NOVEL AKU BUKAN MALAIKAT - RUDY HIRDY (REVIEW DAN SINOPSIS)

NOVEL AKU BUKAN MALAIKAT – RUDY HIRDY (REVIEW DAN SINOPSIS)

4 Flares 4 Flares ×

novel Aku bukan Malaikat rudy hirdy NOVEL AKU BUKAN MALAIKAT   RUDY HIRDY (REVIEW DAN SINOPSIS)

Kegilaanku membaca novel semakin menjadi-jadi. Sebentar tadi baru je aku khatamkan novel Aku Bukan Malaikat karya Rudy Hirdy. Sebenarnya, dah banyak kali aku terpandang novel ni di kedai buku setiap kali aku ke kedai buku untuk membeli novel. Tapi, tak terasa nak beli pula novel ni sebab aku menyangkakan novel ni adalah karya penulis dari seberang.

Biasanya, tajuk novel dari seberang memang lebih kurang gini lah tajuknya. Ilustrasi kulit muka novel ni pun memang ala-ala novel dari seberang. Tapi, 2 minggu lalu, ketika aku di kedai buku Popular, aku terpandang pula novel Dia Bukan Nabi. Tanpa disengajakan, aku terbaca sinopsis di belakang novel tu, rupanya novel Dia Bukan Nabi ni sambungan kepada Aku Bukan Malaikat.

Mataku memandang kepada nama penulis. Rudy Hirdy. Ermm..memang sah lah novel ni karya penulis seberang. Namun sangkaanku ini meleset apabila aku baca biodata penulis. Hasrudi Jawawi berasal dari Batu Pahat, Johor. Laaa…orang Malaysia rupanya. Terus aku tertarik untuk membeli novel ni, lebih-lebih lagi setelah membaca sinopsis Aku Bukan Malaikat:

Rentetan kisah hidup seorang lelaki bernama Qimiel yang penuh dugaan. Akibat personalitinya, dia hidup bergelumang dengan cercaan dan penghinaan.

Pola hidupnya tidak pernah lari dari pengkhianatan. Dia bergelar suami dan ayah tanpa diduga. Dia bergelar duda sebelum merasai nikmat rumah tangga. Namun dia pasrah dengan segala ketentuanNya.

Aku Bukan Malaikat sebuah kisah yang sarat dengan pertembungan jalan hidup yang berbeza. Menjelaskan Allah itu Maha Adil. Memberi dugaan pada hambaNya tanpa mengenal pangkat, darjat dan keketurunan. Namun, yang pasti Allah tidak akan memberi dugaan yang melampaui batas kemampuan hambaNya.

“Bergelar suami dan ayah tanpa diduga. Bergelar duda sebelum merasai nikmat rumah tangga”. Ayat ini lah yang menarik minat aku untuk membaca novel ini. Sepanjang pembacaan, ada terselit rasa kagumku pada Rudy, walaupun dia masih muda lagi, lahir pada 1986, tetapi sudah boleh menghasilkan novel yang mantap.

Jalan cerita digarap dengan baik dengan memaparkan kisah yang lain dari kebanyakan novel yang terdapat di pasaran. Ini sudah semestinya kerana penulis adalah seorang lelaki. Dah banyak novel yang aku baca, dan memang aku dah cam sangatlah, genre novel yang dihasilkan oleh novelis wanita dan lelaki, memang ketara perbezaannya.

Qimiel adalah seorang lelaki lembut, sering dihina orang sekeliling kerana perwatakannya yang lembut. Namun begitu, Qimiel mempunyai hati yang mulia. Sanggup memberi kemaafan kepada orang yang telah menyusahkan hidupnya. Qimiel sering menjadi mangsa keadaan dan menanggung akibat dari perbuaran dan kesalahan orang lain. Hidup Qimiel tidak lari dari orang yang hasad dengki padanya, walaupun dia tidak menyakiti hati sesiapa pun. Hidup sebatang kara, Qimiel tabah dan redha mengharungi dugaan hidup yang menimpanya. Watak Qimiel memang digarap dengan baik sekali.Memang aku rasa kasihan yang teramat pada Qimiel ni. Alahai….

Watak Qayyum, si kecil yang di jaga oleh Qimiel sejak dari dilahirkan memang sangat comel sehingga menyebabkan aku tersenyum-senyum apabila membayangkan telatah si cilik ini. Comel sangat. Nak cerita pun susah lah. Kalau nak tahu kena lah baca sendiri. Tapi, memang kasihan sangat kat Qayyum apabila dia dimarahi Qimiel dengan teruknya. Kasihan sungguh. Apalah yang budak berusia 7 tahun itu tahu?. Sedih. Part Qimiel marah dan mendera perasaan Qayyum memang sedih. Huhu… icon sad NOVEL AKU BUKAN MALAIKAT   RUDY HIRDY (REVIEW DAN SINOPSIS)

Novel ni berkonsepkan setiap perbuatan yang dilakukan oleh manusia di muka bumi ni memang akan dibalas walau sebesar zarah. Begitulah nasib yang diterima oleh insan-insan yang berniat jahat kepada Qimiel. Berpantang maut sebelum ajal, Qimiel masih bernafas di bumi Allah, walaupun berkali-kali cubaan untuk membunuhnya dilakukan.

Kesimpulannya, pandai penulis novel ni mengarang novel. Novel ni best. Cuma bahasanya aku rasa terlalu formal, walaupun dalam dialog icon biggrin NOVEL AKU BUKAN MALAIKAT   RUDY HIRDY (REVIEW DAN SINOPSIS) Aku sokong ulasan yang diberikan oleh 2 orang novelis ini:

Penulis suksess mengangkat karakter Qimiel, lelaki lembut Muslim dalam memainkan peranan dan menempuh setiap ujian Allah tanpa keluhan. Sebuah tema masyarakat yang tidak mustahil berlaku dalam kehidupan umatNya.

~ Noorfadzillah Omar, penulis PRS Litera, Novel Kuseru Nur Kasih

 

Belum pernah rasanya menemukan penulis muda yang berani menampilkan sisi gelap manusia dalam ceritanya. Karya Rudy Hirdy ini buat saya berdecak kagum bahkan menitiskan air mata haru.

~Rose Harissa, penulis novel Wasilah Cinta Weera

Kongsi mengenai novel ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini. Anda peminat novel-novel Melayu?. Jom join FB page Suka Baca Novel ni. Boleh sembang-sembang pasal novel.

2 comments… add one

Leave a Comment

CommentLuv badge