tarikh bayar duit bantuan rm500

TARIKH BAYARAN BR1M (BANTUAN RM500)

Pembayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) atau Bantuan Rakyat RM500 akan dilakukan selama dua bulan bermula 15 Januari ini dalam bentuk baucar tunai, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Ahmad Husni berkata, majlis penyerahan baucar kepada pemohon yang berjaya akan diadakan secara berperingkat-peringkat di seluruh negara bagi memastikan pembayaran dapat dilaksanakan secara tersusun dan lancar agar tiada keciciran kepada pemohon yang layak menerima bantuan.

 

KEPUTUSAN PERMOHONAN BR1M (BANTUAN RM500)

Semua pemohon BR1M akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan melalui pos. Dalam tempoh itu, setiap pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar diadakan,

 

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BR1M ( BANTUAN RAKYAT RM500 )

Pemohon juga boleh menyemak status permohonan mereka dengan menelefon talian hotline 1-800-222-500 atau 1-300-88-3010 mulai 16 Januari ini.

Sumber: Kosmo

Beritahu rakan-rakan anda yang lain di Facebok dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!