BENARKAH MANDI PADA WAKTU MALAM TAK ELOK (MEMUDARATKAN KESIHATAN)?

116 Flares 116 Flares ×

mandi%252520malam BENARKAH MANDI PADA WAKTU MALAM TAK ELOK (MEMUDARATKAN KESIHATAN)?

Dulu masa kerja, aku selalu mandi lewat malam, lebih-lebih lagi kalau aku OT. Selalulah housemate tegur aku “Tak elok mandi malam-malam, nanti paru-paru berair”. Tapi aku terbaca artikel bertajuk Adakah Mandi Pada Waktu Malam Mudarat Bagi Kesihatan? di akhbar online BERNAMA. Sebelum ni memang aku percaya mandi  malam memudaratkan kesihatan, sebab mak aku pun marah juga kalau aku mandi malam-malam. Benarkah mandi pada waktu malam tak elok (memudaratkan kesihatan)?. Jom kita baca pandangan dan penjelasan dari pengamal perubatan (doktor).

Menurut Dr Anis Tan, seorang doktor perubatan di hospital swasta menjelaskan bahawa kajian menunjukkan yang mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan dari kotoran tetapi juga boleh menghilangkan stress.

Katanya, mandi memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan sistem imun badan selain mengelak berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain.

Kebanyakan penyakit kronik antaranya diabetes, hipertensi, kegagalan buah pinggang dan masalah kardiovaskular muncul daripada kegagalan sistem dalam badan, cara pemakanan dan gaya hidup kita. Tiada bukti yang mengatakan mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit-penyakit ini.

 

KEBAIKAN MANDI

Menurut beliau lagi, air mandian suam boleh membuka liang-liang roma badan dan membantu menghilangkan toksin. Mandi dengan air hangat boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus berfungsi dengan baik. Tapi kalau anda sedang mengalami stress, mandi dengan air sejuk boleh membantu.

Tetapi bagaimana dengan isu mandi pada waktu malam?

Kata Dr. Tan, negara ini mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembap. Oleh itu, mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan. Lainlah kalau anda menghidapi pneumonia dan tinggal di negara yang mempunyai iklim musim sejuk. Mandi malam adalah baik kerana ia membersihkan badan daripada bakteria dan virus.

Amalan mandi adalah penting bagi gaya hidup sihat. Di hospital juga, mana-mana pesakit yang boleh berjalan dan boleh mandi, memang kami galakkan mandi.

Kegagalan mandi yang secukupnya boleh mendatangkan penyakit kulit dan juga bau badan. Bakteria boleh bertindak pada peluh dan ini membangkitkan bau badan. Kesegaran mandi membuatkan badan lebih sihat, selain membersihkan bakteria dari permukaan kulit.

Pembersihan kulit berlaku bila kita mandi. Lebih baik lagi jika kita menggunakan sabun antibakteria. Konsep yang sama juga perlu digunapakai pada amalan membasuh tangan.

Ia satu amalan kebersihan yang baik bila kita kerap basuh tangan terutama sebelum makan, sama juga bila kita mandi walaupun pada waktu malam.

 

EKZEMA

Ekzema ialah penyakit kulit kronik yang menyebabkan kulit menjadi kering, senang mengalami initasi dan kegatalan. Tiada ubat bagi masalah ini tetapi penjagaan kulit yang baik membantu mengawalnya.

Bila kulit anda kering, ia bukannya kurang minyak tetapi kurang mengandungi air. Untuk itu, penjagaan kulit harian yang baik serta fokus pada mandi dan penggunaan pelembap diperlukan.

Kata Dr Tan lagi, rawatan bagi kulit yang kering ialah dengan membuatkan kulit mengandungi air dan cara yang terbaik adalah berendam ketika mandi dan menggunakan losyen pelembap selepas itu.

Tujuan mandi dan memakai pelembap adalah untuk memulihkan kulit kering. Bagi tujuan ini, kita perliu kurangkan kehilangan air dari kulit.

Pakar dermatologi (kulit) mengesyorkan mereka yang mempunyai masalah ini supaya mandi dan menggunakan pelembap pada waktu malam. Kulit anda tidak mungkin kering semasa anda tidur, jadi air lebih senang meresap ke dalam kulit.

KENAPA ORANG TUA-TUA MENGATAKAN MANDI MALAM TIDAK BAIK?

Nasihat sebegitu mungkin tidak berapa boleh dipakai lagi pada masa kini. Mungkin pada dekad-dekad yang lampau masyarakat belum maju dan kebanyakan rumah tidak memunyai saluran bekalan air dari paip.

Satu masa dulu, ramai yang tinggal di luar bandar di mana masyarakat menggunakan perigi dan sungai untuk mandi. Untuk pergi ke perigi dan sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita mungkin mengundang bahaya seperti binatang berbisa dan juga bahaya di sungai, sebab itulah mungkin orang tua melarang kita dari mandi waktu malam.

Kini, kita semakin maju dan mempunyai kemudahan yang jauh lebih baik. Bagi mereka yang pulang malam, eloklah bersihkan badan terlebih dahulu sebelum ke tempat tidur.

PEMULIHAN BADAN

Menurut Hassan, seorang pengamal homoepati, mandi adalah kaedah baik bagi merelakskan otot badan. Setelah bekerja sehari suntuk, otak dan badan perlukan rehat. Mandi pada malam hari (sebelum tidur) boleh membantu mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi.

Terdapat banyak salah faham tentang isu mandi di waktu malam kerana ramai orang berpendapat ia lebih banyak mudarat daripada kebaikan termasuk mendatangkan penyakit.
Jadi, adakah mandi malam sememangnya satu amalan yang tidak sihat?

Kata Hassan ” Sudah tentu tidak. Ia bukan memudaratkan bagi orang yang sihat. Mandi menggunakan air hangat akan membuka liang roma dan membersihkan badan dengan mengeluarkan toksin dan memberikan kedan yang segar kepada seseorang itu. Mandi juga membuatkan anda dapat tidur dengan lena dan membantu mengurangkan insomnia (susah untuk tidur).

Mandi adalah satu amalan semualjadi bagi memberi regangan kepada minda dan badan. Seseorang itu bukan hanya dapat tidur lena tetapi juga dapat tidur dengan lebih lama jika beliau mandi sebelum tidur.

psssttt: So, nak mandi malam ke tak? Atau mandi je sebelum pukul 8 malam. icon biggrin BENARKAH MANDI PADA WAKTU MALAM TAK ELOK (MEMUDARATKAN KESIHATAN)?

Sumber: Bernama: Adakah Mandi Pada Waktu Malam Mudarat Bagi Kesihatan? 

12 comments… add one

Leave a Comment

CommentLuv badge