Cinta Elysa semakin menghampiri episod akhir. Drama Vanilla Coklat akan menggantikan Drama Cinta Elysa mulai 20 Disember, 2011 di tv3 dalam Slot Lestary. Berikut adalah senarai pelakon dan sinopsis Vanilla Coklat.
Diskaun percutian ke Choi San Dou!.
PELAKON VANILLA COKLAT
Izara Aishah (Zara)
Iqram Dizzly (Kamal)
Aiman Hakim, Mentor 5 (Amir)
Liza Abdullah (Ibu Zara)
Arash Muhamad (Dato – Bapa Amir)
Belle Dally (Liyana)
Fazlina Dato’ Ahmad Daud (Auntie Amir)
Promosi tiket penerbangan MAS.
3 servis pakej broadband pada harga RM59.
SINOPSIS VANILLA COKLAT
Drama Vanila Coklat mengisahkan tentang seorang pelajar perempuan dan pelajar lelaki yang saling membenci antara satu sama lain tetapi dipaksa berkahwin atas permintaan keluarga. Mereka terpaksa akur, tetapi menetapkan perjanjian selepas enam bulan berkahwin mereka akan bercerai.
Tetapi sebaliknya berlaku, apabila Amir mula meluahkan kata-kata romantik di hadapan auntie mereka, Zara merasakan sesuatu kelainan. Akhirnya, bibit-bibit cinta mula terbit dihati masing-masing.
Apabila mereka mengumumkan status perkahwinan mereka di satu majlis makan-makan, Kamal dan Liyana yang ada hati pada Zara dan Amir, mula membuat onar, berusaha untuk memastikan yang rumahtangga Zara dan Amir takkan bahagia.
Amir dan Zara masih menyayangi antara satu sama lain, tetapi campur tangan ibu bapa mereka mengeruhkan keadaan. Berjayakah rancangan Kamal dan Liyana?. Penonton perlu menyaksikan konflik yang akan dipaparkan menerusi drama ini.
Apakah yang terjadi pada Teddy Bear yang comel ini?
Ciri-ciri MPV terbaru : Proton Exora Bold!
p/s: Wah, ni dah macam plot cerita novel ni. Hehe…rasanya dah tahu dah apa jadi selepas mereka kahwin. Biasanya mesti jatuh cinta antara satu sama lain, kan. Lepas tu bila dah cukup tempoh 6 bulan tu, dua-dua tak nak berpisah. Hehe.. 😀
Sumber: FB Vanilla Coklat
>> Drama 3 Janji ganti Vanila Coklat <<
>> Vanila Coklat akan difilemkan <<
Kongsi sinopsis Vanilla Coklat ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.
nmpk garang jer, hehe
tak tengok drama niih..best sangat ker cerita nih??
haah kan, mungkin sebab mata dia 😀
haah kan, mungkin sebab mata dia dan sebab dia tak senyum. kalau senyum ok je 😀
Belum start pun lagi. Tunggu episod akhir Cinta Elysa
bez sgt citew vanilla coklat niey…..i love it….
Best! <3
jahat betul kamal(iqram) dan liyana(belle) tu…..
Ok kot Kamal tu. Belle tu je yang mengada-ngada.
btul tu
hoh nak kena tonton nih 🙂 mcm best je
Sya pun suka juga. Gelak-gelak je tengok 😀
bukan macam je lagi. memang best pun. 😀
jln cite ni da mcm dlm novel “CINTA KONTRAK” plak…
erm..saya rasa tak kot. Cinta Kontrak memang laki tu yang nak kahwin dengan perempuan tu. Vanila Coklat ni parents diorang yang paksa kahwin. 😀
yup! memang best. I like!
best la cite nie…minat zara..kiut…kiut
cerita ni drpd novel ke? taw x nk dptkn novel cte ni kat mne? cerita ni smggu skali ditayangkn.. pnat nk tggu..hehe
best citer niey
like
citew? seriously?
Ramai minat drama nie
Betul tu. Rasanya cerita ni boleh challenge Nora Elena.
rasanya bukan dari novel. Dah try ushar juga novel2, tapi takde rasanya. Bersabarlah menunggu, ya. Sya pun selalu tertunggu-tunggu cerita ni 😀
all the best vanilla coklat…
ape nama watak auntieamir ye,,,tlg jwb cpt skit..plizzz
Fazlina Dato’ Ahmad Daud, adik kepada Fauziah Ahmad Daud (Ogy). Sebelum ni dia berlakon dalam drama Ramadhan Terakhir sebagai Mazni.
saipa eh pernebit dan pengarah vnilla coklat???
ooo…Tq
tak ada ke novel vanila coklat
takde. vanila coklat bukan dari novel.
penerbit amc. pengarah Emi Suffian Sabhe.
hahahh 🙂