Perlu memilih antara 2 gadget hebat yang menjadi idaman agak mengelirukan juga. Yang mana satu yang patut dipilih?. Samsung Galaxy Note vs Samsung Galaxy Tab 10.1. Pilihan haruslah tepat, berdasarkan keperluan dan penggunaan.
Aku bukanlah kaki gadget, handphone yang sedia ada pun cuma handphone basic, yang hanya boleh SMS dan buat/terima panggilan sahaja. Tapi, semenjak dua menjak ini, terutama sekali apabila 2 orang adik aku menggunakan Samsung Galaxt Tab 7.7, aku mula tertarik untuk menggunakan Tab ini kerana fungsinya yang aku fikirkan boleh medatangkan manfaat padaku. Jadi, aku mula mengidamkan Samsung Galaxy Tab 10.1.
Namun begitu, kemunculan Samsung Galaxy Note yang dilancarkan pada 11.11.11 di Pavilion KL, Queensbay Mall Penang & AEON Tebrau JB menggamit perhatianku. Jadi, apakah perbezaan antara kedua-dua tab ini?
Samsung Galaxy Note

Samsung Galaxy Note merupakan peranti yang menggabungkan kemampuan telefon pintar dan tablet, dengan paparan skrin bersaiz 5.3-inci dan menggunakan stylus yang mampu digunakan bagi menulis atau melukis secara terus diatas skrin. S pen yang disediakan memberikan kemudahan kepada pengguna untuk menulis atau membuat nota di atas skrin, sama seperti menulis nota di buku nota. Bagi yang suka melukis, memang sangat sesuai melukis menggunakan S pen ini. S pen juga boleh digunakan untuk ambil nota. Conteng aje leh skrin tu dengan S pen ni.
Spesifikasi Galaxy Note ialah penaik-tarafan daripada SGS2 dengan cip pemprosesan 1.4 Ghz dua teras, skrin Super Amoled HD dengan resolusi WXGA 1200×800, skrin bersaiz lebih besar, bateri 2500 mAh dan ketiadaan sokongan NFC.
Bateri Note mampu bertahan sehingga 17 jam. Tetapi, jika menjalankan aplikasi Twitter, Emel, Facebook dan Whatsapp sepanjang masa Note hanya mampu bertahan sekitar 12 jam. Note menggunakan port USB Mikro untuk mengecas (boleh dicas jika disambungkan kepada port USB pada komputer).
Kelebihan Samsung Galaxy Note
Harga Samsung Galaxy Note di Malaysia : RM2,299.
Boleh baca ulasan penuh Samsung Galaxy Note di SINI.
Samsung Galaxy Tab 10.1
Samsung Galaxy Tab 10.1 yang cun :D
Samsung Galaxy Tab 10.1 didatangkan dengan Android 3.1 (Honeycomb) OS terkini, paparan 10.1″ WXGA 1280×800 dan pemprosesan 1GHz Dual Core. Walaupun SGT 10.1 tidak mempunyai Microsoft Office, tetapi ia mempunyai Polaris Office untuk menyokong word dokumen termasuk PDF.
SGT 10.1 menggunakan 4000 mAh bateri yang boleh bertahan sehingga 17 jam pada penggunaan biasa. Berbanding dengan Samsung Galaxy Note, SGT menggunakan pengecas berkepala 30 pin yang hanya boleh dicaj jika disambung kepada palam elektrik.
Tiada USB port disediakan. Namun, USB boleh disambungkan ke GST 10.1 ini dengan menggunakan USB adaptor yang boleh didapati dengan harga RM 79.
Harga Samsung Galaxy Tab 10.1 di Malaysia: RM 1,899.
Boleh baca review penuh Samsung Galaxy Tab 10.1 ini di SINI.
Samsung Galaxy Note atau Samsung Galaxy Tab 10.1?
Yang mana 1?. Susah juga nak pilih, tapi aku akan pilih ikut penggunaannya. Walaupun kehadiran Samsung Galaxy Note sedikit menggoyahkan pendirianku untuk memiliki Samsung Galaxy Tab 10.1, tapi akhirnya aku tetap dengan pilihan pertama ku. Bagi aku, Tab 10.1 mempunyai beberapa ciri yang aku mahukan.
Samsung Galaxy Tab 10.1 beserta keyboard. Kredit foto: pocket-lint.com
Minat aku terhadap Samsung Galaxy Tab 10.1 semakin mendalam apabila keyboard boleh disambungkan kepadanya. Bagi aku, ini memudahkan kerja-kerja yang hendak aku lakukan. Mesti ramai yang cakap, baik beli laptop je kalau macam tu. Tapi, laptop lagi berat dan lebih susah nak dibawa ke sana ke mari. Lagipun, kalau tak mahu menaip, tak perlulah pasang keyboard tu.
Aku suka saiznya yang besar kerana memudahkan aku untuk membaca, sama ada ketika melayari internet mahupun ketika membuat tugasan menggunakan Polaris Office. Bolehlah aku baca journal yang dalam format PDF dan juga menulis thesis hanya dengan menggunakan Tab ini walaupun ketika menunggu makanan di kafe.
Tapi kalau rasa nak merehatkan minda, boleh juga update blog, mahupun blogwalking di mana-mana. Senang sikit nak blogging kan?. Selain dari tu, bolehlah juga komen-komen status di FB dan berbalas tweet dengan rakan-rakan di Twitter dengan segera. Takde lah macam sekarang ni, kadang-kadang dah 2-3 hari baru aku balas tweet rakan-rakan sebab aku hanya menggunakan laptop sahaja untuk online.
Aku hanya berangan-angan untuk memiliki SGT ni. Kepada pengguna-pengguna Samsung Galaxy Tab 10.1, atau pun yang dah sedia memiliki Samsung Galaxy Note, boleh lah share pengalaman anda menggunakannya di ruangan komen. Bolehlah aku baca sebagi input tambahan kepadaku. Sharing is caring. :D
p/s: Alhamdulillah, akhirnya siap juga entri untuk Contest Gadget Impian ini. Inilah kali pertama aku menulis entri tentang gadget, walaupun terkial-kial, tapi siap juga akhirnya. Setiap like, retweet, G+ dan komen yang diperolehi untuk entri ini akan memberikan markah kepadaku. Kalau menang, boleh lah aku dapat gadget impian aku ni, iaitu Samsung Galaxy Tab 10.1 ni. :D.
“Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.com, Anarm.net, eQurban.com, Silver Asia Sdn Bhd, Kedai Kak Siti, Rakan Niaga Al Ansar dan Serverfreak“.
Kongsi info Samsung Galaxy Note vs Samsung Galaxy Tab 10.1 ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.










{ 73 comments… read them below or add one }
good luck..sama-sama berjuang di dalam contest ini..
salam perkenalan dari saya..hehe
Good luck 2 u too. Salam perkenalan
semoga berjaya…
thanks, sama-sama menyokong
baru je cerita pasal Note kat blog. all the best!
Thanks, Ariff. Sya pun ada baca juga entri SG Note kat blog Ariff tu. Sebab tu rasa tertarik dengan Note ni. Support Sya dengan tekan like, tweet dan +1 juga, eh
good luck
thanks, Wazy
dua-dua gajet tu dah rasa dah..Note paling best..heehe..tapi tak guna,kalau hanya 20% je guna…:D
Owh, ramai juga ni kata Note paling best. Goyah iman. Nape hanya 20% je guna?
hohohohohohohohoho…demam gadjet2 samsung skrng ni..mantop2 produk diaorg..tp farahaznil pun prefer galaxy tab tuh..huhu
yo, same taste lah kita. Sekarang ni lagi lah asyik iklan Digi pasal Tab ni. Geram je tiap kali tengok iklan tu. Support lah Sya, eh, tekan like, tweet dan +1 tu.
Datang menjengok di sini..
terima kasih menjenguk. jangan lupa tekan like, tweet dan +1 juga, eh
dah klik2 smua
gudluck jugaks
http://duniacontestku.blogspot.com/2011/11/gadget-impian-ss2.html
tq
Terima kasih tolong support. Akan support Sari juga :D. Wah! Sari nak S2 ya?
Galaxy Note rasanya saiz yg paling besar aku boleh terima utk org buat calling. Galaxy Tab gile besar nak letak kat telingaaa
Adik2 aku guna Tab tak pernah pula aku tengok diorang letak kat telinga. Note tu pun adik aku kata dah besar dah untuk letak kat telinga dan poket seluar. Tapi ramai gak yang kata Note best.
well…aku penah tgk org lupa/saja tak bawak earphone kena letak kat telinga..wakakkaaka
Mesti stylo je kan, nanti aku try letak tab adik aku kat telinga
Aku memang syorkan kepad semua yang berminat ngan SG Note. Dah 2 minggu lebih dah pakai, habis gajet lain letak tepi…
memang SG Note betul2 best eh.. Wah, gadget lain tu jangan lah tolak tepi, bagi kat Sya je lah. Hehe..sokonglah Sya untuk dapatkan gadget ni dengan tekan like, +1, tweet dan komen-komen kat sini
Apa taknye, ckit2 tarik stylus, conteng sana sini, bukan tau mlukis pun.
Mesti dah banyak dah gambar yang dilukis ek. Tunjuk sikit
Mlukis tu takdela, taking note & screenshot je…
oh, mesti rasa best je kan, macam menulis kat buku nota, senang nak take note
Jeles pula rasanya. Huhu
kalau tak menang kena beli juga , geram dah nih hahah
aha..tu lah, Sya pun geram juga ni. tapi pulus nya tu tarak…kui2
datang terjah dr sana ke sini… teruskan sokongan di sini.. tinggal seminggu je lagi untuk berusaha…
iya, betul tu. Masa dah semakin suntuk. huhu
ok dah like , tweet , g+ semua .. tadi tk nampak , line sengal .
haah, PB. Sya sendiri pun kadang2 tak nampak button2 tu, aspecially button +1. biasalah line tenet. Sya yang guna wifi uni ni lagi lah.
Good luck ye..
Datang bagi sokongan nieh :-0
OK, thanks MJ.
datang melawat sini….sambil support…dah klik ketiga2 button dan komen…hehe
thanks, ainun
Datang sini bagi sokongan..
Good luck ye
hye datang dari contest denaihati…
|DenaiHati Impian Menjadi Kenyataan|
jemput2 datang, komen2, and like2 sini ye
iya, selamant datang ke blog syaisya.com. jemput2 like, tweet, +1 juga, eh
Akak siti!! ni shaleh dah bagi sokong!!
:D
I wish u r the winner
Thanks, Shaleh. Peserta lain semua hebat-hebat. Terima kasih kerna menyokong akak.
good luck juga saya ucapkan
Pakai galaxy memang best..
tu lah, tengok adik guna, best je
salam..good luck ya..
thanks
support sya kat sini.jangan lupa support saya sekali
Thanks support Sya. Sya dah lama support mohsen
Gud luck ya..
Belanja sy Like @ Bumilangkawi Homestay
semoga berjaya capai impian…teruskan usaha…
terima kasih. jangan lupa tekan like, tweet dan G+, eh
itu sudah tentu…
jalan2 sini..
selamat pagi….dtg sini vote utk sya lagi…gud luck….
Wah, sorg lagi nak Samsung Galaxy Note hehe.
Datang sini tolong bg markah untuk komen dan G+ jap hehe
dh like fb, rt, g+ and komen
gud luck
http://yuslianayusof.blogspot.com/2011/11/contest-gadjet-impian-by-denaihati_19.html
p/s: hai salam kenal saya pemilik blog budak nakal blogspot…
baru 2 ini pemilik yanmieonline telah membuat satu giveaway dan anda telah terpilih untuk memenangi header image secara percuma design khas dari pemilik Budak Nakal Blogspot…
Sila emailkan maklumat anda di email saya untuk memudahkan proses design di lakukkan…
maklumat lanjut anda boleh ke sini>> http://kozumiro.blogspot.com/p/tempahan-design.html
selamat tghari…. datang jenguk2 lagi kat sini….
thanks, Zie, datang jenguk
datang menyokong di hari terakhir.. dah klik butang2 semua..
sempat lagi nak support kakyong sama
http://www.kakyong.com/2011/11/gadget-impian-kakyongdotcom.html
semoga berjaya.. harapan mmg cerah tu…
lom leh beli lagi..tak leh lagi..huhu..
…mula2 berminat jugak nak beli NOTE tapi tunggu lambat sangat nak sampai Langkawi ni tersangkut pulak dengan TAB 7.0 PLUS…and berpuas hati lah…so sekarang ni nak sabar sikit lagi sebab dengar kata Samsung nak keluar SG 111…lagi canggih…
pon rase cam berkenan ngn note tp tgh survey2 dulu..salam perkenalan..
hehe.. note dah murah sekarang ni. kalau beli lagi lambat, lagi murah. salam perkenalan
Masih keliru.. NOTE VS TAB.. Which one.. Xphm sgt psal ni hu3..
sebenarnya, if nak beli gadget2 ni kena ikut keperluan dan tujuan kenapa kita nak beli. Macam Sya, Sya nak memiliki gadget yang memudahkan Sya berbloging. Jadi, skrin yang kecil tak sesuai untuk menaip dan akan menyakitkan mata Sya yang sedia rabun ni. tak puas lah kalau skrin kecil. Jadi, Sya pilih tab 8.9.
Apa tujuan Niena nak beli?. Then, belilah ikut yang mana 1 yg paling menepati kriteria yang Niena mahukan
happy buying.
sy pon tgh cnfius nk buy yg mane…coz ke2nya ade kelebihan msg2…tp bak kata awk ikt keperluan yg nk gune…so lepas bc entry awk sy rs tab lg memenuhi keperluan sy sbg student…;)…
setiap inches yg dikeluarkan tu ade fungsi masing2 kn sya?skg sy tgh cnfius yg mane lebih better atr SGT yg dikeluarkan…ok xsbr nk bc entry sya lepas ni…;)
kalau 8.9 dengan 10.1 lebih kurang je. beza saiz je 10.1 lebih besar dan lebih berat. lagi besar lagi best lah mata ni tengok, tapi Sya try pegang sebelah tangan, terasa berat. Tu yang pilih 8.9 je. Bila dah disarungkan casing leather ori, bertambah berat. Gi je kedai samsung, tanya dia apa beza setiap model SGT. Then pilih mana yang berkenan di hati dan ikut keperluan
owh ok tq sya….;)
salam.. admin, sye pn a student di tahun akhir pengajian at university. tinggal thesis aje yg perlu selesaikan. what do u think? ok ke menaip thesis using tab n keyboard?sbb sye planning to buy SGT 10.1 to replace my laptop yg da rosak. tp takut gak if beli tab ni x effective utk buat thesis, microsof power point sume tu? bleh share experience?
salam, better beli laptop je, lebih selesa untuk taip thesis. SGT ni lebih kepada untuk leisure dan non-heavy job. 10.1 memang besar skrin dia, but untuk tulis thesis, biasanya kita menggunakan EndNote atau Mendeley software, which is Sya tak pasti sama ada compatible or not install ditab. Untuk Sya, tab lebih banyak Sya gunakan untuk bisnes. Tapi jurnal memang boleh baca kat tab coz dia support pdf format.
{ 2 trackbacks }