Dah lama sangat aku idamkan gadget ni sejak ia dilancarkan. Oh! Samsung Galaxy Tab 10.1 idaman kalbu 😀

samsung galaxy tab 10.1

samsung galaxy tab 10.1

Tapi, aku hanya mampu idamkannya saja. Buat masa ni, masih tak mampu lagi untuk memilikinya. Kalau nak beli juga, kenalah menabung setiap hari. Tapi karang nanti kalau dah lama sangat simpan duit tu, bila duit dah cukup nanti, mesti sayang pula rasanya nak leburkan duit tu. Tapi, sekarang ni memang nak sangat Samsung Galaxy Tab 10.1 ni.

Aku tak pernah memiliki sebarang gadget. Smartphone pun tak pernah beli. Guna telefon bimbit yang biasa-biasa je, yang hanya ada fungsi asas, buat panggilan dan SMS. Huhu…

Saat terbaca mengenai Contest Gadget Impian yang dianjurkan oleh Denaihati, aku senyum je sehingga ke telinga. Berangan lah kan kot aku boleh dapat gadget impian aku ni. Oh! Samsung Galaxy Tab 10.1. Manalah tahu kot aku boleh dapatkannya melalui contest ni. Alangkah best nya kalau ianya jadi kenyataan. 😀

“Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.comAnarm.neteQurban.comSilver Asia Sdn Bhd,Kedai Kak Siti dan Serverfreak

error: Content is protected !!