filem ombak rindu

Semalam baru aku berkesempatan menonton Filem Ombak Rindu di panggung wayang. Ramai yang dah buat review Filem Ombak Rindu ni, dan sudah semestinya macam-macam pendapat yang dah diberikan.

Filem ni merupakan adaptasi novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashaari yang sememangnya mempunyai peminatnya yang tersendiri kerana novel Ombak Rindu ni memang best. Kalau belum baca sinopsis filem ni, boleh lah baca Sinopsis Ombak Rindu.

Akak aku ada mengatakan bahawa biasanya kalau filem atau drama yang diadaptasi dari novel, mesti tak best. Sebenarnya, bagi aku, yang menyebabkan penonton akan rasa tak best sebab penonton cuba membandingkan antara lakonan dan juga watak dan juga jalan cerita dalam novel. Apabila membaca novel, kita cuba membayangkan sendiri karakter dan juga plot cerita.

Sebenarnya, inilah kali pertama aku menonton filem adaptasi novel. Memang susah nak tengok cerita ni bila dah tahu jalan ceritanya. Walaupun aku cuba untuk tak membandingkannya dengan novel, tapi tu lah yang aku lakukan. Haish..susah juga lah nak tengok cerita ni, aku susah nak hayati. Kui kui…

Jalan Cerita Secara Keseluruhan

Apapun, secara peribadi, bagi aku filem ni memang dapat menyayat hati penonton. Mesti ramai yang kasihan dekat Izzah (lakonan Maya Karin). Buktinya kawan mak aku tengok cerita ni sampai nangis-nangis. Adik aku pula sempat usik mak aku masa dalam wayang tu, sebab mata mak aku pun ala-ala berair je gitu. Hehe… Aku steady je lah sebab memang dah tahu si Izzah ni terseksa hidupnya. Dalam filem Ombak Rindu ni, sedih pun ada, kelakar pun ada. Hehe…so, penonton pun ketawa pun ada, merah-merah mata pun ada.

Maya Karin

Sejak promo filem ni lagi, memang ramai yang kurang setuju Maya Karin memegang watak ni dan merasakan watak ni lebih sesuai untuk Lisa Surihani, dan Maya pula jadi Mila Emilia.  Kira tukar watak lah. Apa aku nak komen pasal watak lakonan Maya ni? Erm…tak tahulah… Aku lagi banyak tenung muka Maya masa ni. Hehehe…

Maya Karin Ombak Rindu Izzah ajar mengaji

Izzah sedang mengajar anak-anak kampung mengaji. Kredit foto: Sneak Peek

Aaron Aziz

Watak Hariz pula, (lakonan Aaron Aziz), bagi aku menjadi. Memang jahat lah Hariz ni. Ketuk pintu pun dah macam gangster nak robohkan pintu villa tu. Tapi Hariz sebenarnya seorang yang baik.

Aaron Aziz Ombak Rindu Hariz

"Aku takkan ceraikan kau sampai bila-bila, tapi aku akan gantung kau..." Kredit foto: Nurzaitun

Lisa Surihani

Lisa Surihani yang memegang watak Mila Emilia pun OK juga. Apa yang aku nampak, pipi Lisa nampak tembam dalam filem ni. Hehe..ke memang pipi dia tembam?. Mungkin sebelum ni aku tak tenung betul-betul pipi dia, tapi dalam cerita ni, setiap kali muka Lisa muncul, mesti aku tengok pipi dia. Haha… Apa-apa je yang aku tengok, ek. Dalam cerita ni sebenarnya Mila pun kesian juga, sebab dia menyintai Hariz sepenuh hati sejak kecil lagi, tapi Hariz langsung tak sayang dia. Tapi nak buat macam mana kan, Hariz dah suruh dia batalkan perkahwinan sebab dia menyintai perempuan lain, tapi Mila tetap nak teruskan perkahwinan. So, terimalah padahnya sendiri. Lisa berjaya juga membawa watak Mila dengan gayanya yang tersendiri.

Lisa Surihani filem Ombak Rindu Mila Emilia

Mila frust setelah tahu Izzah wanita di hati Hariz. Kredit foto: Sneak Peek

Bront Palare

Bront Palare sebagai Mail, kawan baik Izzah di kampung, ada hati kat Izzah, tapi Izzah cuma anggapnya sebagai kawan. Dalam cerita ni, Mail kata, dia lelaki ter’handsome‘ kat kampung tu. Ehehe..

Bront Plare Ombak Rindu Mail

Masa ni Mail frust sebab Izzah bagitau yang dia dah kahwin. Kredit foto puanbee.com

Julia Ziegler

Julia Ziegler, memegang watak Wafi. Alahai…. aku takde nak komen apa pasal watak  ni, cuma napelah baju yang dia pakai masa dia menangis kat bahu Hariz dan kemudian berlaku adegan kejar-mengejar sehingga menyebabkan Hariz kemalangan. Baju tu…huhu…seksa giler….

Julia Ziegler Ombak Rindu filem Wafi

Ni lah baju yang aku maksudkan. Tapi time ni tak nampak sangat keseksaan baju dia. Kredit foto: Sneak Peek

Pemandangan

Yang aku paling suka tengok filem ni ialah scene nya yang cantik-cantik. Serius cantik scene-scene yang dipaparkan. Hehe.. I like. Oleh kerana dah tahu jalan cerita, so aku agak alert dengan pemandangan yang dipaparkan.

gambar pemandangan cantik ombak rindu

Antara pemandangan yang cantik dalam filem ombak rindu. Kredit foto:Sneak Peek

Hahaha..tu lah aku, payah rasanya nak tengok cerita ni sebab dah tahu cerita. So aku tengok betul-betul baju pelakon, pemandangan, muka pelakon. Ahaha…sempat juga menganalisa muka Maya Karin. Adik aku kata nampak kedut muka dia. Heheh.. 😀

Apapun, jumlah kutipan Filem Ombak  setelah tujuh hari di pawagam dapat cecah RM 5.5 juta. Wow! Banyak tu, kan. Kira meletop juga lah filem ni. Ramai yang nak tengok filem Ombak Rindu ni. Kepada yang dah tengok, apa pendapat anda?. Share-share lah kat sini. Kepada yang belum tengok, pi lah tengok. 😀 Ni cuma pendapat aku je, lain orang, lain pula pendapatnya, kan?.

Kongsi review filem Ombak Rindu ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!