La ni aku nak update ringkas je blog ni setelah blog ni dah beberapa hari tak berupdate. Lagipun aku penat hari ni, sebab hari ni adik ako konvo. Jam 9 lebih malam baru dapat berehat. Huhu… penat der…tapi takpelah, bukan selalu pun. Sekali seumur hidup.
Aku ada menyambut Cabaran Malaysia Merdeka #54 di Denaihati sebelum ini. Walaupun aku sahut cabaran ini last minit sebab tak tahu due date contest ini, tapi mungkin dah rezeki aku kot. Due date dilanjutkan 2 hari, so dapatlah aku mula mengarang entri CARA TINGKATKAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN PADA GENERASI MUDA pada 2 jam terakhir sebelum contest tamat.
Alhamdulillah, minggu lepas, rezeki aku agaknya untuk dapat RM100 dari pihak penaja, eQurban dan Denaihati kerana memberikan RM 100 kepada kesemua 20 peserta, walaupun pada asalnya ketika contest dilancarkan, hanya 10 orang sahaja pemenang yang akan memenangi RM100 tu.
Bagi aku, tu lah yang dikatakan rezeki dan juga antara yang bestnya join contest ni sebab kadang-kadang pihak penganjur suka membuat kejutan. Ada juga penganjur yang suka tambah hadiah setelah contest tamat. So, join je contest ni. Tak rugi pun. Menang kalah tolak tepi. Ada rezeki, adalah. Cuma, usaha juga yang terbaik untuk asah skill diri sendiri. 😀
Terima kasih kepada Denaihati dan eQurban. Kini pesanan Qurban boleh dibuat secara online.
p/s: uhuuuu…penatnyaaa….nak buat jurnal pun tak larat ni. Dush!
tahniah sebab menang. Bukan senang tu. 🙂
tahniah
tahniah kerana menang.aritu menang,yang ni pun menang.memang bertuah la empunya diri ni 😀
thanks. Alhamdulillah, rezeki 😀
thanks. 😀 Selalulah ke DH, banyak contest dan hadiah menarik.
thanks. Anyway, semua peserta menang.