BOLEH BELI APA DENGAN BAUCAR BUKU RM200?. BELI NOVEL BOLEH TAK?

by syaisya on January 29, 2012

baucar%2520buku%2520rm200%2520bb1m BOLEH BELI APA DENGAN BAUCAR BUKU RM200?. BELI NOVEL BOLEH TAK?

Sebelum ni aku ada buat entri Kedai Buku Yang Terima Baucar Buku RM200 (BB1M). Sepanjang pemerhatian aku, masa berada di kedai buku Popular, penerima baucar buku tak tahu nak beli apa menggunakan baucar buku 1 Malaysia RM200 yang kerajaan berikan tu. Ramai yang blur.

Boleh beli apa dengan baucar buku RM200?

Kalau mengikut tujuan asal kerajaan memberikan baucar buku ini, baucar ini sepatutnya digunakan untuk membeli buku akademik, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing.

Untuk pelajar IPT, sekarang ni memang tengah cuti semester. Bagi aku, baucar ini eloklah juga digunakan untuk membeli buku rujukan untuk semester hadapan. Biasanya buku-buku rujukan ni ada dijual di kedai buku yang terdapat di universiti masing-masing. Mestilah kedai buku dalam universiti terima baucar buku ni, kan. Kalau dikira, RM200 boleh beli 3 buah buku rujukan.

Diskaun percutian ke Choi San Dou!. 

Untuk pelajar Sarjana mahupun Doktor Falsafah, biasanya tiada buku teks rujukan yang diperlukan. Biasanya pelajar menggunakan nota pensyarah atau hanya download journal bagi pelajar yang membuat research. Jadi, baucar ni boleh digunakan untuk membeli alat tulis termasuk kertas A4. Tak pun, boleh beli buku motivasi, buku-buku untuk meningkat kemahiran berbahasa Inggeris dan sebagainya.

boleh%2520beli%2520apa%2520dengan%2520baucar%2520buku BOLEH BELI APA DENGAN BAUCAR BUKU RM200?. BELI NOVEL BOLEH TAK?

Antara buku yang boleh dibeli: Buku motivasi, buku kuasai Bahasa Inggeris, Kamus, Buku latih tubi.

Untuk pelajar-pelajar di peringkat sekolah, bolehlah beli buku-buku latihan. Buat lah latih tubi banyak-banyak, InsyaAllah senang nak jawab soalan periksa nanti. Hehe.. icon biggrin BOLEH BELI APA DENGAN BAUCAR BUKU RM200?. BELI NOVEL BOLEH TAK? Ibu bapa boleh juga belikan anak-anak beg sekolah yang ada roda tu, sebab budak sekolah lah yang kena pikul berkilo-kilo berat buku di bahunya. So, kalau ada beg beroda ni, takde lah pelajar sekolah bongkok-bongkok nanti. :D. Nak beli botol air pun boleh, ni semua peralatan untuk bersekolah juga kan. (Aku pun beli botol air juga. Botol air yang aku ada 2.5 liter. Besar gabak lagi memberatkan. Susah aku nak bawa ke sana ke mari).

barang%2520yang%2520boleh%2520dibeli%2520dengan%2520baucar%2520buku%2520rm200 BOLEH BELI APA DENGAN BAUCAR BUKU RM200?. BELI NOVEL BOLEH TAK?

Boleh juga beli alat tulis, kalkulator

 

Boleh beli novel tak guna baucar buku RM200?

Haaa…ni soalan favourite ni. Rata-rata apabila disebut akan dapat baucar buku RM200, memang novel lah yang terlintas di fikiran. Aku pun macam tu juga lah. Hehe…. Tapi sampai sekarang ni, 1 buah novel pun aku tak beli menggunakan baucer buku ni. Kenapa?. Sebab aku masih berfikir untuk membeli barang lain, yang lebih worth it untuk aku beli guna baucar ni.

Jadi, boleh ke tak beli novel guna baucar buku 1 Malaysia ni?. Kalau korang pergi tanya kat kedai-kedai buku ni, memang diorang  jawab ‘boleh’. Aku tengok kat kedai buku sekarang ni pun, tiba-tiba je melambak-lambak novel, luar biasa banyaknya berbanding sebelum baucar buku diedarkan. Haha..saje je kan menggoda nafsu dan naluri pelajar-pelajar yang terima baucar ni. Kalau korang nak beli novel guna baucar ni, boleh aje. Kedai buku memang terima. Diorang pun fikir juga, kalau tak terima, diorang lah yang rugi. Novel pun bahan bacaan juga. Sama ada ilmiah atau tidak, masing-masing ada pendapat yang tersendiri.

Tidakkah anda impikan kereta anda akan bertukar menjadi ini apabila traffic jem?

Kesimpulannya, gunakanlah baucar buku RM200 yang diberikan ni sebaiknya. Kalau nak ikutkan, memang banyak benda yang boleh dibeli dengan RM200 ni. Serius ni, aku sendiri pun baru guna sekeping je. Ada lagi 3 keping ni. Dengar kata naik sem nanti, pihak universiti tempat aku menimba ilmu akan adakan macam book fair lah, so pelajar-pelajar boleh gunakan baucar masa tu. Ni yang aku reserve 3 keping baucar ni.

Bagi aku, tak perlu lah terburu-buru nak gunakan kesemua baucar ni sekaligus sekarang ni. Bukan ke baucar ini masih boleh digunakan sehingga 31 March. Sampai bulan 3 nanti boleh tebus. So, yang takda idea nak beli apa, rileks dulu. Bulan depan, atau bulan depan lagi, ada lah tu barang / buku yang perlu dibeli nanti. Time tu, gunakanlah baucar ni. Boleh save duit. icon biggrin BOLEH BELI APA DENGAN BAUCAR BUKU RM200?. BELI NOVEL BOLEH TAK?

Tahukah anda, apa itu Coral Triangle?. Klik untuk mengetahuinya.

Ini cuma cadangan dan pendapat aku sahaja. Selebihnya, tepuk dada, tanya akal fikiran yang waras, nak beli apa?. Terpulanglah, selagi cashier kedai buku tu terima baucar ni, beli je lah. Asalkan jangan jual baucar buku RM200 ni. Kalau jual juga, sendirilah terima padahnya nanti.

>> BELANJA RM150 BAUCAR BUKU, PERCUMA KAD AHLI POPULAR <<

>> EKSPO BUKU ISLAM TERIMA BAUCAR BUKU <<

Beritahu cadangan pembelian menggunakan baucar buku RM200 ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

{ 12 comments… read them below or add one }

klcitizen January 29, 2012 at 7:35 pm

ya, setuju. jangalah tergesa2 menghabiskan duit baucar ini. lihat dan tinjau2 mana yang baik.
klcitizen Entri terkini..isteri solehah ke awak ni?My Profile

Reply

Sukacuka.com January 29, 2012 at 11:06 pm

kepada pelajar yang tak nak tu, bagi je Man..senang cerita..
Sukacuka.com Entri terkini..Tips menghilangkan selsemaMy Profile

Reply

syaisya February 14, 2012 at 2:19 am

tak boleh bagi orang lain sebenarnya. Jual pun tak boleh.
syaisya Entri terkini..GAMBAR KAD KAHWIN LISA SURIHANI DAN YUSRI KRUMy Profile

Reply

Fahmi Raazali January 30, 2012 at 3:28 pm

Boucer ini boleh digunakan untuk beli novel. Itu pun kalau nak. Cuma kena pergi ke tempat yang betul.

Makcik saya mengeluh sedikit, mengapa tempoh sah boucer tersebut sekejap sangat. Pelajar tahun akhir, tak nak nak beli buku rujukan lagi?

:-)
Fahmi Raazali Entri terkini..Ditahap Manakah Keyakinan Kita?My Profile

Reply

syaisya February 14, 2012 at 2:22 am

aha….tang tu memang betul. Sya pun rasa tempoh sah tu sekejap sangat. Tu yang jadi pelajar-pelajar tergesa-gesa nak habiskan cepat semua baucar. Takpe, kalau tak nak beli buku rujukan, boleh beli buku-buku islami di Expo Buku Islam ni, terima baucar buku ni.
syaisya Entri terkini..EKSPO BUKU ISLAM 2 (2012) PUTRAJAYA TERIMA BAUCAR BUKU 1 MALAYSIAMy Profile

Reply

afendi January 31, 2012 at 1:56 am

aku nak beli test pad banyak2..buku seyes jarang beli..
beli pendrive n external hardisk pun leh..nanti dia letak alat bantu belajar..
afendi Entri terkini..Komen aku tentang Anugerah Juara Lagu 26My Profile

Reply

amru February 13, 2012 at 5:39 pm

betul ke noleh beli pendrive/hard disk? dekat kedai mane tu?

Reply

syaisya February 14, 2012 at 2:25 am

asalkan kedai yang terima baucar tu ada jual pendrive/external hard disk tu, dan diorang terima baucar, boleh aja. Ada juga kedai buku yang jual mouse.
syaisya Entri terkini..EKSPO BUKU ISLAM 2 (2012) PUTRAJAYA TERIMA BAUCAR BUKU 1 MALAYSIAMy Profile

Reply

titan February 1, 2012 at 1:14 am

macam-macam leh beli maa…
titan Entri terkini..Skim SARA 1Malaysia vs SwisscashMy Profile

Reply

akubaik9890 February 1, 2012 at 6:12 pm

beli je la…asalkan buku xpe kot…
akubaik9890 Entri terkini..Petua Kempiskan PerutMy Profile

Reply

syaisya February 14, 2012 at 2:27 am

betul tu, tapi kalau dapat pilihlah buku yang berbaloi-baloi untuk dibeli (ikut keperluan diri)
syaisya Entri terkini..BELANJA RM150 GUNA BAUCAR BUKU PERCUMA KAD KEAHLIAN POPULAR My Profile

Reply

Mama Murai February 2, 2012 at 8:07 pm

Bestnya dapat buku percuma… lepas ni tak payahlah fotostat buku kengkawan untuk di bawah ke kuliah… :)
Mama Murai Entri terkini..Wordless Wednesday #11 | Bila si suami dengan rela hati memasakMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 3 trackbacks }

Previous post:

Next post: