REVIEW CINTA TIADA AKHIRNYA (SAMBUNGAN OMBAK RINDU) FAUZIAH ASHAARI

REVIEW CINTA TIADA AKHIRNYA (SAMBUNGAN OMBAK RINDU) FAUZIAH ASHAARI

11 Flares 11 Flares ×
Cinta%2BTiada%2BAkhirnya%2B%2526%2BDuri REVIEW CINTA TIADA AKHIRNYA (SAMBUNGAN OMBAK RINDU) FAUZIAH ASHAARI

Cinta Tiada Akhirnya dan Duri

2 hari lepas, aku khatamkan novel Cinta Tiada Akhirnya, iaitu novel sambungan Ombak Rindu. Walaupun novel ni dah lama di publish, dan dah lama aku beli, tapi baru-baru ni je aku baca, sebab masa baru beli novel ni, aku cuba baca, tapi tak dapat nak kaitkan dengan novel Ombak Rindu. Mungkin sebab dah terlalu lama aku baca novel Ombak Rindu tu, dan dah tertukar-tukar pun dengan cerita novel-novel yang lain.

Jadi, untuk melayan novel ni, aku cari semula novel Ombak Rindu dalam kotak simpanan novel-novelku. Tapi yang tak bestnya, tak jumpalah pula duduk letaknya novel tu. Last-last aku beli novel baru. Hehe… Saje je nak refresh jalan cerita dan karakter watak-watak yang ada.

Sebelum aku ceritakan tentang novel ini dari sudut pandangan aku, jom layan dulu Sinopsis Cinta Tiada Akhirnya ni.

Sinopsis Cinta Tiada Akhirnya

Rentetan Perkahwinan rahsia antara Izzah dan Hariz di Ombak Rindu dipanjangkan lagi di dalam ‘Cinta….Tiada Akhirnya.

Kehidupan menjanjikan segalanya. Pahit, manis, suka dan duka. Satu perjalanan anugerah dari Maha Pencipta yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan. Bagi kaki yang melangkah dan tangan yang menadah, terpulang pada insan itu sendiri mencorak hidupnya.

Inilah kisah…..CINTA …..TIADA AKHIRNYA, menyelami Izzah yang setia, hampir sempurna, menyajikan cinta pada suaminya, Hariz yang masih mencari diri dan cinta sejati.

Disulami detik cemas yang pasti mengocak minda, mendebar jiwa, CINTA….TIADA AKHIRNYA, akan menyerapi kehidupan setiap pembaca.

Okey, ni pula review novel Cinta Tiada Akhirnya versi aku icon biggrin REVIEW CINTA TIADA AKHIRNYA (SAMBUNGAN OMBAK RINDU) FAUZIAH ASHAARI

Ketika membaca novel Cinta Tiada Akhirnya ni, fuuuhhh! Memang layan habislah novel ni. Tak boleh nak stop aku rasa bila dah mula baca novel ni. Lebih-lebih lagi apabila sesuatu yang buruk berlaku pada Izzah. Hidupkah? atau matikah?. Lepas tu muncul pula watak Suri. Isk! Adakah Suri ialah Izzah?. Tu yang paling aku nak tahu tu. Akhirnya aku khatamkan juga novel ni dalam masa 2 hari.

Sepanjang membaca novel ni, timbul pula rasa kagumku pada Fauziah Ashaari, penulis novel Ombak Rindu dan juga Cinta Tiada Akhirnya ni. Kenapa?. Sebab dia banyak idea dan sungguh kreatif dalam mengembangkan watak dan plot cerita.

Awal-awal cerita ni, memang aku rasa geram kat Hariz yang layan Izzah macam tah apa-apa tu. Bila dah kehilangan Izzah, tahu pula dia nak menyesal, terkenang-kenang Izzah tak habis-habis. haaa! baru pada muka dia. ‘Serve you right’ kata orang putih. Hehe…

Dalam cerita ni memang terdapat banyak unsur suspen yang akan membuat pembaca tertanya-tanya. Selain itu, unsur kelakar juga diterapkan dengan baik sekali, terutama sekali taktik-taktik kotor yang digunakan oleh Hariz untuk merampas tunang orang. Ohoho….

Apapun, memang berbaloi baca novel karya Fauziah Ashaari. Novel Cinta Tiada Akhirnya pun ada sambungannya iaitu Rindu Cintaku. InsyaAllah, aku akan cuba cari novel ni di kedai-kedai buku. Sementara tu, nak khatamkan novel Quartet, Pesanan Terakhir Seorang Lelaki, Stanza Cinta dan Gemersik Kalbu dulu. Hohoho… icon biggrin REVIEW CINTA TIADA AKHIRNYA (SAMBUNGAN OMBAK RINDU) FAUZIAH ASHAARI

p/s: Cinta Tiada Akhirnya yang aku baca ini merupakan novel kompilasi bersama Novel Duri. Duri pun boleh tahan juga ceritanya. Mengisahkan perempuan yang mengahwini lelaki dengan ada maksud yang tersirat (ingin membalas dendam).

Anda peminat novel-novel Melayu?. Jom join FB page Suka Baca Novel ni. Boleh sembang-sembang pasal novel.

7 comments… add one

  • titan

    aku dah baca kompilasi nih. Memang best. Pandai penulisnya buat novel nih. haha..

  • ira

    awk ada jual x novel ni??kalau ada boleh bgtau sy x ni emel sy syuzul_83@yahoo.com atau sms sy 0137227390

  • SHALINI

    baca novel macam berada di dunia cerita novel ini….memang hebat gila………tak sia-sia syay baca novel ini 2 kali dalam setahun
    :0 ;0 ;) ;p *_*

Leave a Comment

CommentLuv badge