Alhamdulillah, aku menang contest lagi, Sejak bulan November 2011, aku dah kurang join contest, sebab nak concentrate pada 2 contest besar yang aku sedang join ketika itu. Alhamdulillah, 1 contest tu aku dapat Naib Johan, hadiah pun dah dapat Jumaat lepas. Lagi satu contest tu, result tak diumumkan lagi.

Contest 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com ni aku join malam sebelum bertolak ke Shah Alam untuk majlis penyampaian hadiah tu. Jadi, contest ni merupakan contest pertama yang aku join setelah aku pencen join contest selama 2 bulan, dan merupakan contest terakhirku untuk tahun 2011.

Oleh kerana keputusan diumumkan pada Januari 2012, maka contest ni menjadi contest pertama yang aku menang untuk tahun ni. Ok lah tu kan. Kira dialah penutup dan dia jugalah pembuka. πŸ˜€

Untuk contest ni, entri yang aku buat adalah dalam keadaan tergesa-gesa. Patutnya malam tu aku kena tidur awal sebab nak berjalan jauh keesokan paginya, tapi aku gagahkan juga diri ini untuk karang entri tu. Kalau balik dari Shah Alam baru nak buat entri, aku takut tak sempat. Huhu..tulah, aku memang suka join contest last minute. Bukannya sengaja, cuma aku dulukan kerja-kerja aku yang tak siap. Kerja dah siap, barulah best join contest.

Aku menang 2 kategori dari 3 kategori yang dipertandingkan:

Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com:

No. 4 – Β RM20 + Ebook Panduan 701panduan + Pengiklanan Banner 125Γ—125 di Sayacomel.com

Β Komen Terbanyak bulan September dan Oktober 2011:

No. 5 – Tak target pun untuk menang kategori ni, tapi Alhamdulillah, rezeki. Hadiahnya aku pun tahu, sebab senarai hadiah sampai no.3, tapi pemenang ada 5 orang. πŸ˜€

Terima kasih kepada Encik Titan yang kacak kerana memilih aku sebagai salah seorang pemenang. InsyaAllah, aku akan join contest yang akan kau anjurkan tu. πŸ˜€ Β Untuk melihat senarai pemenang, boleh lah melawat entri ini 10 Blogger Kacak Yang Berpengaruh.

p/s: Hadiah banner pengiklanan sempena menang Contest Review blog Titan ni yang dimenangi tahun lepas ni pun aku masih belum tuntut lagi. InsyaAllah, tahun ni aku akan letakkan banner di blog-blog berkenaan.

error: Content is protected !!