Aku tiba di Sky Park Terminal, Subang (dulu dikenali sebagai Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah) tepat jam 9.45 pagi. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, aku merupakan peserta pertama yang tiba di lapangan terbang ini dan juga satu-satunya blogger tempatan yang datang ke My Selangor Story Contest ini menaiki pesawat Firefly kerana peserta tempatan lain tinggal di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Anda boleh baca pengalaman pertamaku terbang bersama Firefly di entri ini: DI SINI BERMULA PERJALANANKU BERSAMA FIREFLY | MY SELANGOR STORY 2011.
Menurut penganjur, semua peserta diminta berkumpul di StarBucks Coffee untuk menemui krew My Selangor Story di sana. Jam 10.30 pagi, aku telah dijemput oleh krew, Sher, dan di bawa ke LCCT untuk mengambil seorang peserta Indonesia yang akan mendarat pada jam 11.45 pagi.
Sepanjang perjalanan, aku berbual-bual bersama Sher dan bertanyakan pelbagai perkara mengenai Selangor. Banyak maklumat yang aku perolehi dari beliau. Kami akhirnya tiba di LCCT dan menjemput peserta dari seberang, bernama Danial.
Danial, blogger dari Indonesia. Peserta termuda, hanya berusia 18 tahun.
Kemudian, kami kembali ke Sky Park Terminal untuk menjemput peserta-peserta lain dari Indonesia dan Singapura yang dijangkakan akan tiba pada jam 2-4 petang. Sementara menunggu ketibaan peserta lain, Danial dan aku bergambar di sekitar Sky Park Terminal memandangkan ini juga kali pertama aku menjejakkan kaki di sini.
Sepanjang proses pengambaran, aku dan Danial menerima pandangan pelik dari orang sekeliling. Banyak kali kami mendengar ayat ini “Kenapa nak ambil gambar?”. Pertanyaan yang tidak diajukan kepada kami, tetapi pertanyaan sesama mereka. Kami yang mendengarnya hanya tersenyum dan masihku ingat jawapan balas dari Danial kepadaku “Malah kita bangga dengan apa yang kita lakukan”. 😀 Danial so sweet!.
Kami bergambar di sana sini sehingga perut mula berkeroncong. Maka, kami pun menuju ke Food Court.
Menu yang dipilih ialah nasi ayam berharga RM 7.50. Inilah nasi ayam termahal yang pernah aku makan. 🙂 Biasalah airport, kan. Mestilah mahal. Nasib baik ia sedap. Danial pun jealous dan terliur, siap ambil gambar nasi ayam ni berkali-kali. 😛 Ini juga pengalaman pertamaku makan di food court lapangan terbang. (Banyak betul pengalaman pertamaku sepanjang bersama MSS 2011 ini. Akan diceritakan kemudian, pengalaman-pengalaman pertama yang lain).
Selepas makan, kami ke Starbucks Coffee semula dan ketika itu, Sher sudah tidak keseorangan. Sher bersama dengan Dian (pemenang MSS 2010) dan juga pemandu pelancong kami, Farhana.
Lebih kurang sejam kemudian, peserta-peserta dari luar negara (Indonesia dan Singapura) pun tiba dan kami bertolak ke Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie untuk Press Conference My Selangor Story 2011.
Bersambung di entri berikutnya >> Press Conference My Selangor Story Contest 2011.
Terima kasih kepada para penaja My Selangor Story Contest 2011:
pehhh..hebat. hebat. hehe..
wahh, tahniah..terer nih.. 🙂
thanks, tapi apanya yang terer?
diorang memang hebat-hebat. kurasakan diriku ikan bilis aje. huhu..
wahhh ada class gitu 😀
😀
sya ini pertandingan ke ? atau sya dah menang pun ?
Ini pertandingan, PB. Resultnya dah ada tapi belum diumumkan lagi. Sebenarnya perlukan vote juga dari rakan-rakan, sebab vote pun ada menyumbang markah, tapi tak tahu berapa markah.
oh kenapa tk bg tau awal2 , so dah tk leh vote lah ye
result dah ada. kalau vote pun tak dikira dah kot. huhu….Sya memang nak bagitau, tapi tak sempat. Takpelah, Sya perlu belajar dari kesilapan. 😀 Sya sempat bagitau beberapa orang je. Semua sekali ada 17 entri yang untuk di vote, PB, untuk contest ni.
der sayang lah .. lainkali cr PB , leh tolong promotkan ..contest cam ni perlu sokongan ramai , bukan senang kan nak masuk contest besar2 gini
haah PB, memang susah nak dapat masuk contest besar ni. persaingan memang sengit. memang nak contact PB pun, tapi tulah..hhuhu..Sya lah yang silap besar. Lesson from losses. 🙁