Yeehhaaa….Hari ni aku nak join contest: aku nak menang hadiah dari blog mohdzaid.com. Hehe..semangat ni aku nak join contest Zaid baby walau dah last minit ni. Tinggal lagi 40 minit je dari tarikh tutup. Kenapa aku tak join dari awal?. Sebab teramat banyaklah benda yang perlu disiapkan + aku agak lemah sikit bab-bab kontest yang kena bagitau kenapa aku nak menang hadiah-hadiah yang disediakan. Okey, apa hadiahnya?. Jom tengok ni:

Hadiah Utama x 1 pemenang :

– Wang Tunai RM200 sumbangan dari DenaiHati.com

– Voucher KFC RM10 sumbangan Mohdzaid.com

Okey, diulangi sekali lagi… Wang Tunai RM200!. Wang Tunai RM200!. Ok, duit ok, duit! Ada sesiapa yang tak nak duit ke?. Orang gila pun kenal duit tau. Kadang-kadang tu siap minta orang duit lagi. So, mestilah aku nak RM200 tu. Bukan sebab aku gila mahupun gila duit, ya. Tapi sebab ianya duit, so aku nak. Tak payah tanyalah kenapa nak duit. Dah namanya duit, mestilah nak. Awat? Korang tak nak duit ke?. Hehe…Kalau aku dapat RM200 tu, wah-wah, seronoknya. Boleh isi minyak kereta selama 2 bulan. Berbaloi-baloi!

Hoh! Dah lah dapat RM200, boleh dapat voucher KFC lagi tu. Boleh makan peha ayam goreng. Aku suka makan drumstick je. KFC..sehingga menjilat jari! 😀

Hadiah Tempat Pertama x 1 pemenang :

– Hosting EBiz Beginner sumbangan Exabytes Malaysia 

– Domain (.com/.net/.org) sumbangan Mohdzaid.com

Wooo…yang ni pun masyuk juga. Dah lah dapat hosting Ebiz, siap dengan domain sekali. Best dapat ni. Boleh buat business terus. Lagi yang bestnya kalau menang ni, kalau betul-betul kena pada gayanya, hosting dan domain ni boleh bagi pulangan wang kepada aku berlipat kali ganda dari harga hosting dan domain ni. Sebab ni bukan hosting biasa, tapi hosting untuk business.

Hadiah Tempat Kedua x 1 pemenang :

– Hosting EBiz Beginner sumbangan Exabytes Malaysia 

– Voucher KFC RM10 sumbangan Mohdzaid.com

Hosting lagi, tapi takde domain, Zaid bagi makan KFC je. So domain kena beli sendiri. Alamak! Nak lah yang free juga. Hehe..cehh…nak free ajer..Of course lah, kalau tak nak yang free, tak join lah contest ni, kan.

Hadiah Tempat Ketiga x 2 pemenang :

– Kemeja-T eksklusif dan hamper berupa cakera padat artis sumbangan Universal Music Malaysia

Haaa….t-shirt ekslusif ni. Diulangi sekali lagi, t-shirt ekslusif. Bukan semua orang ada t-shirt ni. Kalau aku menang, so aku ada. Ko ada?. 😛 Then siap dapat hamper cakera padat artis Universal Music Malaysia. Bagus ni kalau dapat cakera padat ni semua, dalam kereta aku 1 CD lagu pun tak ada. Yang ada CD Jangan Bersedih je. Hehe…

Hadiah Sagu Hati x 10 pemenang :

– Sekeping cakera padat terbaru terbitan Universal Music Malaysia

Sekeping je? Takpelah, nama pun saguhati. Sekeping pun sekeping lah. Sekeping hati dibawa berlari….cewah! Tiba-tiba nyanyi lagu Saujana ni pula. Dah lama juga tak layan lagu-lagu Saujana ni. Dapat sekeping pun oklah kan, daripada tak dapat langsung. 😀

Oklah, tu je lah sebab musababnya aku nak menang hadiah-hadiah contest: saya nak menang hadiah anjuran zaid. Korang nak menang juga? Jom join (kalau sempat). Hehe… 😀

Tapi, perlu juga lah kiranya aku nak tegaskan di sini, hadiah yang paling aku nak ialah, of course hadiah utama tu, RM200. RM200 beb. Masyuk!

Contest: Saya Nak Menang Hadiah ini ditaja oleh Mohd Zaid, Denaihati, Exabytes dan Universal Music Malaysia.

p/s: Zaid, tak retilah pula camne nak link kan banner tu ke entri blog ko. Bagitau sikit camne. Huhu…

error: Content is protected !!