Aku baru sahaja balik dari bandar, keluar makan dengan mak aku. Perut ni berkeroncong sungguh. Raya-raya ni pelik betullah. Walau pun beraya rumah orang, dapat makana, tapi macam tak kenyang je rasa. Tak faham betul aku. Agaknya tu hikmah hari raya kot. Supaya aku still lagi boleh makan di setiap rumah yang dikunjungi. Kalau hari lain, takdenya makan tak rasa kenyang.
Balik dari bandar, macam biasa, capai laptop terus. Tujuannya aku nak siapkan setting blog baru aku, yang aku mula set semalam. Haish! Aku masih lagi tak puas hati dengan template. Masih belum dapat template yang memenuhi citarasa.
Tapi buka-buka je email (antara perkara pertama yang aku lakukan apabila ON je laptop), tengok-tengok ada new pingback yang aku kena approve. Di mana, pingback itu datangnya dari entri Pemenang Pertandingan Earncent Review 2011.
Walaupun aku tak baca pun lagi entri tu, tapi aku dah tau dah aku menang nombor berapa, sebab tengok kat pingback summary tu je. Tapi, tetap aku klik jugalah kat entri senarai pemenang tu.
Walaupun aku tak menang hadiah tempat 1-3, tapi aku menang untuk 3 kategori iaitu:
1. Pemenang Pertandingan Earncent Review 2011.
Aku dapat no.6. Hadiahnya berupa RM10 + Panduan TNX 2.0 + Pengiklanan 180×60 Banner di ohcikgu.com 1 bulan.
2. Pemenang Komen Terbanyak di Earncent.com
Dapat no. 6 juga.
Hadiah: RM10 + Panduan TNX 2.0 + Pengiklanan 180×60 Banner di sayacomel.com 1 bulan.
Sebenarnya untuk kategori ni aku tak target pun untuk dapat apa-apa, sebab kalau tak silap masa awal-awal contest diumumkan, penganjur (Titan) kata 3 top comentator je. Tup-tup sangkut pula nama aku sebagai pemenang terakhir. Ahaks! Perempuan melayu terakhir kot aku ni. Hehe 😀
3. Hadiah khas – 6 orang yang terawal menyertai pertandingan ini
Dapat no.4.
Hadiah: Pengiklanan banner 125×125 di Ahmadfaizal.com
Yang ni memang aku tahu dan confirm dari awal pertandingan lagi yang aku no.4. Tak sempat nak jadi 3 terawal sebab aku dapat tahu pasal contest ni lambat sehari dari depa bertiga yang terawal tu.
So, itulah dia hadiah yang aku menang. Keseluruhannya, aku menang:
1. duit RM 20
2. iklan banner di 3 blog
3. Panduan TNX – 2 unit. Tapi aku ingat nak nego dengan Titan, agar bagi aku 1 je Panduan TNX tu, 1 lagi tukarkan dengan e-book panduan says.my. Boleh je kan, Titan kacak kan. 😀
Ada 1 lagi kategori dalam contest ni iaitu review khas dari Titan. Untuk kategori ni, nama aku takde. So, OK. Aku terima je keputusan muktamad penganjur tanpa banyak songeh. Sebab aku memang macam ni orangnya. Tak banyak ragam a.k.a. karenah. Hehe 😛
Sebenarnya, aku malas nak buat entri kemenangan ni, sebab rasa macam nak merajuk kat Titan ni, sebab dia kata aku kacak. Ada ke patut aku yang perempuan ni dikatanya kacak?. Patut ke? Haha..so, kalau dah malas nak buat entri, kenapa aku buat juga? Sebab si Titan ni yang suruh. Betul ni, aku tak tipu. Memang dia suruh. Tak caya? Baca ni. Aku copy paste je dari entri pengumuman pemenang tu:
Yang menang, jangan lupa pula untuk buat cerita kat blog masing-masing tentang kemenangan korang tu. Jadikan kejayaan kecil ini sebagai satu tapak untuk lebih berjaya pada masa hadapan. Sebab tu kalau aku menang apa-apa pertandingan tak kiralah dapat tempat pertama atau tempat terakhir, aku akan beritahu dalam blog aku ni. Untuk jadi sebahagian dari sejarah blog ini dan diri aku. Yelah, nak ingat dalam otak kita ni, kekadang lupa juga kan?
Haha…actually aku agree lah dengan apa yang Titan kata tu. Memang boleh dijadikan sejarah dalam blog. Aku memang kadang-kadang je buat entri kemenangan. Pastu aku pun macam ingat-ingat lupa contest-contest yang aku pernah menang. Terutama sekali kalau contest yang aku menang, tapi tak dapat pun hadiahnya. So, macam mana lah nak ingat. Malas nak ingat sebab kena tipu. Dah bagi kita menang tapi hadiah tak nak bagi pula. Tapi takpe, oleh sebab aku ni tak banyak songeh, aku diam je lah. Malas nak tuntut hadiah dari blogger-blogger itu. Bukan sekali tau, aku tak dapat hadiah yang dijanjikan. Tapi itu tetap tak jadi penghalang untuk aku teruskan kegemaran aku join contest sana sini.
Haaa…. mai sini vote aku untuk My Selangor Story Contest. Klik SINI kalau nak vote. Kalau tak nak vote pun takpe, aku tak paksa. Aku OK je. Kalah menang adat bertanding. Yang penting aku dah cuba. Belum cuba kan belum tahu. 😀
Dah, aku nak setting blog baru aku tu. Huhu..puh puh…siap lah cepat hendaknya 😀 Ops! Sebelum tu, terima kasih banyak-banyak kepada penganjur, Titan kerana pilih aku sebagai salah seorang pemenang. 😀
terbaiklah kak..huhu..dpt 3 skali gus..huhu..tahniah..=)
Tahniah 🙂
tahniah 🙂
banyak jugak awak menang contest ni yek.rezeki mencurah2 ni 🙂
hadiah last2 je, Faiz. Bukan utama. Biasalah tu, akak kan jarang menang hadiah utama. Sekali sekala je sesat dapat main prizes. Hehe…Masih banyak perkara yang perlu akak pelajari. Kena buat improvement dari semasa ke semasa.
thanks. U too, congratz.
Alhamdulillah, ada lah rezeki sikit2…
Sya masih belum ada idea nak review apa kat blog Pacifista tu. Idea dah mari nanti baru Sya buat review tu. Due date pun lambat lagi, kan.
Salam, wah.. tahniah! 3 anugerah. hehe. 🙂
Salam. Tahniah menang contest tu.. saya tak pernah menang apa-apa contest online pasal tak pernah masuk…hihi…tapi bila tgk orang lain menang, rasa teruja pulak.
hehe ada menang dr puanbee tak ? kalau ade email yer.. kehkeh lupa ingatan kadang2 tu
perghh rejeki hihihi tahniah..:)
wahh. menang besar gak tu 😀
tahniah cik syaisya
Wow…congratsss…
Hmm..nak aktif smula la lepas ni : D
Tahniah ler sya..sya kan rajin join kontest, sure byk gak menang kan..hehe
Tahniah.. murah rezeki..
Apa blog baru tu?
Panduan TNX yg lebih tu bagi sini lah.. hehe
Tahniah la diatas kemenangan tu..
Tapi part yang makan tak kenyang2 tu..Nikmat ke??
Tak baca bismillah kot..hehe
atau tank besar.. =)
thanks. part makan tak kenyang tu, bukan setakat baca bismillah. doa sebelum makan, selepas makan pun Sya baca juga. Sya makan sikit-sikit di setiap rumah. Mana ada tank besar, Sya kecik je orangnya. Mungkin sebab bukan nasi yang dihidangkan. Kalaulah setiap rumah hidangkan nasi dengan lauk pauk yang sedap2..haha…tu baru terlebih kenyang la.
hehe..blog baru tu tak siap pun lagi. Belum boleh terima visitor lagi. Wan nak panduan T NX tu?. Tengoklah, kalau tak dapat tukar dengan panduan says, Sya jual separuh harga. Nak? Hehe 😀
Thanks. Banyak tak banyak sangat lah. Adalah rezeki sikit-sikit. Jarang menang hadiah besar. Kadang-kadang jer.
aktif lah semula, best join contest ni. mencabar minda
terima kasih. 1st time menang banyak kategori ni.
Alhamdulillah, rezeki. Thanks
rasanya macam takde lah PB. Bukan rezeki Sya di blog PB agaknya. 😀
cubalah masuk. menang kalah tolak tepi, yang penting cuba. Best join contest ni tau, macam2 kita boleh dapat, walaupun tak menang.
Tahniah kat bro, johan tu. 😀
Oh ye ke…hehehe
Tahniah ya…bab komen terbanyak saya tak larat nak lawan 🙂
Sya pun tak larat nak lawan. memang dah surrender awal2 lagi. Cuma tak sangka Titan tambah hadiah. so ‘ter’menang. hehe
owh … tahniah! seronok bila dengar org menang itu ini … rasa cam nak masuk kontes jugak! 🙂
wah, bnyk hadiah dia dapat yer
masuklah..best join contest ni. boleh dapat macam2
adalah sikit. ramai yang dapat hadiah macam ni
thniah ye..
terima kasih, Syu.