Masa blogwalking, terpandang pula iklan Pertandingan Fotografi Tak Nak Merokok! ni. So, dengan berminatnya, aku klik.

pertandingan fotografi 2011 tak nak merokok

Pertandingan Fotografi 2011 Tak Nak Merokok!

 

TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN FOTOGRAFI TAK NAK MEROKOK!

  1. Pertandingan ini di buka kepada semua warga Malaysia
  2. Pertandingan ini di buka dari tarikh 22 November 2011 sehingga 10 Desember 2011
  3. Setiap gambar haruslah menyampaikan mesej Tak Nak Merokok tanpa melibatkan sebarang rokok mahupun kotak rokok.
  4. Gambar yang hendak dipertandingkan mestilah tidak menyalahi tatasusila dan sensitiviti masyarakat Malaysia
  5. Setiap penyertaan akan dinilai bedasarkan 50% undian dan 50% dari pihak Kementerian Kesihatan
  6. Pihak kementerian tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau tuntutan untuk menyertai pertandingan ini
  7. Keputusan pertandingan adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan di layan
  8. Pihak kementerian mempunyai hak, mengikut budi bicara dan peserta bersetuju bahawa pihak kementerian boleh menggunakan semua nama, foto, dan maklumat penyertaan peserta/dan pemegang tanpa perlu mendapatkan apa-apa persetujuan atau tanpa apa-apa bayaran kepada peserta atau untuk tujuan publisiti, pengiklanan dagangan atau promosi dalam apa-apa media.
  9. Pihak Kementerian adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang telah dihantar oleh pihak peserta dan tidak boleh dipertanggujawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecatatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi kegagalan litar komunikasi, kemusnahan, virus dan sebagainya.

Semua foto, maklumat peribadi dan nama yang dihantar dalam Pertandingan ini, cap perkhidmatan, nama dagangan dan cap dagangan adalah harta kepunyaan Kementerian Kesihatan.

HADIAH PERTANDINGAN FOTOGRAFI TAK NAK MEROKOK!

hadiah pertandingan fotografi tak nak merokok

Hadiah pertandingan Fotografi Tak Nak Merokok

Pergh! Hadiah lumayan juga ni. Siapa tak nak, angkat kaki. Siapa nak, angkat kamera dan snap lah apa-apa yang patut dan hantarkan penyertaan anda di SINI. 😀

Kongsi Pertandingan Fotografi Tak Nak Merokok! ini kepada rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!