Alhamduillah, akhirnya kemenangan berpihak kepada Malaysia. Malaysia berjaya mempertahankan pingat emas Sukan SEA dengan menewaskan Indonesia melalui sepakan penalti setelah perlawanan seri 1 sama.

Malaysia berjaya menyempurnakan sepakan penalti sebanyak empat kali melalui Mahali, Fandi, Fadhli dan Baddrul. Namun sepakan Fakri dapat diselamatkan oleh penjaga gol Indonesia, Meiga. Manakala Indonesia pula, sepakan Bonai, Eigi dan Abdul Rahman berjaya menjaringkan gol.

Apapun, perlawanan akhir Malaysia vs Indonesia ini memang mendebarkan. Perlawanan yang lama ini menyebabkan pemain Malaysia keletihan. Harap-harap mereka semua dapat berehat sepenuhnya dan kembali bertenaga semula untuk perlawanan Olimpik kelayakan Asia.

Tahniah, pasukan Malaysia!.

p/s: Player kita letih, kan. Nasib baik menang, hilang lah juga rasa penat. 😀

Jom saksikan detik-detik cemas sepakan penalti yang dilakukan.
 

Kongsi video kemenangan Malaysia ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

BACA JUGA :  KEPUTUSAN MALAYSIA LAWAN VIETNAM SEPARUH AKHIR (BUKIT JALIL) BOLA SEPAK AFF PIALA SUZUKI 2010 15 DISEMBER
error: Content is protected !!