sinopsis jiwa dan lara samarinda tv3

Pelakon Cinta Dan Lara

Drama baru, Jiwa dan Lara akan ditayangkan di slot Samarinda TV3 menggantikan drama Ramadhan Terakhir. Drama 25 episod ini bertemakan cinta 3 segi. Jiwa Dan Lara akan mula ditayangkan 13 September, jam 10.30 malam.

SINOPSIS JIWA DAN LARA  .

Drama ni mengisahkan persengketaan dan dendam antara 3 orang iaitu Zaman, Jiwa dan Lara dari tahun 80-an sehingga kini. Zaman (Aaron Aziz) ni penjenayah yang berjaya melepaskan diri dari pihak polis. Zaman kemudian melarikan diri dan bersembunyi di ladang getah.

Zaman terlibat dalam kemalangan dan dibawa tinggal oleh Baha yang melanggar Zaman. Di rumah Baha, ada Lara yang tak suka kat Zaman. Dia sangat bijak mengatur strategi hingga dapat mempergunakan Fakir, bos tempat dia kerja di ladang getah tu.

Jiwa pulak menganggap Zaman pesaing dan curiga dengan kebaikan Zaman, Jiwa (Fauzi Nawawi) seorang mandur di ladang getah tu dan dia jugak mencintai LARA (Neelofa). Hubungan mereka mula renggang, Lara mula rapat dengan Zaman, Lara terjerat dengan kata kata manis Zaman dan terlanjur.

Zaman berusaha untuk hapuska Jiwa. Dia memukul dan mencampakkan Jiwa ke gaung. Kini, anak tunggal bos, bernama MARINI (Faezah Elai) sudah pulang dari luar negara. Zaman nak bolot harta Fakir dan nak mengahwini Marini, dia menyisihkan Lara yang cuma penjual bunga.

Marini dipaksa kahwin dengan Zaman, Marini setuju sebab dia pun terlanjur dengan teman lelaki dia di luar negara. Zaman sudah tidak mendapat kepercayaan dari Marini dan Faakir, dia mula bertindak ganas membunuh Fakir untuk membolot harta Fakir.

Setelah 30 tahun, Zaman telah menjadi kaya dan menukar nama kepada Bakhtiar Murshid, dan mempunyai empayar perniagaan yang besar. Jiwa yang jatuh ke dalam gaung, diselamatkan oleh orang asli. Jiwa pun kembali bertemu Zaman dalam dunia perniagaan.

Jiwa mula menjejaki Lara, kekasih dia yang amat dicintai dulu…

p/s: Wohaaa…Aaron Aziz pegang watak jahat dalam cerita ni.

Sumber: Nurizspace

>>GAMBAR PERKAHWINAN FAEZAH ELAI<<

Kongsi Sinopsis Jiwa Dan Lara ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!