PELAKON & SINOPSIS CINTA ELYSA SLOT LESTARY TV3

by syaisya on September 12, 2011

Drama Cinta Elysa menggantikan drama Ana Lu’lu yang akan ditayangkan mulai 13 September 2011 di tv3.

sinopsis cinta elysa slot lestary tv3

pelakon utama Cinta Elysa

PELAKON CINTA ELYSA

Johan Ariff Asari – (Aril)

Zila Bakarin

Fasha Sandha

Jalaluddin Hassan

SINOPSIS CINTA ELYSA

Cinta Elysa mengisahkan dilema yang dialami oleh Aril (Botak Juvana) yang terpaksa menjalankan tanggungjawab menjaga ibu saudara dan sepupu-sepupunya yang membenci dan memusuhinya. Watak ibu saudara yang benci sangat kat Aril dipegang oleh Zila Bakarin dan sepupunya yang perempuan nama Elysa (Fasha Sandha).

Jasman, bapa saudara Aril, membawanya pulang ke rumah kerana Aril anak yatim piatu yg membesar tanpa kasih sayang. Selepas disisihkan dari keluraga, dia tinggal dengan Jasman. Jasman telah menempatkan Aril dan Elysa di satu kolej supaya Aril dapat menjaga keselamatan anaknya di kolej dari diganggu oleh lelaki. Kira Aril ni jadi bodyguard Elysa lah.

Jasman mahu Aril menjaga dan memastikan keselamatan anaknya sebelum dia meninggal dunia dan berpesan kepada Aril supaya menjaga anak-anaknya hingga mereka tamat pengajian. Walaupun Aril seorang samseng dan dianggap pemuda bermasalah dan dibenci oleh ibu saudaranya (Zila Bakarin) dan sepupunya (Fasha Sanda), tapi dia terpaksa menjalankan tanggungjawab besar tu walaupun terpaksa berdepan dengan ibu saudaranya yg jadi penghalang.

Walaupun Aril ni nampak jahat dan liar, dalam diam Aril menaruh hati dan menyintai sepupunya Elysa. Oleh sebab cinta yg kuat kepada Elysa, Aril masih duduk di rumah tu walaupun dibenci oleh mak saudaranya. Elysa pada mulanya tak suka Aril, namun begitu lama kelamaan dia melihat Aril ni baik dan selalu melindungi dia dari diganggu oleh lelaki lain maka berputiklah sayang dia pada Aril..

Ibu saudaranya menghalau Aril keluar dari rumah, dan waktu itu, Aril nekad membawa bersama Elysa. Aril menjalani kehidupan samseng untuk menyara diri dan Elysa. Elysa tak suka Aril hidup mencari rezeki cara tak elok dan mahu Aril cari kerja yang halal dan menjalani kehidupan yang baik. Demi cintakan Elysa, Aril cuba berubah dan mencari rezeki yang halal dan dia menerima segala nasihat dan teguran Elysa.

Sumber: Puanbee dan Nurizspace

Kongsi sinopsis Cinta Elisa ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

Share

{ 8 comments… read them below or add one }

SITI ASIAH September 14, 2011 at 12:05 pm

salam kenal…
cam seronok jew cite nie..malam tadi terlepas tengok…huhu
yang pasti saye minat BOTAK..:)

Reply

syaisya September 23, 2011 at 10:03 pm

yup! Botak pandai buat muka ganas. Best juga layan cerita ni. Kalau terlepas tengok, leh tengok kat tonton.tv3

Reply

mohd fariq bin mohd kamil September 29, 2011 at 9:16 pm

jika saya diberi peluang untuk menjadi pelakon ..tak kisah ape pon saya sahut cabaran itu

Reply

syaisya October 3, 2011 at 4:31 pm

kalau dapat berlakon semua watak, barulah mencabar bakat.

Reply

noriza November 26, 2011 at 5:35 pm

best sngt gmbar ni rugi klau tlpas 1 episod…..

Reply

syaisya November 26, 2011 at 6:02 pm

Sya pun layan juga cerita ni. sadis betul kalau dapat mak macam tu.

Reply

anwar November 30, 2011 at 8:36 pm

eiiiiiiiiiiii geram tuggu punya lama tup tup ada phmpnn umno…

Reply

syaisya December 1, 2011 at 6:05 pm

ekeke…tu r. tengah tunggu sambungan dia kan, tgk iklan untuk episod yang akan datang memang macam dah sampai kemuncak. huhu..sabar2 :D

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: