Drama Soffiya dah habis. Lepas ni digantikan dengan drama Tentang Dhia lakonan Nora Danish dan Adi Putra sebagai tunjang utama. Tadi dapat juga layan episod akhir Soffiya. Happy ending lah kan. 😀

Bayi yang dikandungkan Fiona terselamat, walaupun Fiona meninggal dunia. Ilyas meragui bayi tersebut. Walaubagaimanapun, bayi tersebut sah anak Ilyas kerana berdarah O negatif, sejenis kumpulan darah yang sangat jarang dijumpai. Ilyas pun gembira dan melahirkan rasa kesalnya kerana tidak menunjukkan rasa cintanya kepada Fiona dan kerana tidak memberi peluang kepada Fiona untuk menjelaskan keadaan sebenar. Ilyas berjanji untuk menjaga bayi tersebut sebaiknya.

Bidan yang menyambut kelahiran anak Soffiya dulu memberitahu bahawa anak Soffiya (anak bapa Soffiya juga) masih lagi hidup. Bidan tersebut meminta Soffiya Rm 5 ribu, barulah dia beritahu kepada siapa dia jual anak Soffiya. Setelah itu, Soffiya pergi ke rumah keluarga yang membela anaknya, tapi dia tak nak kacau kebahagiaan anaknya itu. Dia tengok dari jauh je.

Soffiya dan Kamal akhirnya berbaik semula. Kamal meminta Soffiya menceritakan kisah silamnya ketika di hospital, saat sebelum Kamal dibawa masuk ke bilik pembedahan untuk memotong kakinya. Soffiya menceritakan segalanya. Kamal tak sangka yang kehidupan silam Soffiya begitu tragis. Namun, Kamal sudah bersedia untuk berundur diri dan berpesan kepada Ilyas untuk menjaga bayi Fiona dan juga Soffiya.  Namun, Soffiya tetap cintakan Kamal dan mahu menjaga Kamal seumur hidupnya.

Babak terakhir, Soffiya, Ilyas dan bayinya di pusara Fiona setelah 7 bulan kemudian. Kamal pula duduk di atas kerusi roda dan mengucapkan terima kasih kepada Soffiya kerana sudi menerimanya walaupun dia sudah tidak sempurna. Bagi Soffiya pula, Kamal sempurna di matanya. 😀

Habis dah cerita Soffiya. Jiwa dan Lara pun nak habis juga kan?.

Baca Sinopsis Tentang Dhia ni, ermmm…rasanya drama ni pun best juga. Apa pun, layan je esok. 😀

error: Content is protected !!