Alhamdulillah, akhirnya, buat pertama kali dalam sejarah blog syaisya.com ni, trafik blog cecah melebihi 2000 UV (unique visitor) sehari. Kalau sebelum-sebelum ni dah beberapa kali hanya 19++ dan 18++, akhirnya pecah juga rekod 2000 ni, di saat-saat blog aku sedang bermasalah. Home ada problem, kadang-kadang kalau google syaisya.com, home tak display apa-apa pun, kosong je. Sedih aku. Blog ni dah problem sejak awal bulan lepas.

tingkatkan trafik blog 2000 uv sehari

Akhirnya dia naik =P

Disebabkan blog bermasalah, termasuk loading page slow yang teramat, trafik mula jatuh sedikit demi sedikit, dari normal 1, 800 – 1,500, trafik mula turun bawah 1000, dan akhirnya, dalam minggu lepas, trafik semakin menjunam ke angka 400. Aku yang sedang mengalami waktu kritikal untuk submit research proposal, terpaksa memandang sepi sahaja masalah blog ni. Haruslah aku memberi keutamaan kepada research aku, kalau tak, tak viva ontime lah jawabnya.

Baru-baru ni Google update PR lagi, nasib baiklah PR blog ni kekal di tangga ke-2. PR 2 sejak beberapa bulan yang lalu. Aku memang tak mengharapkan kenaikan PR. Aku berblog tak pernah letak matlamat nak naikkan PR. Kalau dia naik, aku senyum je kegembiraan. Kalau dia turun, janganlah. Sure aku sedih sikit. Tapi, dia kekal ni, aku bersyukur. Alhamdulillah.

Tapi Alhamdulillah, cuti raya haji hari tu, sempat aku betulkan sikit blog aku ni. Sebenarnya disk space dia dah over, dah penuh lah senang cakap. Aku syak tu lah masalah utamanya. Hmm..nak kena upgrade pakej lah ni jawabnya. Sedang mempertimbangkan pakej mana yang perlu diambil.

Alhamdulillah, kemaskini yang aku lakukan terhadap blog ni akhirnya membuahkan hasil juga, loading page dah laju sikit, tapi still kadang-kadang ada masalah kat home page. Trafik pun dah mula naik semula ke angka 1+++. Tapi, apapun, masalah blog ni masih belum selesai. Takpe lah, aku betulkan sikit-sikit. Tak perlu nak rushing sangat. Setakat mana yang sempat je lah aku buat, tu pun kalau ada masa yang terluang.

Dalam kepala ni duk ingat nak buat correction proposal je. Perlu hantar dalam tempoh sebulan. Tak perlu nak pening kepala sangat fikir pasal blog, baik peningkan kepala fikir pasal master ni. Target aku nak viva on time, pastu nak buat PHD kat UK pula. Amin. Moga hajat aku tercapai. Korang doakanlah aku, ya 😀

error: Content is protected !!