Wahai pelajar-pelajar sekalian, sudahkah anda menerima baucer buku RM200 (BB1M) dari sekolah/IPT anda?. Jika belum, sila tuntut. Aku masih lagi belum mengambilnya. Asyik lupa je. Huhu…Tapi adik aku yang kat UTHM tu, PA dia dah tolong ambilkan untuk satu kelas. Pelajar-pelajar yang dah dapat baucer buku RM200, tertanya-tanya pula kedai buku yang terima baucer buku RM200 ni.

Adakah anda impikan kereta anda akan bertukar menjadi ini apabila traffic jem?

Selaku pemegang kad ahli kedai buku POPULAR, aku ada menerima email dari POPULAR beberapa hari lalu yang mengatakan bahawa kedai buku POPULAR menerima baucer buku RM200 ini. Baucer sah ditebus dari 3 Januari 2012 hingga 31 Mac 2012.

kedai buku yang terima baucer buku rm200

 

Selain dari Popular, ada lagi kedai buku yang terlibat untuk baucer buku 1 Malaysia RM 200 ni. Untuk warga Johor atau lebih tepat lagi warga Johor Bahru, kedai buku Badan Cemerlang yang terletak di Plaza Angsana menerima Baucer Buku RM 200 ni. Semalam aku sempat tanya cashier di kaunter selepas menonton Road Show Anugerah Juara Lagu ke-26 yang diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru. MPH juga menerima baucar buku RM 200 ni. Tapi MPH tak benarkan beli game, majalah, surat khabar, produk elektrik dan elektronik menggunakan baucar buku 1 Malaysia ini. Novel boleh beli guna baucar buku rm200 ni.

kedai buku mph kedai terima baucar buku rm200 1 malaysia

Selain dari itu, untuk pelajar-pelajar IPT, baucar ini juga boleh digunakan di kedai buku yang terdapat dalam universiti masing-masing.

Setakat yang aku dah pergi kedai buku Popular di Kluang Mall dan Badan Cemerlang, memang ramai sangat orang. Ye lah kan, masing-masing nak tebus baucer buku RM200 tu.

Tahukah anda, apa itu Coral Triangle?. Klik untuk mengetahuinya.

Aku juga yang masih berfikir nak beli buku apa guna baucer tu. Huhu…beli alat tulis lah. A4 paper untuk print journal dan draft thesis. Ermmm..beli kamus pun OK juga. Kat office ni takde kamus. Kamus aku simpan dalam bilik. Malas pula nak bawa ke hulu ke hilir.

p/s: Gunakanlah baucer yang diberikan dengan sebaiknya. 😀

Entri berikutnya >> BOLEH BELI NOVEL TAK GUNA BAUCAR BUKU RM200? <<

>> BELANJA RM150 BAUCAR BUKU, PERCUMA KAD AHLI POPULAR <<

>> EKSPO BUKU ISLAM TERIMA BAUCAR BUKU <<

>> MPH warehouse sale terima baucar buku 1 Malaysia <<

Beritahu rakan-rakan anda yang lain di Facebook info kedai buku yang terlibat menerima baucer buku RM200 ini dengan menekan butang like.

error: Content is protected !!