Hari ke2, pagi-pagi sesudah subuh, aku pergi ke hadapan Restoran Bila Bila untuk menikmati panorama matahari terbit. Inilah kali pertama aku dapat melihat matahari terbit dengan jelas sekali. Kelihatan jelas bagaikan bebola api melompat naik di kaki langit. Sebelum-sebelum ini, penat tunggu matahari, tapi tak nampak dengan jelas. Sememangnya My Selangor Story 2011 ini banyak memberikan pengalaman pertama untukku. I like! 😀

Kemudian, aku bersarapan di Restoran Bila Bila yang kedudukannya berdekatan dengan villa tempat tinggal kami. Ini adalah Restoran Bila Bila jika dipandang dari luar.

Pemandangan dalam restoran yang cantik dan menenangkan. Suasana yang amat selesa untuk menjamu selera.

 

Ada kolam renang di tepi restoran ni bagi yang suka berenang dan pandai berenang, yang pastinya!. Kalau tak pandai berenang lebih baik jangan terjun dalam kolam ni. Tiada pelampung disediakan. Hehe 😀

Selepas bersarapan, kami bergerak ke Pantai Bagan Lalang untuk aktiviti sukan air. Ni yang best ni!. Enjoy and fun!. 😀

Sebelum melakukan sebarang aktiviti, setiap peserta diminta untuk mendaftar dengan menulis nama di buku log dan menyarung jaket keselamatan terlebih dahulu sebagai langkah keselamatan.

Aktiviti pertama yang aku lakukan ialah sailing. Untuk sailing, pelatih di sini yang mengemudikan kapal layar. Kami hanya duduk sahaja dalam kapal ini dan belajar cara-cara untuk mengemudikan kapal layar ini. Satu kapal hanya boleh dinaiki oleh 3 orang sahaja termasuk pelatih. Untuk aktiviti ini, aku lakukan bersama Jard.

Dwi Andi dan Hijrah kelihatan begitu gembira melakukan aktiviti sailing.  Kredit foto:Hanis

Kemudian, aku dan Jard berkayak. Sebelum kami berkayak sesuka hati, beach boy di sini memberikan tunjuk ajar cara untuk berkayak. Pengalaman pertama juga aku berkayak, walaupun di universiti ada Kelab Kayak ni, tapi aku tak pernah join. Huhu…Terima kasih MSS 2011 dan semua penganjur dan sponsor. Kerana anda, semua aktiviti sukan air ni dapatku lakukan.

Aku, Jard dan beberapa blogger MSS 2011 seronok berkayak. Kredit gambar: Hanis, Tian Chad & Shaleh Drehem.

Tak tahu berenang dan takut air?. Tak perlu risau kerana ada beach boy yang menjaga keselamatan anda dan akan datang untuk menyelamatkan. Keselematan pengunjung menjadi aspek utama kepada Smiley Beach. Aku sendiri pun tak pandai berenang, tapi tetap teruja untuk melakukan aktiviti sukan air ni semua.

Mereka menjaga keselamatan anda. Boleh jadi Baywatch versi Malaysia ni. Hehe 😀 Gambar kredit: Tian Chad

Salah seorang peserta MSS 2011, Pamela sedang bermain Windsurfing. Kredit foto: mohdzaid

Pantai Bagan Lalang menyediakan beberapa aktiviti sukan air seperti kayak, sailing, stand up paddle, windsurfing, cart sailing, speed sailing, bocce ball, bola sepak pantai, sepak takraw dan bola tampar pantai. Kesemua aktiviti ini boleh dilakukan dari jam 9.30 pagi hingga 6.30 petang.

Setelah bermain bersama pantai dan ombak, beberapa blogger mengadakan perlawanan persahabatan bola tampar pantai.

Foto kredit: Feeq

Setelah puas bermain, kami kembali ke bilik kediaman masing-masing sebelum makan tengahari di Restoran Bila Bila. Aktiviti seterusnya ialah berbasikal mengelilingi kawasan kampung. Bersambung di entri berikut >> Aktiviti berbasikal dan lawatan air surut (Low Tide Tour) <<

Golden Palm Tree Iconic Resort Dan Spa ini terletak di Kampung Sungai Pelek, Bagan Lalang.

Berminat untuk ke sini?. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:

Golden Palm Tree Resort & Spa Sdn Bhd (637783-W)
No. 67, Jalan Pantai Bagan Lalang,
Kg Bagan Lalang,
43950 Sungai Pelek,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

No. Tel: +603 3182 3600

Fax: +603 3182 3700


Terima kasih kepada para penaja My Selangor Story Contest 2011:


Lembaga Pelancongan Rasmi: Tourism Selangor
Sistem penerbangan rasmi: Fly Firefly Sdn Bhd
Internet rasmi: The Cube
Restoran rasmi: The Mix
Kamera rasmi: Pentax
error: Content is protected !!