Selepas puas bermain dengan ombak dan pantai, kami berbasikal mengelilingi kawasan kampung berdekatan pada sebelah petang. Inilah kali pertama aku mengayuh basikal setelah kali terakhir aku mengayuh basikal 7 tahun yang lalu, ketika aku tahun pertama di universiti.

Inilah dia wajah-wajah ceria para peserta My Selangor Story Contest yang telah bersedia dan tak sabar-sabar menyahut cabaran lawatan berbasikal. 😀 Sebelum itu, semua peserta dikehendaki mendaftar nama dan memakai topi keledar sebagai langkah keselamatan. Kami juga dibekalkan dengan 1 botol mineral untuk menghilangkan dahaga ketika perjalanan berbasikal.

Suasana ketika kami berbasikal. Di sebelah kanan dan kiri pandangan dihidangkan dengan suasana kampung yang damai tidak seperti hiruk-pikuk kota. Sambil mengayuh basikal, sambil menghayati suasana kampung dan udara segar.

Kepada mereka yang tidak tahu mengayuh basikal, jangan risau dan bersedih hati. Di sini terdapat basikal yang boleh dikayuh oleh 2 orang.

 Ahah! Membonceng pun best juga. Kredit foto: Jard

Untuk aktiviti berbasikal ini, terdapat dua pakej lawatan iaitu pakej untuk beginner dan juga advance. Untuk pakej beginner, lawatan berbasikal hanya sekitar kampung yang berdekatan dan mengambil masa dalam 30 minit sahaja. Manakala, untuk pakej advance, perlu berbasikal selama sejam. Aku berada dalam kumpulan 1 dengan pakej beginner.

Selepas penat berbasikal dan terasa lenguh kaki ni, kami makan aiskrim yang dibelikan oleh krew My Selangor Story. Emmm..Nyummy!

Pendapat peribadiku, adalah jauh lebih elok jika melakukan pemanasan badan terlebih dahulu sebelum berbasikal untuk mengelakkan sakit kaki. Kepada mereka yang biasa dengan aktiviti lasak dan bergerak aktif, mungkin tiada masalah. Tapi bagi mereka yang banyak duduk di pejabat sahaja dan duduk di tempat berhawa dingin, lebih baik warm up terlebih dahulu. Mungkin juga para pelatih di Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa yang bertugas boleh memasukkan aktiviti pemanasan badan dalam aktiviti ini. Ini bertujuan agar para pengunjung rasa lebih seronok melakukan aktiviti ini, kerana tidak semua orang bergerak aktif dalam kehidupan seharian.

Selain daripada itu, perlu diingatkan bahawa basikal yang terdapat di sini mempunyai gear yang perlu ditukar mengikut kelajuan basikal. Setiap kali berhenti, perlu tukar gear ke gear 1. Kalau tak, alamatnya sakit kaki bergandalah lepas tamat aktiviti berbasikal ni kerana inilah yang berlaku pada rakan bloggerku. Huhu..

Selepas makan aiskrim dan berehat sebentar, kami ahli kumpulan 1 melakukan aktiviti ‘Lawatan Air Surut’ yang dikendalikan oleh pemandu pelancong, Kak Rozi.

Kami berkaki ayam je untuk aktiviti ini kerana perlu berjalan menyelusuri pantai. Ketika itu cuaca agak panas, terasa panas sikit tapak kaki ni tapi rasa best juga. Ala-ala spa semulajadi gitu. Tak payah rendam kaki dalam sebaldi air suam. Hehe 😀

Cuba teka tapak kaki siapa ini?

Ketika air surut, adalah, pengunjung boleh melihat banyak ketam kecil yang bergerak ke tepi pantai. Dari jauh kelihatan comel je ketam-ketam ni berjalan beramai-ramai. Sangat menakjubkan pemandangan ini.


Kredit foto:  Tian Chad

Ketam-ketam kecil yang dipanggil Geramak ini membentuk lubang-lubang kecil sepanjang pantai untuk menyembunyikan diri, terutama sekali apabila mereka merasa gegaran hentakan kaki manusia. Lubang-lubang kecil di pantai ini bagaikan membentuk lukisan semulajadi (nature art).


Di sini juga, kami ditunjukkan cara untuk menangkap pepahat yang sememangnya unik. Terdapat tiub yang dikeluarkan oleh pepahat untuk bernafas. Tiub ini akan disumbat dengan kapur agar pepahat ini tidak boleh bernafas dan seterusnya ia akan keluar dari tempat persembunyian.

Kredit foto: Tian Chad

Keadaan bahagian bawah lobi resort ketika air surut di waktu petang.

Pasir di bahagian bawah lobi resort ini terasa sejuk dan nyaman tetapi lebih berlumpur berbanding dengan pasir yang terdedah kepada matahari. Malah, di bawah lobi ini, terdapat lumpur laut yang elok untuk orang lelaki. So, orang lelaki, pijak lah kaki anda lama-lama dalam lumpur laut ini ya jika anda sampai ke sini.  😀

Kredit foto: feeq

Lawatan Air Surut (Low Tide Tour) ini berlangsung lebih kurang 1 jam. Kemudian, kami berjalan kaki ke Restoran Sepoi Sepoi untuk menerima kamera Pentax yang dipinjamkan kepada kami untuk merakam detik-detik terindah sepanjang My Selangor Story 2011 Contest ini.

Setelah percubaan untuk menerima kamera Pentax yang kalis air tak berjaya, akhirnya aku berjaya mendapatkan kamera DSLR yang berwarna lain dari yang lain, iaitu warna merah jambu. Pink lagi tu!. 😀 Review tentang kamera DSLR ini akan menyusul kemudian. 😀 Apa yang aku boleh katakan, kamera ni best!. Apa yang best?. Tunggu review khas untuk Pentax DSLR ini nanti.

The pink Pentax DSLR is coming to me. Yeah!

Aktiviti berikutnya iaitu makan malam terakhir di Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa yang dikenali sebagai >> Malaysian Night <<.

Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa terletak di Kampung Bagan Lalang, Sungai Pelek.

Berminat untuk ke sini?. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:

Golden Palm Tree Resort & Spa Sdn Bhd (637783-W)
No. 67, Jalan Pantai Bagan Lalang,
Kg Bagan Lalang,
43950 Sungai Pelek,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

No. Tel: +603 3182 3600

Fax: +603 3182 3700

 

Terima kasih kepada para penaja My Selangor Story Contest 2011:

Lembaga Pelancongan Rasmi: Tourism Selangor
Sistem penerbangan rasmi: Fly Firefly Sdn Bhd
Internet rasmi: The Cube
Restoran rasmi: The Mix
Kamera rasmi: Pentax
error: Content is protected !!