Setelah sekian lama aku pencen dari menyertai contest yang dianjurkan oleh para blogger, akhirnya, hari ini aku bertekad juga untuk menyiapkan entri untuk contest 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com yang akan berakhir esok. Hehe…biasalah aku ni kan, dah jadi trademark aku pula, join contest semua di saat-saat terakhir. Sila kata aku cun, sebab Titan selalu kata dia kacak. Hehe 😀
Ok, inilah 3 artikel berpengaruh Earncent.com yang berjaya mempengaruhi minda dan urat saraf aku:
1. Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com Ditangguhkan
Wohaaa… aku excited dan teruja bila mana artikel ini dikeluarkan. Mengapakah aku berkata sedemikian?. Sebabnya sempat lagi lah aku join contest ni setelah proposal 1st stage aku siap. Niatnya memang macam tu, siap kerja baru join contest. Sebabnya, aku ni memang ada masalah yang besar kalau tak siap kerja, otak aku ni tak boleh fikir benda lain selain dari kerja yang tak siap tu. So, macam mana lah nak buat entri contest kalau otak tak tenteram. Tapi last-last, aku nekad je siapkan entri ni walaupun proposal tu masih tak siap. Agagaaa….. memang sah student yang malas ni. Kerja tak siap-siap. Dush! Bagi penumbuk sebiji kat diri sendiri!
Lagi satu, dalam entri ni, Encik Titan yang selalu mengaku dirinya kacak ini ada mencabar peserta contest ini untuk menunjukkan kehebatan dalam bermain dengan SEO. Dia nak tengok entri mana yang berjaya menewaskan artikel dia dengan kata kunci “3 Artikel Berpengaruh Earncent.com” di search Engine Google. Lepas tu, siap nak bagi hadiah istimewa lagi tu. Siap rahsia-rahsia pula tu, tak nak bagitau. Biar pemenang sahaja yang tahu. Tapi Titan gerenti hadiah tu memang istimewa. Hadiah apa agaknya tu ek? Dapat kahwin dengan Titan kot?. Agagaaa……
Tapi yang pastinya, aku memang suka bab-bab SEO ni, nak juga gunakan contest ni untuk uji teknik baru SEO yang aku baru pelajari beberapa bulan yang lalu, tapi aku masih belum praktikkan lagi taktik tu. Cumanya, kalau dah esok je tarikh tutupnya, memang haru biru lah. Sempat ke aku nak potong entri penganjur ni?. Macam tak sempat je. Sebab SEO ni memerlukan masa sikit untuk entri naik. Tapi, serius ni, aku nak hadiah misteri tu, sebab kalau aku menang, aku boleh tahu apa hadiah misteri yang dikatakan istimewa tu. Semangat ingin tahu memang tebal dalam diri dan sanubari ini 😀
p/s: Kalau tak ditangguhkan, memang sah-sah lah aku tak dapat join, sebab masa tu segala urat saraf dan neuron-neuron dalam kepala aku ni tengah berselirat.
2. Komisen Ke-2 dari TipsPTD.com
Sejak aku berkenalan dengan blog earncent.com secara sengaja ni, seringkali mata ini membaca bait-bait tajuk yang berbunyi komisen ke… komisen ke… sehingga aku sedia maklum yang penulis blog ini memang tidak pernah kenal erti jemu dan putus asa dalam mencuba segala bagai program affiliate yang ada di serata alam.
Walaupun banyak program affiliate dan program untuk buat duit dengan blog diuwar-uwarkan oleh Titan, hati aku bagaikan ditarik-tarik untuk mencuba program affiliate berniche kerjaya. Entri Komisen Ke-2 dari TipsPTD.com bagaikan ada magnet yang menarik aku untuk mencuba program affiliate yang sewaktu dengannya.
Aku memang tak berapa aktif dalam affiliate. Setakat ni, satu-satunya program affiliate yang memberikan ringgit Malaysia pada aku ialah e-Qurban. Memang seronok lah dapat duit dari program affiliate. So, lepas ni, InsyaAllah, aku akan join beberapa program affiliate. Ada jugalah aku buat senarai program affiliate yang menarik. InsyaAllah, satu hari nanti aku akan cuba juga program affiliate ni menggunakan cara yang betul. Kalau kena pada caranya, memang masyuklah poket ni dengan duit dari program affiliate. Tak gitu?
Baca tajuk je memang aku dah tergelak dah. Memang obses dengan perkataan kacak betullah si mamat Titan ni, sampai trafik pun nak dikatanya kacak. Traffic Light kacak tak, encik Titan?. Haha…aku tau, ko mesti jawab kacak, kan..kan.. kan.. Titan, kan… 😀
Tapi bila dah baca entri ni, memang sah-sah lah trafik yang ditayangkan itu kacak. Ok, aku mengaku, trafik itu memang kacak, sekacak penulis blog Earncent.com, mungkin?. Aku buka mata aku yang kecil ni besar-besar, sebesar yang boleh, untuk aku teliti setiap angka yang tertera pada screenshot trafik yang ditayangkan. Setelah meneliti, aku rasa macam dah lebih kurang je dengan trafik aku. Maka, mulalah aku tersenyum-senyum kambing, berangan nak menjemput saudara Innity untuk menari-nari di blog picisan aku ni. Tapi bab UV tu memang UV yang tertera tu lagi banyaklah. Pageview tu je yang lebih kurang sama.
Baca entri ni menyebabkan aku teringin pula nak tahu, blog mana satukah yang dimaksudkan?. Tapi aku tahu, kalau Titan nak bagitau blog yang mana satu, mesti dia dah nyatakan dalam entri. Memandangkan ianya tidak dinyatakan, tu jawabnya “Biarlah Rahsia”.
Selain dari tu, dalam entri ni,aku sangat sokong dengan statement ini “Riak dan bongkak itu adalah tidak kacak”. Memang tak kacak langsung, bro!.
Ok. Inilah sahaja 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com yang berjaya mempengaruhi hati, minda dan nurani aku. Lain-lain entri bukan tak berpengaruh. Aku boleh katakan yang semua entri dalam blog earncent.com berpengaruh. Kalaupun entri tu tidak berjaya mempengaruhi minda aku untuk turut terjerumus dalam program affiliate yang diperkatakan, tapi entri-entri di blog ini sekurang-kurangnya mempengaruhi otot bibir aku ni untuk mengukir senyuman. 😀 Senyum, tak perlu kata apa-apa. 😀
Dah baca cerita kenapa aku terpengaruh dengan 3 entri tu, sekarang jom tengok hadiah yang ditawarkan pula:
Hadiah
Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com
1. RM50 + Ebook Panduan 701panduan + Pengiklanan Banner 125×125 di Ronaldmohoni.com + Pengiklanan Banner 125×125 di ArtisMalaysiaterkini.com
2. RM40 + Ebook Panduan 701panduan + Pengiklanan Banner 125×125 di Ronaldmohoni.com
3. RM30 + Ebook Panduan 701panduan + Pengiklanan Banner 125×125 di Sayacomel.com
4. RM20 + Ebook Panduan 701panduan + Pengiklanan Banner 125×125 di Sayacomel.com
5. RM10 + Ebook Panduan 701panduan + Pengiklanan Banner 125×125 di Sayacomel.com
Pertandingan Komen Terbanyak bulan September dan Oktober 2011
1. RM50 + Ebook Panduan 701panduan + Pengiklanan Banner 125×125 di ArtisMalaysiaterkini.com
2. RM30 + Ebook Panduan 701panduan + Pengiklanan Banner 125×125 di ArtisMalaysiaterkini.com
3. RM20 + Ebook Panduan 701panduan + Pengiklanan Banner 125×125 di ArtisMalaysiaterkini.com
Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com dianjurkan oleh Earncent.com dan AhmadFaizal.com. Hadiah ditaja oleh Ronaldmohoni.com, Sayacomel, ArtisMalaysiaTerkini.com, Hazman Fadzil, Abrablog.com dan PanduanTnx.com.
hoho..kacak betul artikel ko. memnpengaruhi aku untuk pening memikirkan siapa yang patut jadi pemenang. haha..
hehe..kacak eh? bukan cun? 😛
ciktom pun suka entry trafik itu kacak..hehe…
salam kenal..good luck!
artikel tu kacak. Bukan ko yang cunnya. haha..
trafik to memang kacak, cik tom. salam perkenalan 😀
Ceh! Takpe, at least ko kata juga entri aku ni kacak. hehe