ABSEILING DI AWANA GENTING HIGHLANDS GOLF AND COUNTRY RESORT

2 Flares 2 Flares ×

Hari ke-3 (hari terakhir kami di Golden Palm Tree Iconic Resort And Spa), selepas bersarapan di Restoran Bila Bila, kami pulang ke bilik masing-masing untuk mengemas barang. Destinasi kami berikutnya ialah Awana Genting Highlands Golf And Country Resort.

Semua peserta berkumpul di lobi pada jam 11.30 pagi untuk proses pemulangan kunci. Seperti biasa, kami bergambar beramai-ramai di hadapan lobi resort sebelum bergerak keluar dari resort untuk makan tengahari di gerai yang berdekatan. Kami makan mee mamak.

makan%2Bmee%2Bmamak ABSEILING DI AWANA GENTING HIGHLANDS GOLF AND COUNTRY RESORT

Selepas makan, kami bertolak ke Awana. Ketibaan kami agak lewat sedikit kerana kesesakan jalan raya. Ketibaan kami disambut meriah dengan bunga manggar.

sambutan%2Boleh%2Bawana%2Bgenting%2Bhighlands ABSEILING DI AWANA GENTING HIGHLANDS GOLF AND COUNTRY RESORT

Kami kemudian ke Lobby Lounge untuk majlis perasmian dan taklimat aktiviti yang akan dijalankan. Setibanya di Lobby Lounge, kami dihidangkan dengan jus cherry sebagai welcome drink.

awana%2Bgenting%2Bhighlands%2Bgolf%2Band%2Bresort%2Bcountry ABSEILING DI AWANA GENTING HIGHLANDS GOLF AND COUNTRY RESORT

Di dinding, terbentang banner mengalu-alukan kedatangan kami, para peserta My Selangor Story Contest 2011.

banner+mss+awana+genting+highlands ABSEILING DI AWANA GENTING HIGHLANDS GOLF AND COUNTRY RESORT

Ucapan kata-kata aluan disampaikan oleh Syahrul Zuhara ( Pengurus PR ) dan diikuti dengan ucapan dari Dato’ Anthony Yeo (Senior VC – Hubungan Awam dan Komunikasi). Menurut Dato’, Awana Genting Highlands merupakan antara tempat tumpuan untuk Eco-tourism negeri Selangor. Menurut beliau juga, 20% dari Genting Hinglands terletak di kawasan Selangor dan selebihnya ialah Pahang.

dato+anthony+yeo+awana+genting ABSEILING DI AWANA GENTING HIGHLANDS GOLF AND COUNTRY RESORT

Selepas ucapan dari Dato’ Yeo dan YB Elizabeth Wong, kami bergambar beramai-ramai di hadapan banner yang ada di sini.

top+24+bloggers+awana+genting+launch ABSEILING DI AWANA GENTING HIGHLANDS GOLF AND COUNTRY RESORT

Makan petang kami kali ini sedikit ringan kerana selepas ini kami perlu melakukan aktiviti fizikal. So, tak boleh makan berat-berat.

makan+petang+di+awanan+genting+highlands+2 ABSEILING DI AWANA GENTING HIGHLANDS GOLF AND COUNTRY RESORT

Selesai makan dan melihat video slideshow yang disediakan oleh pihak Awana untuk overview tentang aktiviti yang bakal dijalankan, kami bergambar beramai-ramai sekali lagi di hadapan banner My Selangor Story yang terdapat di luar lobby lounge ( Hehe..gambar lagi!. Asyik bergambar je kerjanya. Anyway, semua orang pun suka bergambar. Senyum je icon biggrin ABSEILING DI AWANA GENTING HIGHLANDS GOLF AND COUNTRY RESORT )

group+photo+awana+launching+awana+genting+eco+challenge ABSEILING DI AWANA GENTING HIGHLANDS GOLF AND COUNTRY RESORT

Saat untuk bersantai sudah semakin ke penghujungnya. Kami kemudian di bawa ke satu bilik untuk taklimat mengenai aktiviti mencabar sebentar lagi. Euuwww…macam scary je bila En. Najib Ariffin (Ketua Unit Fun & Adventure) ni terangkan kepada kami apa yang bakal kami hadapi.

taklimat+eco+aktiviti+awana+gemting+highlands ABSEILING DI AWANA GENTING HIGHLANDS GOLF AND COUNTRY RESORT

Ni pula En. Zul, instructor kami untuk aktiviti yang akan dijalankan sepanjang kami di Awana Genting Highland Golf and Country Resort ini.

instructor+abseiling+awana+genting+highlands ABSEILING DI AWANA GENTING HIGHLANDS GOLF AND COUNTRY RESORT

Selepas mendengar briefing yang menakutkan ni, kami mula bergerak keluar dari resort mendaki bukit untuk ke tempat abseiling.

daki+gunung+ke+abseiling+awana+genting ABSEILING DI AWANA GENTING HIGHLANDS GOLF AND COUNTRY RESORTTop 24 blogger gigih mendaki gunung menuju ke tempat untuk abseiling. Kredit foto: TianChad dan Feeq.

Kami akhirnya tiba di destinasi yang dituju. Perlatan untuk abseiling dah tersedia di hadapan mata dengan platform abseiling yang berkecerunan 45 darjah, dan berketinggian 7 kaki tersergam gah di hadapan mata kami.

2+peralatan+keselamatan+untuk+abseiling+awana+genting+highlands ABSEILING DI AWANA GENTING HIGHLANDS GOLF AND COUNTRY RESORT

Aku teruja sebenarnya nak melakukan aktiviti abseiling ni, kerana ni lah pertama kali aku melakukannya. Memang banyak pengalaman pertamaku sepanjang bersama MSS ni. Setelah mendengar sedikit taklimat dan pringatan dari Encik Zul, instructor kami, kami diarahkan untuk memakai harness, topi keledar dan sarung tangan untuk tujuan keselamatan. Masih ku ingat lagi, ketika En. Zul memakaikan harness di pinggangku, beliau mengucapkan ayat ini “Too slim. Terlebih diet ni”. Alamak!, segan aku bila lelaki cakap macam tu kat aku!. Dia cakap macam tu sebab dah banyak kali dia tarik tali harness tu, tapi still lagi longgar dipinggangku, sehingga akhirnya talipinggang harness tu terpaksa dilipat ke belakang.

Kami melakukan aktiviti abseiling ini dengan dua cara, iaitu secara ke membelakang (backward) dan juga secara menghadap ke hadapan (forward). Mula-mula nak turun tu cuak juga lah. Tapi lepas dah tahu tekniknya, oh..easy peasy. Laju je aku turun ke bawah. Best. seronok! Seronok!.

abseiling+backward+and+forward+awana+genting+highlands ABSEILING DI AWANA GENTING HIGHLANDS GOLF AND COUNTRY RESORT

Setelah masing-masing berjaya melawan rasa takut (selesai menjalankan aktiviti), semua blogger kelihatan ceria. Lalu terhasillah gambar group yang terlebih bersemangat ni. Paling semangat menjerit En. Zul lah, barisan depan kat tengah-tengah tu (bukan yang meniarap tu eh). Dia lah yang menjerit paling kuat ketika proses pengambaran ini dilakukan. Dalam hati aku “semangat betul!”. Hehe.. Jangan marah, En. Zul, marah nanti kena jual. icon biggrin ABSEILING DI AWANA GENTING HIGHLANDS GOLF AND COUNTRY RESORT

group+photo+abseiling+awana+genting+highlands ABSEILING DI AWANA GENTING HIGHLANDS GOLF AND COUNTRY RESORT

Untuk pengetahuan, aktiviti outdoor abseiling ini berharga RM 30 (untuk dewasa/seorang) dan RM 20 (untuk kanak-kanak/seorang).

Kemudian kami turun semula, menuju ke tempat penginapan kami. Penginapan kami pada malam ini bukanlah di hotel mahupun resort 5 bintang, tapi sebaliknya di Rumah Panjang Sarawak. Kisah rumah panjang dan aktiviti kami pada malam hari akan diceritakan kemudian di entri berikutnya. >> BERMALAM DI RUMAH PANJANG AWANA & MAKAN SEAFOOD SEDAP DI PASAR IKAN BAKAR <<

Terima kasih kepada para penaja My Selangor Story Contest 2011:

sponsors%2Band%2Bpartner%2Bmyselangorstory%2B2011 ABSEILING DI AWANA GENTING HIGHLANDS GOLF AND COUNTRY RESORT

Lembaga Pelancongan Rasmi: Tourism Selangor
Sistem penerbangan rasmi: Fly Firefly Sdn Bhd
Internet rasmi: The Cube
Restoran rasmi: The Mix
Kamera rasmi: Pentax
p5rn7vb

0 comments… add one

Leave a Comment

CommentLuv badge