Wahai pelajar-pelajar sekalian, sudahkah anda menerima baucer buku RM200 (BB1M) dari sekolah/IPT anda?. Jika belum, sila tuntut. Aku masih lagi belum mengambilnya. Asyik lupa je. Huhu…Tapi adik aku yang kat UTHM tu, PA dia dah tolong ambilkan untuk satu kelas. Pelajar-pelajar yang dah dapat baucer buku RM200, tertanya-tanya pula kedai buku yang terima baucer buku RM200 ni.
Adakah anda impikan kereta anda akan bertukar menjadi ini apabila traffic jem?
Selaku pemegang kad ahli kedai buku POPULAR, aku ada menerima email dari POPULAR beberapa hari lalu yang mengatakan bahawa kedai buku POPULAR menerima baucer buku RM200 ini. Baucer sah ditebus dari 3 Januari 2012 hingga 31 Mac 2012.
Selain dari Popular, ada lagi kedai buku yang terlibat untuk baucer buku 1 Malaysia RM 200 ni. Untuk warga Johor atau lebih tepat lagi warga Johor Bahru, kedai buku Badan Cemerlang yang terletak di Plaza Angsana menerima Baucer Buku RM 200 ni. Semalam aku sempat tanya cashier di kaunter selepas menonton Road Show Anugerah Juara Lagu ke-26 yang diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru. MPH juga menerima baucar buku RM 200 ni. Tapi MPH tak benarkan beli game, majalah, surat khabar, produk elektrik dan elektronik menggunakan baucar buku 1 Malaysia ini. Novel boleh beli guna baucar buku rm200 ni.
Selain dari itu, untuk pelajar-pelajar IPT, baucar ini juga boleh digunakan di kedai buku yang terdapat dalam universiti masing-masing.
Setakat yang aku dah pergi kedai buku Popular di Kluang Mall dan Badan Cemerlang, memang ramai sangat orang. Ye lah kan, masing-masing nak tebus baucer buku RM200 tu.
Tahukah anda, apa itu Coral Triangle?. Klik untuk mengetahuinya.
Aku juga yang masih berfikir nak beli buku apa guna baucer tu. Huhu…beli alat tulis lah. A4 paper untuk print journal dan draft thesis. Ermmm..beli kamus pun OK juga. Kat office ni takde kamus. Kamus aku simpan dalam bilik. Malas pula nak bawa ke hulu ke hilir.
p/s: Gunakanlah baucer yang diberikan dengan sebaiknya. 😀
Entri berikutnya >> BOLEH BELI NOVEL TAK GUNA BAUCAR BUKU RM200? <<
>> BELANJA RM150 BAUCAR BUKU, PERCUMA KAD AHLI POPULAR <<
>> EKSPO BUKU ISLAM TERIMA BAUCAR BUKU <<
>> MPH warehouse sale terima baucar buku 1 Malaysia <<
Beritahu rakan-rakan anda yang lain di Facebook info kedai buku yang terlibat menerima baucer buku RM200 ini dengan menekan butang like.
tq for the info..
aku tak layak dapat baucer nih. hehe..
mph boleh guna baucar
ermmm….sori nk tnye..bkn tarikh last dye smpi 31 mac ke..?
Ops, sorry. Typing error. Yup, sehingga 31 Mac 2012. Saya dah betulkan. Terima kasih tegur saya. 😀
thanks for the info 😀
nak tanya..boleh ke beli buku2 such as novel guna voucher tu?
MPH boleh…saya dh pegi beli dh
mesti bli buku je or pape yg ada kat kedai tu boleh dibeli????
mph terima ape je?novel boleh tak?
baucar tu bole pakai sikit sikit tak? nak tebus 20 dulu ke, esok pakai lagi 30 camtu. boleh?
baucar tu ada 4 keping kan. nak pakai sekeping-sekeping pun boleh. maksudnya, paling sikit sekali bayar RM50. Kalau awak ambil barang RM20 je, baki RM30 hangus, tak boleh digunakan lagi. Jadi, ambillah barang yang total harganya RM50 (minimum), then guna 1 baucar.
tanya cashier kedai tu, terima tak baucar RM200 ni kalau beli novel. Kalau dia kata terima, bolehlah beli. Biasanya, boleh je. Apa-apa pun, lain kedai, lain pendapatnya. Yang penting, sebelum ambil barang tu, tanya dia, “ni boleh bayar pakai baucar tak?”. Saya buat macam tu je.
welcome 😀 Dah gunakan ke baucar tu?
terima awak…semua boleh kecuali majalah
surat khabar, barangan elektrik dan elektronik pun tak boleh juga.
boleh beli novel.
lain kedai lain syaratnya. Ada yang apa-apa pun dalam kedai tu boleh beli. tanya cashier atau pekerja kedai tu. Kadang-kadang, kat depan kedai ada letak signboard pasal baucar buku ni. Rujuk gambar di atas. Saya dah update.
Di kampar perak. Anda boleh beli buku dgn baucar 200 di kedai buku HP Bookstore. Depan AMBANK. 30 jalan balai.kampar. Buka setiap hari termasuk cuti umum 9am -9pm
boleh beli komik grafik tak??hhehehe
DI KAMPAR ANDA BOLEH MENEBUS BAUCAR BUKU 1 MALAYISA DENGAN MUDAH DI HP BOOKSTORE (DEPAN AMBANK) 30 JALAN BALAI KAMPAR. TEL 05-4668342. BUKA 9.30AM-9.00PM. ANDA BOLEH DAPAT SEMUA JENIS BUKU REJUKAN, BUKU KERJA, NOVEL, MAJALAH, BUKU AM, ALATULIS, AKSESORI KOMPUTER.
beli barang kat my din or giant boleh x??
Komik grafik?. Erm tak pasti pula. Kalau orang kedai tu accept, so boleh je lah. 😀
lau nk bli pendrive xley ke
boleh, kalau kedai yang iefa pergi tu ada jual, dan dia terima baucer tu kalau iefa beli pendrive.
Tumpang tanya.. kalau bli buku rujukan SPM ke PMR ke dengan baucer ni blh kan? nak bli untuk adik la rasanya~
err..barang apa tu. tak leh rasanya.
Boleh je. 😀
Masih tinggal 2 keping baucar lagi he2
trima kasih~ 🙂
PEKERJA KAUNTER KEDAI HP BOOKSTORE KAMPAR KURANG AJAR..TIDAK LAYAK BERTUGAS DI KAUNTER..
PEKERJA DIMAKSUDKAN:-
1)PEREMPUAN
2)KULIT HITAM
3)MEMAKAI CERMIN MATA
4)TIDAK PAKAI TUDUNG
SILA AMBIL TINDAKAN SEGERA BAGI MENYELAMATKAN IMEJ KEDAI ANDA!
Salam kak, MJ skg ngah berfikir, baucer ada baki RM150, tengah berkira boleh ke beli alatan komputer macam hard disk ke and etc
boleh, asalkan kedai tu terima baucer buku tu, boleh je beli apa pun dalam kedai tu. nak lagi confirm, Tanya cashier kedai tu, terima tak baucer buku.
macam kedai computer kat utm skudai ni, tahun lepas dorang terima baucer buku. then ada book fair utm anjurkan, time tu semua booth terima baucer, termasuk booth yg jual barangan computer. Sya siap beli pendrive 16Gb lagi tahun lepas. hehe 😀
Itula, kalau diorang terima ok la.. Sebab in planning nak beli Hard Disk..
Agak2 akak la, PC Depot terima tak BB1M ni?
Nak tanya Kinokuniya pun accept ke if beli guna baucer buku ni?
based on maklumat yang sya dapat, accept. tapi kalau nak confirm boleh try telefon kinokuniya. Sebab sya berada di JB. Kalau yang dekat2 sini, Sya familiar lah.
PC Depot?
saya nak tanya, kalau itu baucar terkoyak dan saya sudah lekat balik boleh guna tak?
tak pasti pula saya. Pelyn boleh cuba bawa baucer tu dan tanya pada cashier kedai tu, boleh terima tak?
kedai buku sinar terima baucer untuk semua pembelian