PELAKON & SINOPSIS BUNGA APRIL SLOT SAMARINDA TV3 GANTI JIWA DAN LARA

PELAKON & SINOPSIS BUNGA APRIL SLOT SAMARINDA TV3 GANTI JIWA DAN LARA

7 Flares 7 Flares ×

Bunga April, drama terbitan HNJ Picture Sdn Bhd akan mula ditayangkan di Slot Samarinda tv3 menggantikan drama Jiwa dan Lara mulai 22 November. Drama 25 episod, nukilan dan arahan Along Kamaludin ini akan ditayangkan setiap Selasa hingga Khamis, jam 10.30.

pelakon%252520dan%252520sinopsis%252520bunga%252520april%252520slot%252520samarinda%252520tv3 PELAKON & SINOPSIS BUNGA APRIL SLOT SAMARINDA TV3 GANTI JIWA DAN LARA

Pelakon Utama Bunga April, Slot Samarinda TV3. Kredit gambar: EDtv

PELAKON BUNGA APRIL

Tasha Shila (April)

Shah Jaszsle (Johar)

Zack X-Factor (Azman)

Mustapha Kamal

Redzuan Hashim

Noniswara

Aida Aris

Hanez Suraya.

Peluang untuk menangi percutian bernilai RM16,000 untuk 4 orang.  

SINOPSIS BUNGA APRIL

Drama Bunga April menyelami dunia korporat disebalik kemegahan syarikat Wansa Holding, kepunyaan Tan Sri Azmi diwarisi Azman yang dilihat sebagai yang paling layak untuk menerajui syarikat ayahnya suatu hari nanti. Kesungguhan Azman menjadi kebanggaan Puan Sri Hamidah, ibu dan isteri kepada keluarga Tan Sri Azmi.

Johar, anak tiri Tan Sri Azmi, hasil perkahwinan kedua bersama Puan Sri Aishah lebih selesa jika tidak bergelumang dalam dunia korporat. Mewarisi keperibadian sederhana dari ibunya, Johar sering menjadi rujukan dan pilihan kedua dalam apa saja keputusan dan pilihan dibuat Puan Sri Hamidah.

Tahukah anda, Dinosour juga fotogenik?

Kejayaan syarikat milik Tan Sri Azmi dicemburui dan menjadi dendam bagi Sophian, rakan lama Tan Sri Azmi yang turut memiliki syarikat yang dikenali sebagai MediaCorp. Syarikat itu hanyalah untuk menutup mata pihak berkuasa daripada menghidu kegiatan sebenar beliau sebagai seorang taikun kongsi gelap dan mempunyai ramai pengikut.

April, anak tunggal Sophian tidak suka apa yang dilakukan oleh bapanya lalu sebagai tanda protes, April membuka sebuah kedai kecil menjual bunga. Johar jatuh cinta apabila melihat kecantikan dan ciri ringkas yang dimiliki April.

Kongsi dan menangi voucher membeli belah RM30!

Pada masa yang sama, Sophian tidak dapat menahan rasa geram dan cemburu terhadap Tan Sri Azmi, lalu mengambil keputusan mengugut serta ingin mengahwinkan April dan Azman sebagai jaminan ikatan pertalian antara dua keluarga.

Apakah kesudahan yang bakal terjadi kepada Tan Sri Azmi, Azman, Johar dan April?

Sumber: cthoney Kongsi Pelakon dan Sinopsis Bunga April ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.



0 comments… add one

Leave a Comment

CommentLuv badge