PELAKON DAN SINOPSIS FILEM OMBAK RINDU ADAPTASI NOVEL

PELAKON DAN SINOPSIS FILEM OMBAK RINDU ADAPTASI NOVEL

16 Flares 16 Flares ×
filem%252520ombak%252520rindu PELAKON DAN SINOPSIS FILEM OMBAK RINDU ADAPTASI NOVEL

Filem Ombak Rindu di pawagam

Filem Ombak Rindu ini merupakan adaptasi dari novel OMBAK RINDU karya novelis terkenal, Fauziah Ashari. Novel Ombak Rindu ni memang best, sebab tu diminati ramai. Novel ni aku baca masa undergraduate dulu. Memanglah aku ni kaki novel, lebih-lebih lagi kalau novel tu karya novelis terkenal seperti Fauziah Ashari dan Norhayati Berahim. Baca novel ni memang macam feeling-feeling gitu. Tah berapa banyak kali tah, aku khatamkan novel ni. Cuma sambungannya, Cinta Tiada Akhirnya dan Rindu Cintaku aku tak khatamkan lagi.

Filem Ombak Rindu ini diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama Tarantell Pictures Sdn Bhd ini diarahkan oleh sutradara terkenal, Osman Ali. Pelakon utama Filem Ombak Rindu ini ialah Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani. Filem yang menjalani penggambaran di lokasi seperti Kuala Lumpur, Kedah, Perlis dan Thailand ini telah memakan masa selama 45 hari sejak pertengahan Julai 2010 akan ditayangkan di pawagam pada 1 Disember 2011.

Ramai yang dah tak sabar menantikan filem ni di pawagam. Bagi peminat novel Ombak Rindu, memang dinanti-nantikan tayangan filem ini. Mesti ada juga rasa nak tengok sejauh mana persamaan filem dengan novel. Bagi yang belum baca novel Ombak Rindu, bolehlah baca Sinopsis Ombak Rindu di SINI.

gambar%252520maya%252520karin%252520dan%252520aaron%252520aziz%252520filem%252520ombak%252520rindu PELAKON DAN SINOPSIS FILEM OMBAK RINDU ADAPTASI NOVEL

Maya Karin dan Aaron Aziz dalam Ombak Rindu

PELAKON FILEM OMBAK RINDU

Maya Karin (Izzah)

Aaron Aziz (Hariz)

Lisa Surihani (Mila Amylia)

Bront Palarae

Julia Ziegler

Azizah Mahzan

Zaidi Omar

Normah Damanhuri

Fauzi Nawawi

Nadia Nisa

Mislina Mustafa

Kamarul Hj Yusof

Yap Leong Chai

gambar%252520filem%252520ombak%252520rindu%252520maya%252520karin PELAKON DAN SINOPSIS FILEM OMBAK RINDU ADAPTASI NOVEL

SINOPSIS FILEM OMBAK RINDU

Izzah seorang gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya, tinggal bersama bapa saudaranya, Taha. Pada masa yang sama, Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang kerana hutang keliling pinggang, dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz bernikah dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan kerana mahu menjaga namanya.

Gambar Volkswagen terbaru, Jetta. Cantik!

Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat cinta Izzah yang mula berputik terhadap Hariz. Hariz berkahwin juga dengan Mila atas sebab-sebab tertentu. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah (ibu Hariz) setelah mengetahui kedudukan yang sebenarnya?. p/s: Datuk Sufiah ni jahat sangat tau, dalam novel lah. icon biggrin PELAKON DAN SINOPSIS FILEM OMBAK RINDU ADAPTASI NOVEL

maya%252520karin%252520izzah%252520keguguran%252520filem%252520ombak%252520rindu PELAKON DAN SINOPSIS FILEM OMBAK RINDU ADAPTASI NOVEL

Izzah keguguran

VIDEO TRAILER OMBAK RINDU

LAGU TEMA OMBAK RINDU

Filem ini dikuatkan lagi dengan alunan muzik dan lagu-lagu yang menyentuh hati. Salah satunya ialah lagu tema berjudul ‘Ombak Rinduku’, nyanyian Hafiz dan Adira hasil gubahan Nurzaidi. Lagu ini dijangka bakal menyentap jiwa penonton yang dibuai dengan emosi dan kesedihan watak utamanya, Izzah, lakonan Maya Karin.

Sumber: gua.com.my, zon artis, nurizspace, FB Ombak Rindu (Official Page)

Kongsi sinopsis & pelakon Filem Ombak Rindu ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.



2 comments… add one

Leave a Comment

CommentLuv badge