Terkejut dan sedih mendengar berita kematian Jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor, 41, selepas terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia, jam 11.07 malam tadi (waktu Malaysia).

Berikut adalah petikan Berita Harian:

KUALA LUMPUR: Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor, 41, meninggal dunia selepas terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia, malam ini.

Wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya, yang turut serta dalam misi itu berkata, dalam kejadian 10.30 malam waktu Malaysia itu, Noramfaizul bersama rakan media elektronik menaiki trak ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita apabila beliau terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi paru-parunya.

“Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada 11.07 malam waktu Malaysia,” katanya.

Waktu Malaysia lima jam lebih awal daripada Mogadishu.

Khairulanuar berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media membuat liputan berita tetapi tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.

Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 September ini. – BERNAMA

p/s: Innalillah….Peluru tak bermata. Takziah kepada keluarga Arwahyarham Noramfaizul Mohd Nor. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Kongsi berita ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

BACA JUGA :  GYMNAS MALAYSIA, ELAINE RANGKUL PINGAT TERBANYAK, KOMANWEL 2010
error: Content is protected !!