Astro Warna muncul dengan program baru berjudul Maharaja Lawak Mega iaitu  sebuah program istimewa khusus untuk mencari pelawak yang terbaik dikalangan yang terhebat! Program ini menampilkan 47 orang pelawak professional dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Maharaja Lawak Mega akan disiarkan secara langsung mulai 28 Oktober 2011, setiap Jumaat, 10.00 malam. Masih menggunakan format dan konsep yang sama seperti Maharaja Lawak, nasib para peserta akan diadili dengan gabungan sistem pemarkahan juri tetap dan undian penonton. Manakala kuasa imuniti tetap dimiliki oleh ketiga-tiga juri tetap dan akan digunakan selepas mendapat persetujuan ketiga-tiga juri.

Menurut Encik Nizam Sani (Pengurus Pakej Mustika), senarai peserta yang dipanggil adalah berdasarkan tawaran yang diberikan oleh pihak Astro, manakala kumpulan pula terbentuk berdasarkan pemilihan mereka sendiri, mengikut keselesaan dan keserasian peserta.

SENARAI PESERTA MAHARAJA LAWAK MEGA

Pimai (Sathiya, Imuda & Yassin Sulaiman)

Hiro (Hamdan, Ilya & Ropie)

Boboi (Afdlin Shauki & Harun Salim Bachik)

Anje (Achong & Joey)

Osbon (Mr. Os & Abon)

Bawal Power (Bob Kuman & Sobri)

Rap (Aziz Kota, Pak Lah Cecupak & Rama)

Comel (Radhi Khalid & Bell Ngasri)

Lanun (Jegan, Elyas & Rama)

3G (Yassin, Didie Alias & Enot)

Adlin Aman Ramli

Jalil Hamid

Gebu (Hani & Azian) – Singapura

Syok (Ifa Raziah, Suhaimi & Arif Sudin) – gabungan peserta Malaysia dan Singapura

Bawel (Dodon, Amin & Dadang) – Indonesia

Saehu (Eko, Bocil & Vecha) – Indonesia

Caer (Adetao, Mister lbo & Lugiana)  – Indonesia

HADIAH JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA

Wang tunai sebanyak RM350,000.

PENGACARA MAHARAJA LAWAK MEGA

A.C Mizal masih dikekalkan sebagai pengacara kerana mendapat reaksi positif dikalangan penonton. 

Wohoo…tengok nama-nama kumpulan ni je dah tersengih-sengih dah. Hope betul-betul lawak lah nanti. Tersenyum terlebih bila dengar nama kumpulan Comel tu 😀

Sumber: BroFramestone & Erafm

Kongsi senarai peserta Maharaja Lawak Mega ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.