Nuffnang. 😀

ADA APA KAT BUKIT BINTANG 24 SEPTEMBER NI?

Kali ni aku nak join contest yang diadakan oleh Pria Pujanggga. Contest ini dinamakan Contest Jom Review Alexa @Pacifista.my. Dalam contest review ni, Pria Pujangga kun beri peluang kepada rakan-rakan blogger sekalian untuk beri pandangan, tak kira bersifat positif atau negatif, beri pandangan secara jujur dalam semua aspek, termasuk untuk diri beliau sendiri.

Hadiah yang ditawarkan sangat menarik dan lumayan. Nak tahu hadiahnya apa? Meh tengok sini:

Hadiah untuk contest ni:
2 x External Hard Disk 500G
3 x Pen Drive 16G
5 x Topup Celcom/Digi/Maxis sebanyak RM 10

Menarik, kan, hadiahnya. So, rasa-rasa kalau berminat nak join, meh pakat ramai-ramai meriahkan contest review ni. Ada bonus untuk kumpul point juga kalau datang melawat blog ni. Nak join, sila KLIK SINI lah ya.

error: Content is protected !!