Drama Soffiya dah semakin hampir ke penghujungnya. Selepas ini, Drama Tentang Dhia akan menggantikan drama Soffiya di Slot Akasia, tv3, mulai 9 November, 2011.  Drama Tentang Dhia, 28 episod arahan Feroz Khan ini menggandingkan beberapa orang pelakon hebat.

pelakon dan sinopsis tentang Dhia slot akasia tv3

Pelakon Tentang Dhia. Kredit foto: FB

PELAKON TENTANG DHIA

Adi Putra (Zikir)

Nora Danish (Dhia)

Tasha Shilla

Izreen Azminda (Melly)

Ako Mustafa (Azmi)

Puteri Sarah (Zetty, adik Zikir)

Dengarkan lagu rock action Malaysia yang pertama!

SINOPSIS TENTANG DHIA

Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia yang berdiri antara dua lelaki yang sangat dikasihinya. Raffi dan Azmi dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila ia dicemburui Melly yang berasakan dirinya lebih sesuai.

Azmi sebagai kerani biasa adalah anak seorang imam di kampung disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada Azmi, walaupun Raffi jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan dari universiti luar negara juga adalah teman rapat Dhia sejak kecil lagi.

Dhia memilih Azmi sebagai tunangannya, manakala Raffi yang ikhlas menyintai Dhia redha dengan keputusan tersebut. Melly mengambil kesempatan untuk mendekati Raffi dengan memerangkapnya ketika sedang mabuk. Akhirnya Melly mendapati dirinya mengandung, tetapi Raffi tidak mengendahkannya. Merasa tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi pula.

Azmi dan Melly ditangkap basah penduduk kampung. Namun Dhia memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap berlangsung seperti yang dirancang. Ketika majlis berlangsung keluarga Melly meminta Azmi bertanggungjawab sehingga Melly mengandung. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia.

Hidup Dhia didatangi Zikir seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Rose sangat meminati Zikir . Zikir dan kawan baiknya Fendi mengalami kemalangan jalanraya yang mengakibatkan Fendi meninggal dunia. Ketika majllis pengebumian Fendi, Zikir terlihat Dhia dan terpesona dengan keayuan Dhia.

Dapatkan iPhone 4S dengan hanya RM 1,250. Klik untuk tahu di mana nak dapatakannya.

Erm…macam complicated je juga sinopsis drama Tentang Dhia ni. Apapun, kita tunggu dan lihat apabila drama ini mula ditayangkan setiap Isnin-Khamis nanti. Sementara tunggu cerita di ditayangkan, jom layan promo Tentang Dhia ni. Layaan!

p/s: Ada juga novel yang bertajuk Tentang Dhiya, karya novelis muda, Syud. Aku dah baca sinopsis novel ni, tapi tak sama ya, novel dan drama ni. 100% tak sama. Nak tahu apa bezanya?. Bacalah SINOPSIS NOVEL TENTANG DHIA 😀

Selepas episod akhir Tentang Dhia, Drama Gemersik Kalbu pula akan ditayangkan. Jom baca sinopsis drama Gemersik Kalbu yang dilakonkan oleh pelakon yang mantap-mantap.

Sumber sinopsis: cthoney

Kongsi Pelakon dan Sinopsis Tentang Dhia ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!