Nabil (Ahmad Nabil Bin Ahmad), 28 telah selamat bergelar suami kepada Nazirah Ayub, 23 dengan 2 kali lafaz dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Tuanku Zainal Abidin Putrajaya, tepat jam 5.16 petang, 30 September 2011. Jom saksikan gambar majlis pernikahan Nabil dan Zira.

 

 

 

 

 

Nabil dinikahkan oleh jurunikah merangkap pembantu imam Masjid Besar Putrajaya, Ustaz Muhd Redza Bin Ahmad dengan mas kahwin berjumlah RM300 dan wang hantaran berjumlah RM15000.

 

 

 

Hantaran untuk Nabil

9 dulang hantaran berkonsepkan Red Rhapsody: sebentuk cincin, coklat Godiva, sepasang kasut Tods, sebuah PlayStation 3, sebuah iPad, senaskah Al-Quran, tepak sirih, buah-buahan & kek fonding.

 

 

Hantaran untuk Zira

7 dulang hantaran berkonsepkan White English Contemporary: gubahan wang hantaran & sebentuk cincin, tepak sirih, sebuah Blackberry Playbook, kasut Stuart Weitzman, set wangian Laura Mercier, set alat solekan dan senaskah tafsir Al-Quran.

 

 

 

Kesemua hantaran telah direka oleh Persada Embun.

Majlis resepsi Nabil dan Zira di Digital Park i-City, Seksyen 7, Shah Alam pada 2 Oktober.

Tahniah Nabil & Zira! Moga bahagia sehingga ke akhir hayat.

>> GAMBAR PERKAHWINAN (MAJLIS RESEPSI) NABIL DAN ZIRA DI i-CITY <<

Kredit: OhBulan dan MyCuteMoment.

Kongsi gambar pernikahan Nabil dan Zira ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!