Minggu lepas aku berjaya khatamkan novel Cinta Kontrak karya novelis baru dan masih muda remaja, Nurul Ain Syuhada. Jom baca sinopsis Cinta Kontrak ni dulu, sebelum baca review dan pendapat peribadi aku 😀

novel cinta kontrak nurul ain syuhada

Novel Cinta Kontrak

Sinopsis Cinta Kontrak

“Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!” Aku semburkan ayat-ayatku dihadapan wajahnya.

Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.

Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato’ Eddy disebuah syarikat besar.

Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.

Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?

“Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!” selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.

Riview Cinta Kontrak

Perkahwinan tanpa cinta, lepas tu ada pula kontrak perkahwinan. Mungkin ni dah jadi genre novel Bahasa Malaysia yang paling banyak kat Malaysia ni. Cuma jalan cerita dan juga isi kandungan kontrak yang membezakan antara 1 novel dengan novel yang lain. Ramai yang cakap, novel-novel macam ni, stereotaip.

Untuk Novel Cinta Kontrak, kontrak perkahwinan yang dilakukan hanyalah dummy kontrak di mana isi kandungannya sangat kebudak-budakan. Kontrak ni dibuat oleh Danial hanya sekadar untuk mempertahankan egonya dan ingin menyorokkan perasaan cintanya terhadap Airysha.  Danial cuba mendapatkan cinta Airysha, tapi pada masa yang sama memelihara egonya. Boleh ke dapat cinta dan ego pada masa yang sama?.

Watak Nur Alia Airysha yang digambarkan dalam novel Cinta Kontrak ini adalah seorang gadis yang baru berusia 19 tahun, bertudung labuh tetapi brutal. Watak Danial pula memang ramai yang kata sweet. Ahah! Memang best kot kalau dapat suami macam Danial ni. Tapi entahlah, ada ke tak lelaki macam tu?. Sejak dari permulaan baca novel ni, memang gelak-gelak aku dibuatnya. Sebab gaya bahasa yang disampaikan memang santai habis. Macam percakapan kita seharian. Rasa enjoy juga baca novel ni.

Aku dapat khatamkan novel ni dalam tempoh 24 jam je. Laju tak aku baca?. Hehe..bukan semua novel aku boleh khatamkan dalam tempoh sehari, mungkin sebab novel ni terlalu santai dan tak berat langsung, sebab tak ada konflik berat yang digarap, maka memang senanglah aku nak khatamkannya dengan cepat. Owh! terus terang, aku tak de skip walau satu ayat pun walaupun ada je orang yang skip-skip baca novel ni (sebab aku dah baca review dan komen dari blog lain).

Pandangan dan persepsi setiap orang berbeza-beza. Melalui review dan komen dari pembaca-pembaca novel Cinta Kontrak ni, ada yang kata novel ni best giler dan tak kurang juga yang kata tak best. Kecenderungan masing-masing lah kan. Yang kata best tu sebab novel ni kelakar dan mampu membuatkan pembaca tergelak. Yang kata tak best tu sebab bagi mereka novel ni kebudak-budakan dan tak kurang juga yang mempertikaikan perempuan bertudung labuh tapi bersikap brutal dan bercakap kasar dengan suaminya. Bagi aku, memang patut pun kalau novel ni kebudak-budakan sebab watak utamanya budak baru habis SPM. Budak-budak jadi isteri, biasalah kan. Tak berapa nak matured. Selain daripada tu, penulisnya pun baru berusia 18 tahun.

Walaubagaimanapun, pandangan peribadiku, novel Cinta Kontrak  ni menerima pengaruh daripada Hlovate, novelis hebat yang sememangnya mempunyai gaya penulisan yang mantap. Mungkin Nurul Ain Syuhada peminat Hlovate, jadi terpengaruh dengan gaya bahasa beliau. Kenapa aku cakap macam ni?. Sebab aku ada terjumpa beberapa perkataan yang digunakan oleh Hlovate dan dari beberapa segi jalan cerita, sama konsepnya dengan Hlovate. Aku merupakan salah seorang peminat Hlovate, so memang dah tahu sangat gaya bahasa beliau. aA + bB dan 5 tahun 5 bulan, karya Hlovate dah aku khatamkan. Lepas ni nak beli novel Contengan Jalanan pula. Hehe 😀

Apapun, walaupun ada kekurangan yang terdapat dalam novel ni, still, satu percubaan yang baik untuk Nurul Ain Syuhada, kerana mampu menghasilkan novel pada usia yang masih muda remaja. 😀

Kesimpulannya, kepada yang tak suka novel yang berat-berat dan menyesakkan kepala ketika membaca, bolehlah baca novel ni untuk santai-santai. Rileks 😀

pssttt: Novel Stanza Cinta dan Cinta Tiada Akhirnya (kesinambungan Ombak Rindu) dah beli, tapi tak khatam lagi. Hehe… bila tah nak khatam tu. Huuu…

Anda peminat novel-novel Melayu?. Jom join FB page Suka Baca Novel ni. Boleh sembang-sembang pasal novel.

Kongsi Sinopsis dan Review Novel Cinta Kontrak ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

BACA JUGA :