REVIEW PENTAX DSLR Kr + 18-55mm PINK

by syaisya on October 10, 2011

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pada hari ke-2, selepas melakukan aktiviti Lawatan Air Surut, aku menerima kamera DSLR Kr + 18-55mm yang berwarna merah jambu terang untuk digunakan sepanjang menjalankan aktiviti bersama My Selangor Story. Sebaik sahaja terpandang kamera ini, rakan-rakan blogger yang lain tertarik untuk membelek-belek kamera ini. Sudah tentulah kerana warnanya yang menyerlah iaitu pink terang.

pentax+dslr+kr REVIEW PENTAX DSLR Kr + 18 55mm PINKAuuwww! Pink you!

Harga: 

Kamera ini berharga RM2,399.00.

Sumber: Shashinki

Spesifikasi Pentax DSLR Kr + 18-55mm Pink:

Zoom lens, 18-55 mm, 12.4 megapixel, CMOS sensor, 3″ LCD with 921,000 dot untuk resolusi live view, 720p HD video, 11 poin AF, 6 FPS frame rate dan ISO 25,600

3 Warna Pilihan 

Pentax K-r didatangkan dengan 3 warna iaitu hitam, putih dan merah jambu.

Pandanganku sepanjang menggunakan kamera DSLR Kr + 18-55mm Pink ini. 

1. Ringan 

Ini merupakan kali pertama aku menggunakan DSLR kerana aku hanya ada sebiji kamera semi-pro. Kali pertama memandang DSLR ini, sudah pastinya warnanya yang pink terang itu yang mencuri tumpuan. Kemudian, apabila aku memegangnya, ternyata ianya ringan. Aku suka DSLR yang ringan kerana tanganku cepat lenguh jika memegang barang yang berat.

2. Mudah alih

Kamera ini juga mudah dibawa kemana-mana dan ianya didatangkan dengan beg yang juga menarik rekabentuknya. Kamera warna pink, beg pula warna merah. Tak ke memang meriah tu. Hehe.. icon biggrin REVIEW PENTAX DSLR Kr + 18 55mm PINK

3. Mudah untuk dikendalikan (mesra pengguna)

Sebagai amatur dalam menggunakan DSLR, aku berasa seronok kerana dapat mencuba kamera DSLR Kr + 18-55mm Pink jenama Pentax ini. Dengan gembiranya aku menggunakan kamera ini kerana memang dah lama teringin nak DSLR ni. Tapi tak mampu lagi nak beli. Huhu.. Walaupun tak pandai sangat menggunakannya, namun ramai rakan blogger yang sudi mengajar aku. Terima kasih kepada Hafiz kerana sudi menjawab macam-macam soalan dariku.

Kamera ini juga mudah untuk difahami fungsi-fungsinya. Setting-setting yang ada mudah untu diubah.

4. Sesuai untuk amatur dan professional

Kamera ini sesuai juga untuk amatur yang baru sahaj mahu berjinak-jinak dengan dunia fotografi kerana mempunyai fungsi auto mode. Namun begitu, bagi yang sudah pro, bolehlah menggunakan manual mode.

5. Sesuai untuk perempuan dan penggemar pink

Penggemar pink pastinya suka kamera berwarna pink ini dan biasanya perempuanlah sesuai untuk pink ni. icon biggrin REVIEW PENTAX DSLR Kr + 18 55mm PINK

with+my+pentax REVIEW PENTAX DSLR Kr + 18 55mm PINKKredit foto: Nigel

Gambar-gambar yang terhasil:

Berikut adalah beberapa gambar yang terhasil menggunakan kamera Pentax DSLR Kr + 18-55mm Pink ini. 

 Gambar menggunakan auto mode: 

auto+mode+pentax+kr+light+shadow REVIEW PENTAX DSLR Kr + 18 55mm PINK

Auto mode ketika menerima bayang-bayang dari cahaya matahari.

AF+mode+with+ISO+400 REVIEW PENTAX DSLR Kr + 18 55mm PINK

Auto mode, ISO 400

gambar+group+photo+awana+genting+highlands REVIEW PENTAX DSLR Kr + 18 55mm PINK

Antara gambar yang diambil pada waktu malam.

seafood%2Bdinner%2Bgolden%2Bpalm%2Btree%2B2 REVIEW PENTAX DSLR Kr + 18 55mm PINK

night+shot+holiday+inn REVIEW PENTAX DSLR Kr + 18 55mm PINK

Gambar tulisan ini diambil dengan menggunakan fungsi macro pada keadaan gelap di Restoran The Mix.

gambar+pentax+macro+in+dark+capture+words REVIEW PENTAX DSLR Kr + 18 55mm PINK

Pada keadaan yang gelap, kamera ini masih mampu menangkap gambar yang sharp untuk imej yang sedang bergerak pantas.

gambar+pada+waktu+gelap REVIEW PENTAX DSLR Kr + 18 55mm PINK

Gambar menggunakan fungsi macro dan percubaan untuk kaburkan background.

gambar+bunga+review+pentax+dslr+kr+pink+1 REVIEW PENTAX DSLR Kr + 18 55mm PINK

gambar+macro+pentax REVIEW PENTAX DSLR Kr + 18 55mm PINK

Gambar menggunakan landskap:

review+pentax+dslr+kr+pink+2 REVIEW PENTAX DSLR Kr + 18 55mm PINK

review+pentax+dslr+kr+18 55mm+pink+gambar+landscape REVIEW PENTAX DSLR Kr + 18 55mm PINK

gambar+landscape+gpt+2 REVIEW PENTAX DSLR Kr + 18 55mm PINK

gambar+landscap+gpt+5 REVIEW PENTAX DSLR Kr + 18 55mm PINK
Aku juga berpeluang merakam video menggunakan Pentax K-r DSLR ini. Video yang terhasil adalah bagus, terang dan jelas walaupun rakaman dilakukan pada persekitaran kurang cahaya dan warna lampu bertukar-tukar ketika penari menari.

 

Secara kesuluruhan, memang best menggunakan kamera ini. Pengguna kamera ini juga akan dengan mudahnya mencuri tumpuan orang ramai kerana warnanya yang pink menyerlah lain dari yang lain. icon biggrin REVIEW PENTAX DSLR Kr + 18 55mm PINK

Terima kasih kepada Pentax kerana memberiku peluang menggunakan DSLR buat pertama kalinya.

Entri berikutnya >> The Cube, Penghubung Media Sosial Anda <<

Terima kasih kepada para penaja My Selangor Story Contest 2011:

sponsors%2Band%2Bpartner%2Bmyselangorstory%2B2011 REVIEW PENTAX DSLR Kr + 18 55mm PINK

Lembaga Pelancongan Rasmi: Tourism Selangor
Sistem penerbangan rasmi: Fly Firefly Sdn Bhd
Internet rasmi: The Cube
Restoran rasmi: The Mix
Kamera rasmi: Pentax

{ 10 comments… read them below or add one }

nizamghazi October 15, 2011 at 2:23 am

Comelnya pentax pink tu.
Rasa mcm nak pgg je :)
Sy mmg suka warna pink ;)
nizamghazi Entri terkini..Berapa Kerap Update Artikel Untuk Beloved Readers?My Profile

Reply

syaisya October 15, 2011 at 12:30 pm

Oh, yeke?. hehe..ia memang comey. ramai orang tertarik dengan warnanya yang pink tu.

Reply

puanbee November 29, 2011 at 3:16 pm

comel .. pandai juga ya menreview ni ..
puanbee Entri terkini..Saya Nak Memenangi Samsung Galaxy S|| Dalam Contest Gadjet Impian DenaihatiMy Profile

Reply

syaisya November 29, 2011 at 4:04 pm

ahha..ye ke, PB? Rasa macam banyak je kekurangan entri ni. Sya 1st time guna DSLR ni, 1st time juga review DSLR. Dalam MySelangorStory Contest ni, memang semuanya 1st time bagi Sya. Seronok sangat. Next year kita join contest ni sama2, yok. Thanks, PB baca entri2 MySelangorStory Contest Sya ni. Sya tengok kat visitor path. :D

Reply

puanbee November 29, 2011 at 4:55 pm

wahah org mcm PB susah sikit , tk pernah tinggal anak , memang tk mungkin lah nak masuk contest kena tinggal anak nih
puanbee Entri terkini..Saya Nak Memenangi Samsung Galaxy S|| Dalam Contest Gadjet Impian DenaihatiMy Profile

Reply

syaisya November 30, 2011 at 10:42 am

ehe…tulah yang join pun ramai blogger bujang. kalau ada yang dah kahwin pun, bapa orang lah, mak orang takde :D

Reply

k November 7, 2012 at 5:16 pm

salam…
nk tny..beli camera ni kt mne ek???

Reply

syaisya November 8, 2012 at 6:14 pm

salam…

kamera ni saya tak beli. tapi Pentax pinjamkan kamera ni pada saya sepanjang My Selangor Story Blogger Contest.

Reply

k November 9, 2012 at 12:57 pm

oooo…ingtkan beli..sbb cantik..dan saya ni pantang tgk bende pink..hihih
laju jew nk beli..hihihih

Reply

syaisya November 15, 2012 at 1:21 pm

hehe.. memang cantik pun. memang menarik perhatian orang kalau kita pegang kamera pink tu. di kedai2 pun ada jual kamera ni.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: