NOVEL DINGIN SALJU INDIANA NURULSHAM SAIDIN (SINOPSIS & REVIEW)

24 Flares 24 Flares ×

Membaca sinopsis dan review dari yang pakar mengenai novel Dingin Salju Indiana karya Puan Nurulsham Saidin membuatkan aku rasa teruja untuk membaca novel ni. Walaupun novel ni dilancarkan tahun lepas, tapi sebab baru ni aku tahu mengenai novel ni, jadi aku rasa teringin pula untuk mendapatkannya secepat mungkin. Kebelakangan ni hobi lamaku ketika di universiti dulu yang suka membaca novel telah kembali. Haish! Mungkin sebab aku dah jadi student semula 😀

Drama Dingin Lavenda, Slot Zehra tv3 merupakan drama yang diadaptasi daripada novel Dingin Salju Indiana ini. Jom baca sinopsis dan review dari mereka yang pakar mengenai novel melayu yang tidak klise ini.

Dingin Salju Indiana Nurulsham Saidin

Dingin Salju Indiana Nurulsham Saidin

Tajuk : Dingin Salju Indiana
Penulis : Nurulsham Saidin
Mukasurat : 376

SINOPSIS NOVEL DINGIN SALJU INDIANA

Jannah dan Murni memilih Indiana, Amerika Syarikat untuk menyambung pengajian, tanpa menyangka hadirnya cabaran yang menggugat persahabatan dan permasalahan yang mencabar keimanan. Murni menyentak rasa dengan sikap dan egonya. Malah, segalanya tentang Murni mencemaskan. Jannah yang tegas, pernah mengaku kalah di tengah jalan, namun dia harus lebih kuat menghadapi keadaan. Masalah teman serumah, Nana, cukup memeningkan. Kehidupan pelik Kak Icon mengundang tanda tanya. Sikap prihatin melampau Kak Zai mengundang rencah rasa. Dalam masa yang sama, dua jejaka hadir di hati Jannah: Azhar dengan surat-suratnya yang membaja semangat dan Matthew, pemuda Kristian yang mencari kebenaran. Siapakah yang jodohnya Allah tentukan buat Jannah?

REVIEW NOVEL DINGIN SALJU INDIANA


Saya amat menyarankan kepada adik-adik yang bakal melanjutkan pengajian ke bumi asing, bacalah DSI sebagai pedoman. Banyak tarbiah di dalamnya yang boleh dijadikan sempadan hidup sepanjang jihad anda menuntut ilmu di perantauan—bagaimana kejutan budaya serta bisikan syaitan mampu meranapkan iman seorang Muslim. Justeru, bakal-bakal pelajar pengajian tinggi sangat wajar membaca DSI agar anda tidak tewas di bumi nan rapuh yang bakal anda jejaki!. Saya kategorikan DSI sebagai ‘MUST READ’!

~ Suraiya Pauzi (Editor Kanan di Jabatan Buku, Galeri Ilmu Sdn. Bhd)

Dingin Salju Indiana mengupas banyak isu sensitif agama. Kupasan dibuat secara diplomasi berlandaskan fakta, sejarah dan logika. Maklumat tentang agama wahyu ditangani dengan penuh hikmah tanpa menghina atau mencaci agama lain. Dengan penguasaan bahasa yang lancar, penulis menggerakkan naratifnya melalui pintu emosi dan situasi yang mempesona. Bahasanya tidak perlu berbunga kerana segalanya datang dari hati, dan apa yang datang dari hati akan menyentuh hati yang lain.

~Dr Amida Abdul Hamid, juri Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil 2003

Update terkini:

Aku dah habis baca novel Dingin Salju Indiana ni. Jom baca review dariku mengenai novel ini. 😀 REVIEW DINGIN SALJU INDIANA.

Anda peminat novel-novel Melayu?. Jom join FB page Suka Baca Novel ni. Boleh sembang-sembang pasal novel.

Kongsi Sinopsis dan review Novel Dingin Salju Indiana hasil penulisan Nurulsham Saidin ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

4 Comments

    • aku pun baru je beli novel ni tadi. nasib baik jumpa kat kedai buku. dah habis baca nanti aku buat review 😀

      Reply
  1. salam.. nak tanya novel second hand tu mcm ne keadaannya?? ok lagi ke tak? im interested.. ^_^

    Reply
    • Condition dia memang elok, sama je macam novel baru sebab Sya memang jaga. Tapi novel ni dah terjual. Hari tu rasa macam dah delete ayat pasal nak jual novel ni, rupanya ada lagi. Huhu.. Xpe, Sya delete nanti.
      syaisya Entri terkini..5 PERKARA MENGENAI FARAH LEE (ISTERI ALLY ISKANDAR)My Profile

      Reply

Trackbacks/Pingbacks

  1. SINOPSIS & PELAKON DINGIN LAVENDA DRAMA BARU SLOT ZEHRA TV3 | syaisya.com - [...] Tempat Menarik di Selangor ← NOVEL DINGIN SALJU INDIANA NURULSHAM SAIDIN …
  2. REVIEW NOVEL DINGIN SALJU INDIANA NURULSHAM SAIDIN | syaisya.com - [...] ni, aku ada buat entri mengenai Sinopsis Novel Dingin Salju Indiana ini. Setelah membaca komen dan saranan dari pihak …

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

24 Flares Twitter 1 Facebook 23 Google+ 0 24 Flares ×
%d bloggers like this: