sinopsis dan review aku bukan tomboy

Aku Bukan Tomboy. Kredit foto: MyGosip.com

Tajuk Filem:
Aku Bukan Tomboy

Pengarah:

 Syamsul Yusof

Penerbit:

Skop Production Sdn. Bhd.

Dipawagam:

17 November 2011

Pelakon Aku Bukan Tomboy:


Syamsul Yusof (Burn)
Scha Al Yahya (Farisha)
Salina Saibi (Sam)
Shaheizy Sam (Harry)
Sheera Iskandar (Bell)
Eira Syazira (Sally)
Didie Alias (Ibu Burn)

schya al yahya aku bukan tomboy

Schya Al Yahya, pelakon utama Aku Bukan Tomboy. Kredit foto: miorfika.blogspot.com

Sinopsis Aku Bukan Tomboy:

Kehadiran Farisa atau Eisha dalam hidup Harry dan Burn benar-benar mengubah pendirian dua jejaka terhadap gadis yang berpewatakan lelaki. Kali pertama melihat Farisha di sebalik topeng lelaki, mereka mula jatuh hati dengan gadis itu. Bermula dari zaman persekolahan yang penuh dengan dugaan kerana sering diganggu oleh beberapa orang pelajar ‘pengkid’ antaranya Bell dan Sam.

Tekanan disekolah yang dialami Farisha mendorongnya untuk mentransformasikan dirinya sebagai seorang yang berpesonaliti agresif dan kasar. Disebalik penampilan seperti seorang lelaki, Farisha masih mempunyai naluri sebagai seorang gadis sejati. Perwatakan sebegini berterusan hingga ke alam pekerjaan sebagai penghantar pizza. Plot cerita bermula apabila Farisha dikejutkan dengan kemunculan dua jejaka , Harry dan Burn yang berhasrat menjalinkan hubungan istimewa dengannya. Satu dilema yang menuntut pertimbangan yang penuh cabaran.

Syamsul Yusof aku bukan tomboy

Syamsul Yusof ketika cuba menyelamatkan Scha daripada menjadi mangsa rogol. Syamsul nak jadi hero tapi tak jadi 😛 Kredit foto: Danielmalek.wordpress.com

Harry, seorang salesman jalanan yang terlebih dahulu menjalinkan hubungan mesra dengan Farisha merasa tergugat apabila Burn muncul sebagai rival yang mencetuskan perebutan. Dalam masa yang sama Farisha berdepan dengan konflik perbezaan darjat dan kedudukan Burn sebagai Eksekutif Junior di syarikat rakan bapanya yang menyukarkan hubungan mereka. Disamping itu, Farisha secara kebetulan bertemu semula dengan Bell dan Sam (pengkid) yang turut berebut untuk menjadikannya sebagai pasangan mereka. Konflik cinta tiga segi yang berbeza senario telah mewarnai catatan kehidupan Farisa, si gadis tomboy. Persoalan: Adakah pengorbanan yang dituntut dalam dilema percintaan Farisa?

Review Aku Bukan Tomboy:

Aku baru je tonton filem Aku Bukan Tomboy ni malam tadi dengan keluarga, walaupun filem ni sudah mula ditayangkan sejak 17 November lalu. Ceritanya boleh tahan kelakar lah juga, disamping penampilan berbeza Syamsul Yusof yang berpewatakan sengal dalam filem ni. Kalau nak dibandingkan dengan Alamak Toyol, memang lagi kelakar Aku Bukan Tomboy ni lah. Alamak Toyol tak mampu membuatkan aku tergelak banyak kali dalam panggung wayang tu.

Filem ni happpening dan mampu membuat penonton gelak. Lawak santai yang ditonjolkan pun menjadi melalui dialog-dialog lawak sepanjang cerita ni. Bagi aku, semua pelakon dapat membawa watak dengan baik. Kalau nak tahu komedi yang ada dalam cerita ni, bolehlah pergi tontonnya sendiri di panggung wayang yang berdekatan dengan anda.

Trailer Aku Bukan Tomboy

Sumber sinopsis: mygosip

Kongsi Sinopsis & Review Aku Bukan Tomboy ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!