SINOPSIS & PELAKON DINGIN LAVENDA DRAMA BARU SLOT ZEHRA TV3

by syaisya on December 2, 2011

Drama Dingin Lavenda akan mula ditayangkan di tv3, Slot Zehra menggantikan Drama Tahajjud Cinta mulai 9 Disember 2011. Drama sebanyak 13 episod ini akan ditayangkan setiap Jumaat, jam 9 malam. Jom kita tengok barisan pelakon dan sinopsis drama Dingin Lavenda ni.

316353 214022095333579 207508165984972 466760 1451552032 n SINOPSIS & PELAKON DINGIN LAVENDA DRAMA BARU SLOT ZEHRA TV3

Lavender

PELAKON DINGIN LAVENDA

Eira Syazira (Jannah)

Zarina AF (Murni)

Faralyna Idris (Nana)

Azlee Khairi

377454 214020532000402 207508165984972 466756 1233853062 n SINOPSIS & PELAKON DINGIN LAVENDA DRAMA BARU SLOT ZEHRA TV3

Barisan pelakon utama Dingin Lavenda: Nana, Jannah, Murni dan Matthew

SINOPSIS DINGIN LAVENDA

Kisah yang dipaparkan dalam drama ini mengutip pengalaman getir tiga orang pelajar gadis Melayu di Melbourne, Australia. Jannatun Naim (Jannah), Murni dan Nana berada di perantauan kerana menjunjung misi menimba ilmu dengan berlainan latar belakang asuhan.

Drama ini meruntuhkan tembok tabu yang sering dikaitkan dengan isu dan permasalahan agama. Pelajaran agama sahaja tidak memadai; tanpa didikan agama dan adab. Pelajaran agama semata-mata tidak menjanjikan keutuhan iman. Iman yang ada akan diuji dengan pelbagai wajah. Setelah diuji, barulah akan terserlah reality sebenar sama ada iman seseorang itu cemerlang atau dangkal.

Sebagaimana lazimnya, apabila berada jauh di negeri orang, kelompok Melayu yang kecil akan rapat menjadi seolah satu keluarga. Jannah dan Murni memilih Melbourne, Australia untuk menyambung pengajian, tanpa menyangka hadirnya cabaran yang menggugat persahabatan dan permasalahan yang mencabar keimanan.

299763 214024318666690 207508165984972 466776 1861554016 n SINOPSIS & PELAKON DINGIN LAVENDA DRAMA BARU SLOT ZEHRA TV3

Macam best drama ni, sebab lain sikit jalan ceritanya berbanding drama lain yang selalu ditayangkan. Tak sabar nak tengok. Sekurang-kurangnya, taklah aku bosan Jumaat malam tak tahu nak tengok cerita apa icon biggrin SINOPSIS & PELAKON DINGIN LAVENDA DRAMA BARU SLOT ZEHRA TV3

p/s: Drama Dingin Lavenda ini merupakan drama adaptasi novel Dingin Salju Indiana, karya penulis Nurulsham Saidin. Boleh baca Sinopsis dan Review novel Dingin Salju Indiana di sini.  Baca sinopsis dan review novel ni, memang teruja aku nak membacanya.

Semua maklumat dan gambar diambil dari FB Fanpage Dingin Lavenda.

Kongsi Sinopsis dan Pelakon Drama Dingin Lavenda ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

{ 6 comments… read them below or add one }

Pacifista December 3, 2011 at 1:38 am

kenal sorang je.yang lain semua macam muka baru…
Pacifista Entri terkini..Takwim Penggal Persekolahan, Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti 2012My Profile

Reply

syaisya December 3, 2011 at 8:46 pm

kenal sorang je? mesti kenal heroin je kan. hehe…yang lain kat dalam gambar tu tak juga baru.

Reply

Mejuez December 3, 2011 at 2:42 am

Eira syaziraa… >_<

sejak dia kawin ni rasa rindu plak nak tgk lakonan dia.. :D
Mejuez Entri terkini..Senarai Lagu Final AJL26 : Anugerah Juara Lagu 26My Profile

Reply

syaisya December 3, 2011 at 8:55 pm

memang peminat eira syazira ni eh :D

Reply

tips January 13, 2012 at 12:04 pm

daripada novel rupanya…
tips Entri terkini..Tips Kurus – Jangan Mengutuk!!My Profile

Reply

syaisya January 13, 2012 at 4:43 pm

haah dari novel. Novelnya pun best. Part last-last tu sedih

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: