majlis pertunangan ezlynn penyanyi dengan adam fahmy

Ezlynn bertunang

Sebelum bernikah, majlis pertunangan diadakan terlebih dahulu sekitar jam tiga petang. Ezlyyn telah menerima lima dulang hantaran dan berbalas tujuh dulang. Antara hantaran yang diterima Ezlynn adalah seperti kasut, senaskah Al-Quran dan tas tangan. Sementara Adam pula, menerima hantaran berupa senaskah Al-Quran, kain songket, kemeja dan cuffling, pakaian untuk berbasikal, sepasang kasut, set haruman serta kaca mata.

Dalam majlis pernikahan ini, Ezlynn menggayakan sepasang subang gabungan berlian dan butiran mutiara tajaan Rafflesia Pearl Center.

gambar hantaran ezlynn kahwin

Ezlynn, atau nama sebenarnya, Azline Ariffin, 30, telah selamat diijabkabulkan dengan pengurus peribadinya,  Adam Fahmy Shamsudin, 35 pada 20 /11 /2011 di Roof Garden, Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara.

majlis pernikahan ezlynn dan adam fahmy

Ezlynn menerima sebentuk cincin, mas kahwin sebanyak RM80 dan wang hantaran berjumlah RM20,020.20.

ezlyyn nikah kahwin

gambar perkahwinan ezlynn dan adam fahmy

gambar majlis pernikahan ezlynn dan adam fahmy Kedua mempelai ini telah mengenakan busana rona merah jambu tajaan Oscar Jeprey dari Butik Lagenda Creations.

gambar perkahwinan adam fahmy dan ezlynn

gambar pernikahan ezlynn dan adam fahmy

Pasangan ini bakal mengadakan majlis resepsi besar-besaran yang dijangka akan diadakan pada 21 Januari tahun depan.

gambar ahli keluarga ezlynn kahwin

Sumber: murai, beautifulnara, red photography, iqbalwahab

Kongsi gambar pertunangan, pernikahan dan perkahwinan Ezlynn ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!